Thursday, January 20, 2011

Langkawi Part 6 - Beras Terbakar...

Destinasi kami seterusnya ke 'Beras Terbakar...lokasinya terletak di Kampung Raja, Padang Mat Sirat...terdapat cerita di sebalik nama tempat ini..mengikut cerita org tua2 selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam.Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya  telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.
Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh. Kekalahan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan org2 pada masa itu dan sampai skrg pun, ianya  kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan".

Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.
Kawasan Beras Terbakar..
Sebelum balik sempat le kami shopping baju2 t-shirt(yg ada tulisan Langkawi le) dan kain batik untuk dibawa balik...
On the way pula balik kami singgah sekejap di Idaman Suri...kat sini brg2nya memang murah terutamanya coklat dan pinggan mangkuk..me berkenan sgt satu set pinggan mangkuk ni tp apakan daya Mr Hubby tak bnrkan...takut pecah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...