Sunday, March 20, 2011

Mee Kari....

Hari ni Mr Hubby kena keje...nasib baik MLP ada so tk le rasa boring sgt melayan kerenah dan ckp2 dia.....bila ada masa terluang mcm ni mula la otak me memikirkan ape yg nak di buat...hmm sbg  memenuhi permintaan MLP dr semalam lg suruh masak mee kari so msk le mee kari. Pujian dari MLP .."hmm sedapnya ummi masak"...dah nama anak mestilah puji mskan maknya..

MLP menikmati mee kari...2X + tu..
Ini lah dia resepi mee kari my version...

Bahan2

  • 4 sudu besar serbuk kari daging/ayam – dibancuh dengan sedikit air / santan 
  • Santan  (dr sebiji kelapa) 
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Ayam – dipotong kecil-kecil (ikut suka kalau nak byk atau sikit) 
  • 2 tangkai daun kari  
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (#)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (#)
  • 4 ulas bawang putih – dikisar (#)
  • Sediki halia (#)
  • 100gm isi kerang – (jika suka boleh di+ udang) 
  • Fish ball & Tauhu kering– dibelah 2
  • 2 keping asam keping
  • Garam & perasa(me guna tumix ayam) secukupnya
  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan  
  • Taugeh dan sawi – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara
  1. Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (#) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan ayam biarkan mendidih(spy  rempah meresap ke dlm isi ayam)... 
  4. Masukkan isi kerang dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan , fish ball(boleh jg di+fishcake), tauhu  kering  dan juga garam dan tumix ayam.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya... (kalau hendak pekatkan kuah boleh dicampur 1 @ 2 biji kentang yg direbus dan di hancurkan kedlm kuah tadi)
  8. Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...