Wednesday, February 23, 2011

Resepi Nasi Goreng Kerabu...

Me n Mr hubby memang suka sgt makan nasi goreng ni...lebih2 lagi kalau makan dengan keropok ikan..Pagi semalam me goreng sbg menu breakfast...Kt sini me nak share resepi ni mengikut my version..

 Bahan-bahannya

  • 2 cawan nasi
  • 2 keratan ikan masin(ikan kembung rebus  yg di goreng dan di dihiris halus)
  • Sedikit  ikan bilis ditumbuk halus
  • Sedikit ikan bilis di goreng (untuk hiasan)
  • 6 biji cili api dikisar halus (kalau nak  pedas lagi boleh + cili)
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 biji bawang merah di potong dadu
  • 5 btg kacang buncis di potong halus(kcg panjang pun ok)
  • 2 btg serai di potong halus
  • Sedikit daun kesom  n daun limau purut di potong halus
  • Sedikit lobak merah di potong dadu
  • 1 btg  bunga kantan 
  • Boleh di tambah ulam lain jika ada
  • Sedikit garam dan serbuk tumix ayam
  • Isi ayam dipotong nipis (better ltk seafood mcm  udang  n sotong tp me x bleh sbb alahan dgn seafood)
Cara-cara
  1. Panaskan minya masukkan bawang putih,bwg  merah dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukkan isi ayam kacau skjp dan masukkan pula ikan yg dihiris, kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
  2. Akhir sekali masukkan nasi, bunga kantan,  garam secukup rasa dan tumix.                
  3. Angkat n taburkan ikan bilis yg telah digoreng dan sedikit bwg goreng {utk hiasan}

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...