Saturday, February 4, 2012

Hurm...Bila Jiran Tak Macam Jiran...



Ini bukan mengumpat ye...tapi more to pengajaran...

Alkisahnya...semalam balik dri kerja..tba2 jiran tangga sblh (bsalah dok flat...ada jiran sblh rumah...ada jgk jiran sblh tangga)masa me kat dapur....kakak sebelah tiba2 btanya..."Ma, ade dgr cite ?"...cite??? Hmm lain mcm je nada dia...pelik pun ada...kami ni turun dari rumah matahari pun tak kluar lagi..sampai rumah matahari dah pun terbenam..so news bab2 neighborhood ni lmbt sikit dpt info...

Then akak tu tanya lagi..."tak dgr ke psl rumah kena rompak kt area cini ?"...kat tangga Ma tu?? Jiran sblh...kereta merah tu"...WHAT????kena rompak...terkezut pun ada..me jiran next door tpi tak tahu ape2...simpati pun ada...terkilan pun ada coz sbg jiran kami tak thu ap22pun psl ni... tapi since kami tak bertegur sapa ( ats sbb yg tak diketahui knp n me pun tak nak kaji knp...tk nk membuka aib sape2..yg penting Allah s.w.t tahu...bkn x mencuba utk mengembalikan silaturrahim tu tp nak buat macamana klau kita aje beria tp sblh pihak tiada keinginan mcm tu..)

Apa yang kami mampu buat berdoa aje...mdh2an tak de apa2 yg buruk terjadi pada mrka..mdh2an 1 hari nanti dibuka kan pintu hati mrka memaafkan kami kalau dlm tak sedar kami menimbulkan kebencian dihati mrka ..mdh2an Allah memberi kesabaran kpd kami spjg berjiran dgn mrk...


 Rasulullah juga bersabda:

"Sesiapa yg beriman dengan Allah Taala dan Hari Akhirat, maka berbuat baiklah kepada jirannya" Hadith Abi Syuraih, Riwayat Bukhari & Muslim.
"Sesiapa yg menyakiti jirannya, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yg menyakiti aku, maka sesunggunya dia telah menyakiti Allah Taala. Dan sesiapa yg memerangi jirannya, maka sesunggunya dia telah memerangi aku, dan sesiapa yg memerangi aku maka dia telah memerangi Allah." Hadith Anas, Riwayat Abu As-Syeikh Ibnu Hibban.


Takutnya kami bila baca hadis2 dan mendengar ceramah berkenaan jiran timbul rasa takut akan blsnNya tp nk buat mcamana..itu bukan kehendak kami..:-(



Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...