Monday, December 31, 2012

Countdown to New Year 2013 @ Dataran Putrajaya




Dok leka mengemas tiba2 en hubby call suruh bersiap, since kami dah janji dgn MLP nak bawa dia pegi Putrajaya for new year countdown. Sebenarnya dah lama tak buat keje macam ni. Even masa me bujang dulu pun tak suka sgt nak pegi bersesak dgn orang ramai dan traffiic jem bagai.

Dah sah2nya jem so kami keluar awal dan maghrib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi . Then baru lah ke Dataran Putrajaya Presint 3.Tapi tak sempat pun pun nak countdown MLP dah rimas. Kami dah agak dari awal, dia takkan tahan dgn keadaan macam tu ..dgn panasnya. 

So kami balik aje...but huhh...terpaksa pulak bercinta dgn jem kat parking, tak boleh nak keluar coz kereta kena blocked. Igtkan kami aje ada masalah camtu rupanya byk kereta yg kena block. Bermulalah aksi tolak menolak 'penghalang2' tu. Alhamdulillah boleh gak keluar. Tak sampai 5 minit masuk kereta, MLP dah pun lena. OTW, kami lepak tepi jalan jz utk tengok bunga api.

Gambar ?

Tak banyak yg me snap..tapi inilah antaranya..

Baru sampai..
Tak begitu ramai coz masih awal.

Menuggu giliran..pancaragam PDRM 

Pancaragam patung..mmg kelakar sgt tp x ada ruang nak snap gmbr masa  turn dorang.

Dah mula ramai..so dr jauh tgok aje kt screen tu.
Kat sinilah kami tgok bunga api...knpe bulan tu mcm bentuk  

Sunday, December 30, 2012

Starz Garden SOGO

Starz Garden namanya tak melambangkan tempatnya. Kalau nak ikutkan nama SG tu macam nama pusat karaoke pun ye. Tapi rupanya itulah pusat jagaan sementara yang terletak di Level 7 SOGO . 

Tujuannya nak memudahkan ibu bapa membeli belah tanpa risaukan anak2 yang berlari menyorok sana sini, juga bagi mengelak para ibu rasa tension bila anak asyik merengek bila nak fitting baju* hehe...contohnya me sendiri coz MLP ni pantang umminya masuk tempat pakaian dan kasut. Rasanya ramai ibu kat luar sana mengalami situasi yang sama dgn me.

Actually ini first time kami 'tiggalkan' MLP kat situ. Itu pun bila dia sendiri willing nak dok situ.Lagipun dia dah besar so kami taklah risau sgt. Bayaran yg dikenakan RM6 sejam. Dari segi safety me rasa insyaAllah selamat sebab tak dibenarkan sebarangan orang keluar masuk coz pintu sentiasa berkunci. Anak2 akan diletak tanda nama dan mereka hanya dibenarkan keluar setelah ibubapa datang membuat bayaran dan tandatangan pada buku yang disediakan. Even masa nak masuk pun kena isi borang.Apa yang me perasan kat situ juga disediakan pakej bersama simple meal. At first MLP mcm segan2 coz kebanyakannya knk2 kecil aje kat situ. Rasanya masa tu he the tallest one among them.



Mula2 lone ranger

Dah dapat kawan...

Time to pick him up & make payment
Seronok citer kat abahnya pasal kengkawan

"Name Tag "
"Abah....nanti kalau shopping kat sini Iqi nak dtg sini lagi tau"..wahhh..siap booking tu..
If me tak silap maksima umur yg dorang jaga hingga umur 10 tahun aje kot...ingat2 lupa daa...But one thing for sure MLP sgt suka even 'kawan baik' yg dia baru jumpa kat situ baru umur 6 tahun, terus jadi kamceng..siap janji tu nanti "kita jumpa lagi yea"..sabar aje lah...




 

Saturday, December 8, 2012

Alhamdulillah..Anak Ummi Dah Jadi Anak Bujang..


Hari ni awal lagi kami dah kuar, seperti di jadualkan MLP akan melangkah ke alam baru. Ya Allah terasa cepat aje masa berlalu. Saat me melahirkan dia dari badannya yg sepjg dari tangan ke siku me aje sekarang dan nak sama tinggi dgn ummi.

Sebelum tu kami bawa MLP pegi breakfast dulu. Atas permintaannya nak makan roti canai so kami ke Murtabak Singapore Sri Bestari...ikutkan aje apa yg dia nak makan coz lepas ni nak kena masuk fasa berpantang pulak. Entah cmne lah nanti, hope dia boleh bertahan. Risau ummi ni kot dia tak reti dok diam, maklumlah budak aktif. 

After tu kami menuju ke Klinik Lita Alis, 

otw to clinic..bukan main lagi kenyit mata yer..
MLP happy bila baca banner tu..
Before..MLP macam relax jer..dlm hati...
Ready for his turn..
Bila turn MLP ingatkan me boleh join sekali but tak boleh so abahnya aje yang masuk. Hish..anak kat dalam ummi yg kat luar lebih2 pulak nevesnya. Almost setengah jam lepas tu MLP keluar dgn muka yg relax jer..nak control macho kot..mustahil tak rasa sakit kan ?

A while after keluar dr bilik doktor.
Now he can smile...
Lolipop yg doktor bagi masa sesi berkhatan dijalankan,..

Sijil Kenangan...
Dgn bangganya MLP tunjuk "tuu...nampak tak ummi..Tidak Menangis"..yeayy
Alhamdulillah..selesai sudah... yang paling happy en hubby..coz lepas ni anak bujang dia tak perlu lagi berada di belakang bila ke masjid dan dah boleh mengimamkan solat bila di rumah...


p/s : Selamat Berpantang buat anak ummi, Rifqi Naqiuddin..

Wednesday, December 5, 2012

Kasihan Dia..


Hari tu kami pegi makan di Ana Ikan Bakar Petai , ala yang kat sebelah bomba BBBangi tu..yang hari tu kami order lain dapat lain tu. Apapun sume tu dah lepas dan sume org pun tak terlepas dari buat silap, maybe masa tu mrka kelam kabut kut coz ramai sangat customer .Kali ni alhamdulillah kami dapat rasa camne ikan bakar petai tu, erm not bad rasanya  tapi me lagi suka ikan bawal sweet sour dulu tu...lagi sedap.

Jom tengok ikannya..
Ikan kerapu..


Ok2, sbnarnya me bukan nak cerita pasal ikan tu pun, tapi pasal MLP. Alkisahnya dia ternampak seekor kucing dok mengiau kat tepi meja kami. Dan dia ni pesennya memang tak boleh tengok kucing kat sebelah, dia memang cepat rasa kesian.  " Ummi, cat tu lapar, boleh tak Iqi nak bagi dia makan ikan tu sikit ?". Hmm, camne nak benarkan , pekerja2 restoran tu elok aje kat depan kami..tak pasal2 nanti kena tegur coz kotorkan lantai dorang.

Tapi dek kerana MLP nak jugak bagi dan me pun tak sampai hati tengok kucing tu...haa tengok MLP punye keje..
Cover line konon...

 Itulah cara dia duduk, siap cakap kat abahnya, "Iqi ttup ni abah bagi la cat tu fish kat bawah kerusi abah tu".. dengan harapan pekerja restoran tu tak perasan.

Wat2 minum konon..


Rupa2nya kat belakang tu......

v
v
v

"Alhamdulillah....cat dah kenyang ummi"...nampak tak tulang ikan bwh kerusi tu..

Tuesday, December 4, 2012

Siti Nurhaliza FEVER at Alamanda

Weekend yang lepas en Hubby n me berdating berdua-duaan ke Alamanda. Maklumlah bosan seh kat rumah berdua aje..since cuti sekolah ni kami asyik  ditinggalkan MLP aje, kali ni dia ke Perak ikut Mak Longnya pergi kenduri. 

Mesti korang pun cuak kan kenapalah me suka sgt ke Alamanda tu kan, ok...nak royak sikit..1stnya kat situ me rasa nak cari tempat makan senang & 2ndnya suraunya luas so tak payah nak tunggu turn yg lama . Senang cite en hubby & me even MLP pun selesa kat situ...NOKTAH.

Sampai sana dah lepas beli apa yg patut,sedang dok leka berjalan berpimpin tangan*hehe, tiba2 ternampak ramainya manusia berkumpul kat level bawah depan Watson tu. Ingat kan ada ape, patutlah rupa2nya ada kempen Simplysiti DI hati .

Maknanya DSN akan berada kat situ, patut lah ramai. Me pun nyeboklah nak menjengah, nak jugak nengok orgnya dari dekat. Rupanya belum sampai pun lagi.Sampai aje Datuk Siti Nurhaliza tu dah bertambah manusia yang menyerbu. Sempat lah jugak me paksa en hubby snap pic even dari jauh.


Baru je sampai so tak ramai yg perasan.
Sesi bergambar..if x silap me sesiapa yg nak snap pic dgn DSN mesti membeli brgn SimplySiti sbyk RM150 keatas
Lagi pic hasil 'paksaan' keats en hubby..thx darling..soli eh..
 Lepas tu pergi membeli si donut kegemaran me Big Apple n makan berdua2an di kat luar tu.


Makan 1 sorang aje pun..selebihn


p/s : seriously she's pretty

Sunday, November 25, 2012

Selangkah Sebelum Menuju Alam Baru..


As we planned, hari ni kami ke Klinik Lita Alis coz nak register MLP berkhatan. Kalau nak ikutkan tak plan pun nak buat tahun ni tapi dia asyik tanya aje bila nak khatan. Sounds like dia nak berkhatan awal so kami pun on aje. Tapi sebelum tu confirmkan lagi sekali , manalah tahu kut tiba2 dia tak ready. 

Sampai aje kat kaunter pendaftaran..sedang kami dok sibuk pasal pendaftaran dan bertanyakan nurse tu, ye lah risau mana tahu kan, bak kata En Hubby if 'buta'*actually me pun x tahu apa maksud buta tu tapi bila En Hubby explain baru me tahu takut nanti sakit. 

Tapi bila nurse tu cakap ok and doktor boleh buat, tiba2 boleh pula MLP tanya nurse tu " kakak, sakit tak??". Ya Allah..anak oh anak..mcm lah nurse tu pernah rasa berkhatan mcm org lelaki...tak pasal2 malu nurse tu...hahaha nak tergelak kami dibuatnya. Nasib baiklah nurse tu walau dgn muka yang merah padam dan malu2 tetap bagi jawapan yg memuaskan hati dia.."tak sakit lah dik, doktor pandai buat, tu kat dalam ada boy 6 tahun tgh khatan....tak nangis pun".

"Owh..ok.."..then bayar register 50 hinggit, baki lagi 100 hinggit kena bayar hari berkhatan 8.12 nanti. 


P/S : Kami meneruskan aktiviti shopping pakaian & kelengkapan sekolah MLP yg tak habis2 lagi..:-)



 

Monday, November 19, 2012

Makan...Makan n Makan..:-)

 
Entry terbengkalai, baru berkesempatan nak mengetuk keyboard padahal dah seminggu me balik dari Kelantan. Rasanya ramai dah maklum yang Kelantan a.k.a Klate memang kaya dengan berbagai jenis makanan...especially makanan yg manis2.
 
Malas nak berceloteh banyak, jom layan pics kat bawah .
 
Locong, buah kabung n cendol...

Lompat tikam, apam goreng, laksa & kuih seruling
Nasi impit...rsanya kat Klate jer ada mcm ni..

 Lompat Tikam..yummy....
 Etak..kesukaan adik me..
 
Itu baru sebahagiannya  , esoknya pegi lagi Pasar Ketereh, look for other thing pulak. Lupa nak snap pics makanan tu...antara yang sempat kami merasa ...putu mayam, bubur chacha,laksam n laksa dan ada beberapa jenis yg me tak ingat namanya. Haa.sebulan dok kg jwabnya makin montel le..
 
 

Sunday, November 18, 2012

Burger Bakar Abang Burn @ Sungai Ramal Foodcourt

 
Ptg tadi akhirnya me berkesempatan juga untuk dapatkan burger yg jadi sebutan ramai Burger Abang Burn...Sebenarnya kebetulan balik dari Aeon Equine, en hubby dok sebut nak makan satay willy*yg ni pun makin glamor skrg. So kami ke Sungai Ramal Foodcourt. Alang2 dah sampai kononnya nak trl burger yg memang jadi sebutan ramai tu.
 
Sebelum ni kami pernah singgak kat sini coz nak mkn satay willy punya psl tp masa ru tak buka..dah terpandang gerai Burger Abg Burn tapi dek ternampak yg queue pjg berjela, terpaksalah kuburkan harapan tu.
 
Tapi semalam ptg tadi org tak ramai, mugkin sbb kami dtg awal kut. My turn yg ke 7. Masa queue tu terbau daging burger yang di bakar..huhh baunya..Me order Burn Beef Cheese..harganya RM8.50*quite mhl kn..maybe sebab dagingnya yg tebal..even cheese dia pun tebal n melting kat daging tu..Paling murah if tak silap me rm7.50 tanpa cheese.Actually byk jenis burger kat situ termasuklah Burger Tower . Yg ni rasanya if makan ramai baru berbaloi.
 
Balik rumah baru lah me makan burger tu coz tadi kekenyangan dek makan satay willy. Makan 5 cucuk dah terasa kenyang coz daging ayamnya tebal dan besar. For me kalau org tanya, memuaskan hati dgn harga rm 0.70  secucuk . 

Ini lah ABBBC..
Selepas di belah...hasilnya
v
v

Nampak tak dagingnya yg tebal tu..
Seyesly me hanya mampu habiskan x sampai separuh pun
Me menjurikan... 3/5..taste nice tapi bau daging tu menyebabkan me rasa muak. Cheese dia tebal n melting..if cheesy lover mesti suke..Hubby plak memang tak suka daging burger tu. Patutnya me order yg chicken ntah nape mulut tergatal pi order yg beef. Lastly hubby habiskan roti tu...dan me plak si suruh habiskan daging tu..ai darling ni macam nk sruh bini dia bertambah montel aje. Sorry to say, me pun tak larat nak habiskan.



Monday, November 5, 2012

JJCM @ Laman Perdana Putrajaya

 
Sebenarnya dah lama berhajat. Yelah bila member ofis, Tina dok cerita pasal tempat tu. Kononnya before Raya Haji tu dah plan nak pegi tapi kebetulan hari tu hujan.
 
So before hubby pergi kerja sabtu lepas, awal-awal lagi dah bagitau malam nanti dinner kat luar aje. Dalam hati, harap2 tak hujan coz memang teringin sgt nak makan kat Laman Perdana tu. 
 
 Tapi dah musim nak buat camne. Hujan tak berhenti sampai ke malam, so again en hubby tanya kut2 me berubah hati nak makan kat tempat lain ke. Tapi wifenya yg degil ini tetap nak ke situ...hehe..and demi memenuhi hasrat wife tersyg , hujan pun hujan lah..:-) hingga ke telinga..Thx Darling*walaupun penat tapi demi kami.. .
 
 
Menu kami ..Alhamdulillah

 Disebabkan hujan yang semakin lebat, itu je gambar yg sempat me snap.Sebenarnya tak puas hati coz tak boleh nak survey dulu menu kat situ. Disebabkan hujan yg semakin lebat kami rembat ajelah mana yang terdekat dgn seat kami. En hubby cakap next time dtg lagi..Ooo ok..
 
 Kononnya after dinner nak le merayap ke Alamanda kejap, lagipun malam minggu ..tapi masing2 separuh badan dah basah dek tempias terpaksalah balik rumah.. 
 
*hujan2 ni balik rumah tido lagi syok..
 
 
 
 
 
 

Thursday, November 1, 2012

JJCM @ AP Ayam Penyet Bandar Baru Bangi

 
Kebelakangan ni asyik hujan aje kan....so bila hujan  dan sinonimnnya perut pun menjadi lapar. So bila lapar mestilah kami akan cari tempat makan. Oiitt Puan Norma melalut ni pe hal ?? 
 
Ok2..nak cite pasal JJCM kami, kali ni destinasi kami  AP Ayam Penyet Bangi. Lokasinya di hujung sebelah kiri Bangunan Paragon Point Seksyen 9 B.B.Bangi. Hmm bagus..sampai kat situ orang tak ramai. Mungkin sebab hujan kut.
 
Banyak pilihan sebenarnya tapi mungkin kami tak biasa dengan menu ala Jawa so ambik yang simple aje. Cer tengok menu yg sempat me snap. Nampak menarik tapi takkan lah kami nak cuba semua .
 
 
Antara menu makanan kat AP...
 
 
 
 
 
Menu minuman memang banyak..tak tahu nak pilih mana satu...
 
 
 
 
 
 
 
Hubby's n MLP's choice..Nasi Ayam Penyet AP

Menu yang kami order..
Mine...Mee Udang
Sebelum dan selepas
Dah kenyang ini lah dia kejenye...membuli abah..
Alhamdulillah
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...