Wednesday, February 23, 2011

Resepi Nasi Goreng Kerabu...

Me n Mr hubby memang suka sgt makan nasi goreng ni...lebih2 lagi kalau makan dengan keropok ikan..Pagi semalam me goreng sbg menu breakfast...Kt sini me nak share resepi ni mengikut my version..

 Bahan-bahannya

  • 2 cawan nasi
  • 2 keratan ikan masin(ikan kembung rebus  yg di goreng dan di dihiris halus)
  • Sedikit  ikan bilis ditumbuk halus
  • Sedikit ikan bilis di goreng (untuk hiasan)
  • 6 biji cili api dikisar halus (kalau nak  pedas lagi boleh + cili)
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 biji bawang merah di potong dadu
  • 5 btg kacang buncis di potong halus(kcg panjang pun ok)
  • 2 btg serai di potong halus
  • Sedikit daun kesom  n daun limau purut di potong halus
  • Sedikit lobak merah di potong dadu
  • 1 btg  bunga kantan 
  • Boleh di tambah ulam lain jika ada
  • Sedikit garam dan serbuk tumix ayam
  • Isi ayam dipotong nipis (better ltk seafood mcm  udang  n sotong tp me x bleh sbb alahan dgn seafood)
Cara-cara
  1. Panaskan minya masukkan bawang putih,bwg  merah dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukkan isi ayam kacau skjp dan masukkan pula ikan yg dihiris, kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
  2. Akhir sekali masukkan nasi, bunga kantan,  garam secukup rasa dan tumix.                
  3. Angkat n taburkan ikan bilis yg telah digoreng dan sedikit bwg goreng {utk hiasan}

Tuesday, February 22, 2011

Amalkan Membaca Al-fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi dan Doa sebelum Tidur...

Since Rifqi 4 tahun, Me dan Mr hubby dah ajar dia amalkan  doa sebelum tidur...bila dah ok + plak Al-fatihah n 3 Kul...latest kami suruh + pula ayat Kursi...so setiap kali nak tidur kami akan pastikan dia baca kesemua tu...mudah2an ianya akan diamalkan sampai bila2...Bukan apa semua tu untuk pertahanan dan perlindungan diri (dgn izin Allah s.w.t) supaya kita dijauhi dari syaitan dan segala kejahatan ...   


Ayat Kursi
3 Qul

Atopik Ekzema

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang biasanya menyerang kanak2 berumur 2 tahun ke bawah...jarang sekali ianya dihidapi oleh org dewasa like me (masa kena tu umur dlm 22 tahun kut)...di sini saya ingin berkongsi mengenai penyakit ini..semoga ianya boleh menjadi panduan buat ibu2 yang mempunyai anak yg mengidap penyakit ini.



  Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.
Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.










Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.
Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).Mengikut kajian ia juga berkait dengan penyakit asma.



Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.
Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak.



Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.
Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan.
“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan, walaupun setelah dewasa.
Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari akan kepentingan penggunaan pencuci sederhana digabungkan dengan pelembap terhadap anak mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rawatan mudah dan kos efektif berguna ini akan membantu mengurangkan pengulangan keradangan,” katanya.



Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan kepada sehingga 14 peratus kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca. Jangkitan ekzema akan bertambah teruk jika keadaan cuaca yang terlalu sejuk juga terlalu panas.
Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.
Dr. Chow kerkata, “Dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema dalam jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan,” katanya.



Sementara itu, perunding dermatologi, Dr Mardziah Alias, berkata penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.
“Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan,” katanya.
Beliau berkata, menggunakan pelembap adalah elemen yang tidak diendahkan dalam penjagaan kulit dan ia sangatlah penting bagi ibu bapa yang prihatin terhadap anak mereka yang mempunyai sejarah ekzema dalam keluarga mereka.
“Kumpulan individu ini perlu memilih pelembap yang tidak mengandungi pewangi atau bahan awet untuk menghindari sebarang iritasi kulit. Paling baik ialah krim yang mempunyai dwifungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen anti-keradangan untuk melegakan kulit,” katanya.
Oleh itu, katanya, dengan mengikut nasihat doktor, menggunakan produk sesuai dan mengamalkan regim penjagaan kulit yang betul, individu mungkin mampu mengawal ekzema dalam jangka masa panjang.



Rawatan



  • Ubat histamine (untuk menghilangkan rasa gatal) akan deberikan kpd pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru - sebaik2nya diambil pd waktu malam kerana ianya memberi ksn mengantuk.
  • Jika mendpt jangkitan sekunder, krim topikal steroid akan diberikan untu disapu - jrg diberikan kepada kanak2 kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kulit.
  • Bagi kes yg serius ubat seperti steroid, sitotoksik {azathioprine}, phote kimoterapi {PUVA}boleh digunakan
  • Pengambilan EPO (Evening Primrose Oil) dapat membantu pesakit yang berada di tahap yg serius
Komplikasi



  • Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
  • Paling bahaya apabila dapat 'herpes simplex' {kayap bunga}.
  • Jangkitan serius tanpa rawatan boleh menyebabkan kematian.
Panduan



  • Pastikan anda tidak terdedah kepada bahan yang memedihkan kulit seperti sinaran matahari.
  • Pakai sarung tangan apabila melakukan sesuatu untuk mellindungi kulit.
  • Pakai pakaian berasaskan drpd kapas atau campuran drpdnya.
  • Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia akan menyebabkan kulit kering.
  • Elakkan makanan tertentu yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan itu.
  • Jangan menggaru bahagian yang gatal untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Sentiasa memakai pelembab untuk mengelakkan kulit kering.
Sedikit panduan drpd me yg pernah kena penyakit ni (kira tahap serius coz aku terpaksa berulang berjumpa pakar selama 2 tahun , malah pernah mengambil injection steroid untuk mengurangkan ekzema)...paling penting pemakanan,persekitaran dan pemakaian harus dititik beratkan...fyi spt yg pernah doktor beritahu me ianya tak akan sembuh (semuanya dgn kuasa Allah s.w.t)sebaliknya boleh 'on n off' . 



Sesungguhnya aku faham sgt deritanya sesiapa yg mengidap penyakit ni tapi me tetap reda kerana ini satu ujian drNya.



Note : Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahannya seperti daun pohon yang berguguran.” Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya.
Bagi mereka yang bersabar ketika kesihatan terganggu nescaya akan dicatat sebagai satu amalan mulia yang berhak mendapat pahala besar dan darjatnya di sisi Allah SWT akan ditingkatkan. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya saja, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya dengan penyakit itu, akan dicatatkan baginya satu kebaikan dan diangkat darjatnya. Hadis riwayat Imam Thabarani .

InsyaAllah...

Monday, February 21, 2011

Yang Lama...Yang Baru....

Inilah dia koleksi basikal anak bujang ku....ini belum lagi termasuk yang basikal baby..motor 'bateri' n kereta dia coz dia masa tu dia tak reti lagi...sekarang ni pantang ada masa terluang dan weekend dia mesti ajak ke TTC atau Putrajaya...basikal2 ni semuanya ada jadual..kalau kat atas rumah - basikal hijau...kalau pergi kedai depan (biasanya hr sabtu coz abahnya kja) - basikal biru...kalau ke taman atau tasik - basikal merah... 


old & new...

Tuesday, February 15, 2011

Hadiah Birthday....

Sebenarnya dah lama anak bujang me target nak basikal baru...demand pula tu...nak yg ada gear...so me dan Mr hubby pegi la survey kt satu kedai belakang Bintang BBB...huh...yg tk de gear pun cecah rm300..maybe coz of the brand, Le Run...so kami decide pergi Alamanda (sbnrnya kami ada berkenan dgn satu basikal kt situ...memang menepati citarasa Rifqi)..nasib baik masih ada stok...walaupun harganya agk mahal(rm359) kami grab aje as his coming Birthday gift..kira advance le...



Suka la tu....
Balik aje dr Alamanda terus  MLP request nak try basikal baru...so lepas lunch kami ke Tasik Cempaka...kalau ikutkan malas kami nak pegi coz hr pun dh start gerimis, tapi kasihan pula kat dia...


setelah di buka pembalut..mcm ni le rupanya..
Happy sangat MLP dapat rasmi basikal baru...gerimis pun sanggup di redah..mula2 tu kekok juga dia nk control coz basikal tu agk tinggi utk dia...tapi itu lu perangai dia..kalau nak 1000 daya..akhirnya...

aksi-aksinya....

Sunday, February 13, 2011

Aktiviti Hari Minggu

Hari ni me dh janji dgn Aisyah nak pergi Karnival Wow,tp memandangkan  Mr Hubby dah janji dengan putera kesayangan kami nak bawa dia pergi main basikal terpaksalah kami keluar awl ckit...so lepas je breakfast kat restoran Res-Q, kami pegi Wetland Park Putrajaya...kononnya nak cari 'port' baru..dah sampai tpt tu macm tak sesuai pulak utk MLP coz jlnnya yg 'berbukit'...dangerous for him...igtkan nak le sewa basikal tp lmbt plk kaunter buka..so MLP main je lh kat parking tu..me dan Mr Hubby play badminton...




Sementara menunggu Aisyah, kami ke Alamanda..kononnya nak lunch tapi perut kenyang lagi...so just jalan2 kat situ...Rifqi ternampaklah pula basikal idamannya...basikal ada gear..tapi dia ckp duit dia kumpul tak cukup lagi (slh satu cara nak menggalakkan MLP Rifqi menabung)..sebenarnya kami dh plan nk beli basikal tu utk birthday dia nti..Then kami kami ke Karnival Wow..tak ada yg menarik..sekejap je kat sana,kebetulan cuaca agak panas so kami 'blah'..


Kemudian utk memenuhi permintaan MLP,kami bawalh plk dia pergi swimming di Kompleks Kejiranan Putrajaya..Aisyah also join us..MLP happy le coz ada Adib dan Afrina..biasanya dia  'lyn diri sendiri' je..


tengok lh..Rifqi happy sgt coz ada geng...

On the way back singgah rumah K.Tie ...lepak sampai ke petang...balik rumah dah kepenatan....







Sunday, February 6, 2011

Balik Kampung Klate 3-6.2.2011

Sempena cuti Tahun Baru Cina, me & Mr hubby dah plan nak balik Klate...Orang yg paling happy of course le MLP Rifqi...rindu kat ayah (atuknya le) katanya...Kali ni adik (my sister) pun join sekali coz kbtulan dia pun cuti pjg...Seawal 3am kami dah bertolak dr Kajang semata2 nak elakkan traffic jam..alhamdulillah jalan 'clear' tp sepanjang jln ada aje accident ....bas terbalik...bas terbabas..kereta terbabas...(sudah lumrah setiap kali balik kg di musim perayaan mesti ada kemalangan berlaku...dimana silapnya...bila dikaji2..punca utama ialah KECUAIAN manusia...

Seperti biasa kalau balik kg kami akan singgah rumah Abe Sok (my brother)di Renok Baru, G.Musang...kebetulan hari Jumaat so dia tak mengajar...patut le jalan 'clear' je semalam jam teruk (according to my brother)..kalau ikut plan memang nak balik semalam tapi coz MLP sekolah tak jadi..nasib baik..after breakfast dan Mr hubby relax sekejap kami teruskan perjalanan ke kg...

Alhamdulillah 11.30am kami selamat tiba di kg...seperti biasa ayah sedia menunggu di muka pintu (memang dari dulu kalau anak cucu nak balik kg, ayah mesti menunggu di atas tangga..) Tq ayah..I know you love us very much...Chek mcm bsa masih berniaga di Kem Desa Pahlawan..igtkan nak singgah jemput chek tapi awal sgt...

Macam biasa bila dah sampai kg macam aktiviti2...seronok dan syukur alhamdulillah chek semakin sihat..Hari Jumaat pergi melawat Chek Aji (nenek) sekejap...CA skrg pun selalu uzur...Sempat jg kami petik buah 'kemuting' di laman rumah CA...rasanya luar Klate tk ada kut coz me tk pnh jpa pun...ala2 blueberry gitu...

Buah Kemuting...

Kalau ikut plan hari Sabtu kami nak bw Chek n ayah berkelah ke Pantai Irama tp ayah tak benarkan coz laut bergelora (bsanya bila tiba TBC)...change plan, kami ke KB aje..ayh tk nk ikut coz penat...adik awl2 dh ckp nk belanja kami makan di Kg Krartangan (Restoran Nasi Ulam Cikgu Halim -pnh masuk JJCM)...makanan di sini fresh dan hgnya mmg murah...setiap kali dtg makan di sini meja mesti penuh..kdg2 kena tunggu giliran plak...


Restoran Nasi Ulam Cikgu..
Kalau ikutkan byk tpt nak pergi tapi nak dpt parking tu 'bercinta'...punyalah susah... kami pusing2 kjp je..tak boleh lama coz kasihan kt Chek tak larat...

On the way balik jalan sesak sgt..itu pun Mr hubby dh ikut jln alternatif...kalau nak ikutkan 1/2 jam dh sampai rumah..ini hampir 2 jam baru sampai...

Ahad pagi2 lagi kami dah bertolak...sedih rasanya nak tinggal Chek dan ayah..InsyaAllah pjg umur kami balik lagi...on the way jalan 'jam' teruk...huhh..penatnya..yg paling kasihan Mr hubby le...

Traffic jam yg teramat sangat...
Almost 13 jam baru le sampai Kajang...hantar adik dan dinner..kepenatan..esok pula kerja..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...