Tuesday, February 22, 2011

Atopik Ekzema

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang biasanya menyerang kanak2 berumur 2 tahun ke bawah...jarang sekali ianya dihidapi oleh org dewasa like me (masa kena tu umur dlm 22 tahun kut)...di sini saya ingin berkongsi mengenai penyakit ini..semoga ianya boleh menjadi panduan buat ibu2 yang mempunyai anak yg mengidap penyakit ini.



  Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.
Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.










Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.
Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).Mengikut kajian ia juga berkait dengan penyakit asma.



Pakar dermatologi menyarankan individu yang mudah menghidap ekzema, supaya melindungi kulit mereka daripada terdedah kepada faktor penyebab penyakit itu dengan menggunakan pelembap yang sesuai.
Ekzema adalah penyakit berkaitan genetik yang mana sistem imunisasi individu bertindak keterlaluan terhadap alergen (bahan penyebab alahan) dan menyebabkan kulit mengalami keradangan, iritasi dan bengkak.



Dalam keadaan sederhana, ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, pedih dan gatal. Bagi kes yang lebih teruk, kulit boleh merekah, melecet dan berdarah.
Perunding kanan dematologi, Dr Steven Chow, berkata di beberapa negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kajian yang dijalankan terhadap kesan ekzema menunjukkan peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan.
“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan, walaupun setelah dewasa.
Oleh itu, ibu bapa perlu menyedari akan kepentingan penggunaan pencuci sederhana digabungkan dengan pelembap terhadap anak mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rawatan mudah dan kos efektif berguna ini akan membantu mengurangkan pengulangan keradangan,” katanya.



Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan kepada sehingga 14 peratus kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti demam alergi dan asma. Beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca. Jangkitan ekzema akan bertambah teruk jika keadaan cuaca yang terlalu sejuk juga terlalu panas.
Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.
Dr. Chow kerkata, “Dengan mengenalpasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema dalam jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan,” katanya.



Sementara itu, perunding dermatologi, Dr Mardziah Alias, berkata penggunaan sabun dan bahan cuci kasar adalah penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.
“Produk pencuci yang tidak sesuai akan mengikis lapisan perlindungan semulajadi pada kulit yang sensitif. Ia mengakibatkan kitaran yang menghasilkan tindakan balas yang menyebabkan keradangan,” katanya.
Beliau berkata, menggunakan pelembap adalah elemen yang tidak diendahkan dalam penjagaan kulit dan ia sangatlah penting bagi ibu bapa yang prihatin terhadap anak mereka yang mempunyai sejarah ekzema dalam keluarga mereka.
“Kumpulan individu ini perlu memilih pelembap yang tidak mengandungi pewangi atau bahan awet untuk menghindari sebarang iritasi kulit. Paling baik ialah krim yang mempunyai dwifungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen anti-keradangan untuk melegakan kulit,” katanya.
Oleh itu, katanya, dengan mengikut nasihat doktor, menggunakan produk sesuai dan mengamalkan regim penjagaan kulit yang betul, individu mungkin mampu mengawal ekzema dalam jangka masa panjang.



Rawatan



  • Ubat histamine (untuk menghilangkan rasa gatal) akan deberikan kpd pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru - sebaik2nya diambil pd waktu malam kerana ianya memberi ksn mengantuk.
  • Jika mendpt jangkitan sekunder, krim topikal steroid akan diberikan untu disapu - jrg diberikan kepada kanak2 kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kulit.
  • Bagi kes yg serius ubat seperti steroid, sitotoksik {azathioprine}, phote kimoterapi {PUVA}boleh digunakan
  • Pengambilan EPO (Evening Primrose Oil) dapat membantu pesakit yang berada di tahap yg serius
Komplikasi



  • Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.
  • Paling bahaya apabila dapat 'herpes simplex' {kayap bunga}.
  • Jangkitan serius tanpa rawatan boleh menyebabkan kematian.
Panduan



  • Pastikan anda tidak terdedah kepada bahan yang memedihkan kulit seperti sinaran matahari.
  • Pakai sarung tangan apabila melakukan sesuatu untuk mellindungi kulit.
  • Pakai pakaian berasaskan drpd kapas atau campuran drpdnya.
  • Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia akan menyebabkan kulit kering.
  • Elakkan makanan tertentu yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan itu.
  • Jangan menggaru bahagian yang gatal untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Sentiasa memakai pelembab untuk mengelakkan kulit kering.
Sedikit panduan drpd me yg pernah kena penyakit ni (kira tahap serius coz aku terpaksa berulang berjumpa pakar selama 2 tahun , malah pernah mengambil injection steroid untuk mengurangkan ekzema)...paling penting pemakanan,persekitaran dan pemakaian harus dititik beratkan...fyi spt yg pernah doktor beritahu me ianya tak akan sembuh (semuanya dgn kuasa Allah s.w.t)sebaliknya boleh 'on n off' . 



Sesungguhnya aku faham sgt deritanya sesiapa yg mengidap penyakit ni tapi me tetap reda kerana ini satu ujian drNya.



Note : Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahannya seperti daun pohon yang berguguran.” Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya.
Bagi mereka yang bersabar ketika kesihatan terganggu nescaya akan dicatat sebagai satu amalan mulia yang berhak mendapat pahala besar dan darjatnya di sisi Allah SWT akan ditingkatkan. Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang mukmin yang terkena sesuatu penyakit meskipun hanya pada uratnya saja, melainkan Allah akan menghapuskan dosanya dengan penyakit itu, akan dicatatkan baginya satu kebaikan dan diangkat darjatnya. Hadis riwayat Imam Thabarani .

InsyaAllah...

2 comments:

armouris said...

lagi info tentang ekzema di SIHAT SELALU - Rawatan dan Komplikasi Ekzema Atopik

maamieiqi said...

Thanks for info..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...