300 gm tepung gandum
1 biji telur
1/2 tin susu cair
1 sudu susu pekat manis
1 sudu kecil pewarna kuning
4 cawan air
Kacau kesemua bahan sehingga sekata. Pastikn tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  1. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan agak2 jd mcm srg lbh2(hehe)..tgn me ni tk berseni so x cntik jdnye..
  2. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
Kari Ayam :

Sedikit garam
Bahan-bahan (kari ayam)
200 gm isi ayam(dicincang halus)
Serbuk kari(me guna kari cap org terbang)
Santan
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia diblend(klau mls cincang pn bleh) halus. Tumis tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.