Thursday, January 20, 2011

Langkawi Part 4 - Eagle Feeding & Dayang Bunting Island...

Hampir 10 minit kami menaiki bot, sampai le kami ke tempat yg terkenal dgn bermacam spesis helang...lupa la plak nama tempat tu...kat sini pemandu bot akan berhentikan bot dan 'kocakkan' perut ayam ke dalam laut(kami igtkankan kami yg kena bagi helang tu  makan, kalau betul alamatnya calar balar le tgn kami)...so helang2 dengan pantasnya akan dtg menyambar .....

Hoping Island {Eagle feeding}
Tak lama kami kat sini kami ke destinasi seterusnya ke Pulau Dayang Bunting...on the way ke sana kami dpt lihat dengan jelas bukit berbentuk 'perempuan mengandung sedang baring' yg dikenali sbg Tasik Dayang Bunting...Lagenda ini bermula dgn percintaan puteri kayangan yg mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .


Tiba di Pulau Dayang Bunting kami kena mendaki anak tangga batu yg agk 'usang' utk ke tasik...dr mula hingga kmi sampai ke tasik terdapat banyak monyet2 yg beranak kecil (seakan sinonim dgn nama pulau ni)...


posing sebelum 'mendaki'...

monyet2 di Pulau Dayang Bunting...
Untuk turun ke kawasan Tasik Dayang Bunting tangganya agak curam...macam2 gelagat pengunjung kat sini..ada yang menjerit takutkan monyet..ada yg semput kepenatan...anak2 pula merengek minta didukung..
Tak byk aktiviti di sini..kami hanya naik paddle boat 'mengelilingi' tasik..sewa bot ni rm30 utk 1/2 jam(coz gna solar..penat kalau nk mengayuh..kalau w/o solar rsnya rm20)...luas jgk tasik ni..seram pun ada..imaginasi me kan tinggi..kalau tiba2 keluar buaya camne...eee..nauzubillah...

Di sini jg terdapat 'kolam sangkar'  dewasa dan kanak2..so boleh la mandi manda dgn selamat..ramai jg yg mandi tp Mr hubby tak benarkan...



Lebih setengah hari kami di pulau2  berkenaan...so tibalah masanya untuk kami balik ke 'darat'....perjalanan balik sedikit menakutkan coz angin & ombak semakin kuat...alhamdulillah akhirnya sampai juga di jeti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...