Monday, April 30, 2012

Jakel Kubang Kerian..

 
 
Semua ni gara-gara banner semasa on the way kami balik kg. Boleh dikatakan spjg jalan kat tiang lampu mrk letakkan banner tu. Sales sehingga 75% sempena pembukaan cawangan baru Jakel di Kubang Kerian. So dalam planning my sis,adik n me nak juga ke situ. Sempatlah me grab kain sepsg..my sis pun memborong kain nak buat blaus. My younger sis pula take this advantage beli kain untuk dia punya akad nikah nanti. Alang2 dah jumpa kain tu cantik so grab ajelah.
 
Sumber dr Google.
 

Banyak sangat yg cantik..adik dh confuse..

Sunday, April 29, 2012

Majlis Pertunangan Adik Bongsu...




 
 
 Seperti yang me tulis sebelum ni..sibuk dengan gubahan hantaran bertunang yang last minute....alhamdulillah akhirnya today selesai jugak majlis tersebut...semuanya berjalan dengan lancar...walaupun penat dan tambah pulak dgn cuaca yg panas terik but happy coz semuanya ok..Anyway congratulation to my youngest sis, Nor Syida .Tumpang happy for her. Apa yang me harapkan as a sister semoga sabar menghadapi sebarang ujian dan kelakuan sepjg menjadi tunangan org nanti sehingga selamat diijabkabulkan kelak.





Selamat menjadi tunangan orang..




Adik wf her future MIL n our lovely chek..

Dan yang ni..

v
v
V

Kami yang menyibuk :-)...


....♥♥TAHNIAH♥♥....



Friday, April 27, 2012

Yeay..yeay...Balik Klate....





Seronoknya coz  nak balik kampung...♫♫ oo aku rindu..katakan padanya aku rindu..♫♫..me rindu sangat2 nak jumpa chek dan ayah tercinta...lama sangat tak jumpa, dah almost 5 bulan. Tak sabar rasanya nak tunggu besok. Excited punya pasal 2 hari lepas lagi me dah siap packing baju..even tak balik lama tapi dah jadi kebiasaan kalau balik kg pakaian biar lebih..pe2 hal senang..




Kami bertolak seawal 3 pagi..bukan terlalu awal tapi dah memang  rutin En Hubby kalau nak balik Kelantan mesti bertolak early morning. Then berenti pulak kat Gua Musang tuk jemput abang. Alhamdulillah almost 11.30am kami selamat sampai kg tercinta..So Happy...

1 hari sebelum menjadi tunangan orang..

My ♥ yg kepenatan..

Thursday, April 26, 2012

Batang Betik Berwajah Manusia..سبحان الله

 
 
Subhanallah...itulah perkataan yang keluar dari mulut me bila tengok rupa batang betik tu.Citenya kebetulan masa tengah dinner malam tadi sambil nonton Buletin Utama..keluar berita pasal pokok betik yang ganjil di sebuah ladang betik di Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam.
 
Menurut berita mlm tadi kebetulan ladang tersebut bakal dikunjungi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena program Dry Run Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada 16 Mei depan .Istimewanya di batang pokok berkenaan terbentuk seperti wajah manusia. Memang complete ada mata, hidung dan mulut.Menakjubkan lagi sebab 'wajah' tersebut menunjukkan ekspresi seakan-akan tengah marah...
 






سبحان الله
 
 

Kedai 1 Rakyat Malaysia a.k.a KR1M

 
 
Sebenarnya dah lama me dengar pasal KR1M ni...tapi before ni tak pernah concern pun..hmm murah sangat ke harga brg2 kat situ...Nak dijadikan cerita, semalam borak dgn my sis pasal nak balik kg..mcm biasa kalau nak balik kg kami akan beli brg keperluan untuk bawa balik...dari situlah timbulnye pasal KR1M..

Dah my sis tanya pulak kat mana kedai tu..ha..a..tak pernah pun terfikir nak pergi survey..manalah tahu kut2 harganya betul2 murah spt yang digembar-gemburkan...so me pun sibuk le mencari kat tenet..akhirnya jumpa jgk senarai lokasi KR1M..itu pun mana lagi kalau tak tru google image..:-)


Sumber fr Google



Packagingnya semua ada lambang 1M macam kat bawah ni..
 








Kedai2nya pun ada lambang yang sama...


sumber fr Google





Semua barang keperluan harian ada dijual kat KR1M..antaranya :-


sumber from google..sorry gbr blur sikit...mcm murah jer...






Nak tahu detail boleh lah masuk laman web KR1M...Wahh...macam iklan lah pulak...walhal me sendiri pun tak pernah nampak pun kat mana KR1M ni.




Wednesday, April 25, 2012

Alamak...Macamana nak terangkan ye...

 
 
Pagi-pagi macam biasa kalau dalam kereta tu kami akan  dgr Radio Hot FM..Tengah syok berborak..tiba2 dengar berita pasal imam didapati bersalah merogol remaja bawah umur . 
Tiba2 dapatlah soalan cepu emas dr MLP..."Abah merogol tu ape ? Macamana ye?"..Alamak..camner nak jawap soalan dia..En Hubby pandang kat me..me pandang kat En Hubby..nasib baiklah masa tu dah start berita sukan...so adalah alasan abah dia nak mengelak sbb MLP tahu kalau bab berita sukan semua kena diam.
 
Kesian MLP...muka dia pun macam kelat aje coz tak dapat jawapan yang dia nak. Rasa bersalah pun ada. Kdg-kdg terfikir macamana agaknya nak bagi jawapan untuk soalan ala2 "sx" ni pada anak yg seusia dia.Sampai bila nak bagi jawapan yang mengelak. Tapi kalau diterangkan ala kadar dia tak puas hati pulak. Nanti ditanya lebih2 pening kami nak menjawapnya. Rasa macam belum masanya untuk dia tahu detail pasal mende2 ni...Hmm....





Kebosanan....Asyik bosan jerrr...


Memang me tengah bosan..bosan yang teramat sangat..dah sampai tahap gaban..AKU DAH BOSAN...ape lah aku melalut ni...


sumber fr google
 Rasa macam nak....







Ini  semua gara2 keje dah buat in advance...dah melangut jadinya...tapi perlu juga ..bukan ape persediaan untuk cuti nanti..dengan cara  itu tak de lah orang yang nak memekak dan bising2.. Tapi kalau bising2 kat belakang me tak boleh nak buat apa..janji me dah settle everything..tak sabarnye nak tunggu 28.4 nanti...kerinduan yang tidak terhingga pasti akan terubat nanti...♥♥

Kelebihan Zikir Penenang Hati Hasbi Rabbi


 
 
Sesungguhnya berzikir adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t..Kali ni me nak tulis pasal zikir penenang hati..zikir ini selalu me dengar bukan saja kat radio (IKIM) tapi dari suara serak merdu MLP...merdu untuk halwa telinga ummi.....
 
Hasbi Rabbi Jallallah...Mafi Qalbi Ghairullah..Nur Muhammad Sallallah..Haqqul Lailahaillah..Cinta pada bunga..bunga akan layu..cinta manusia..akan mati..cinta pada Allah kekal abadi..itulah cinta yang hakiki... Itu MLP punya version...ala2  nasyid gitu...
 
 
Hasbi Rabbi Jallallah
Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung
 
Mafi Qalbi Ghairullah
Tiada niat dihatiku kecuali Allah
 
Nur Muhammad Sallallah..
Cahaya Muhammad selamat atasNya
 
Haqqul Lailahaillallah
Benarlah tiada tuhan selain Allah

Zikir ini sangat sesuai diamalkan sebagai penenang hati...kalau dihayati memang  boleh mengalir air mata...terasa sayu..lebih2 lagi diwaktu malam...

Yang Ni versi Ustaz Zulkarnain (OASIS)


www.youtube.com/watch?v=qTkRM_Wkfu4

Yang ni Versi Sami Yusuf
 www.youtube.com/watch?v=qpYVyEoXEGs
 So apa kata kita amalkan zikir ni...InsyaAllah jiwa kita akan rasa tenang..kalau nak marah pun hati  akan rasa sejuk...zikir yang pendek tapi mempunyai maksud yang mendalam..

Tuesday, April 24, 2012

Untuk Tontonan 18 sx ??

 

Kali ni me nak buat entry  pasal serangga...si lipas ni adalah serangga yang paling tidak disukai oleh MLP dan En Hubby...sebenarnya gambar ni kalau tak silap me snap last week....haa...tengoklah apa yang me nampak masa nak masuk bilik air that day....Geli geleman pun ada...sebenarnya me tak takut kat lipas ni tapi bila dia 'menyerbu' tu yg buat rasa seram. Tapi yang specialnya susah nak tengok lipas ni dalam keadaan bersama...hehe betul ke perkataan tu untuk serangga..
 

 
Bukan niat me untuk memisahkan mereka tapi disebabkan kelakuan mereka me terpaksa menjadi zalim ...terpaksalah me sembur dengan shieldtox coz dia menggila..merayap sana-sini..nanti semua orang dalam rumah ni jadi tak tenang dan tak keruan dibuatnya...
 
Dok elok2 me tulis entry ni tiba2 MLP pulak datang menjenguk.."ummi2...itu lipas kembar ke??" lipas kembar ?? Hahahahaha...me nak tergelak besar tapi terpaksa cover line.."ha..aa lipas kembar.."...hehe...terpaksa bohong sunat...nanti pjg ceritanya...
 
p/s : lipas2...maafkan saya yer...saya terpaksa buat macam tu..tak dosakan...malah me pernah terbaca dlm soal jwb Ustaz  Amin.......hukumnya sunat, janji kita bunuh sampai mati dan jgn bagi serangga tu terseksa....


Sunday, April 22, 2012

Hadiah Hari Jadi ??? Awalnya...TQ Hubby..

 

Alkisahnya kebetulan salah satu keperluan penting dalam hidup me asyik buat hal aje. So En Hubby dengan bermurah hati offer untuk beli yang baru. Me?? hmmm pucuk dicita ulam mendatang ....apa lagi senyum sampai ke telinga ler...Tapi  ada syaratnya...ini consider hadiah birthday nanti..kira bagi in advance...{lambat lagi tu...July lah Darling) Apa2 ajelah janji dapat apa yang me nak...



So semalam kita pergilah survey brg tu ....banyak sangat pilihan...harga pun boleh tahan jugak. Pilih punya pilih...banyak yang berkenan...dari sebuah kedai ke sebuah kedai...padahal benda yang sama aje...lastly adalah yang me berkenan...

Tara...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kena tujuk ker...??

Eee malulah macam budak2 lah pulak...Anyway

Haa....Ini dia surprise !!!!!...

V
v
v
v
v
v
v
v
v

P/S...Tq to My Darling En Rozaiemi ..I like this...1/7 nanti jangan lupa hadiah lagi yer..:-)

Saturday, April 21, 2012

Tak Menang lah Ummi.....


 

Kasihan MLP...lepas habis pertandingan Muhawarah..terus dia call. "Ummi, Iqi tak menang"..untuk bagi dia rasa lega me bagitau dia menang kalah adat bertanding. Alhamdulillah dia boleh terima..lagipun dia dapat ingat semua dialog tu tapi katanya peserta semua hebat...Apapun dia telah berusaha sedaya upaya.....tapi dugaan bila dah hampir hari pertandingan  dia sakit tekak...sampai hilang suara...kena flu...Bukan senang nak menghafal +- 3 mukasurat dialog dalam bahasa yang asing untuk dia..Kalau me memang awal2 dah surrender...Anyway kalau ada peluang next year cuba lagi...

Ingatkan dia sedih coz tak menang tapi bila masuk aje dalam kereta, ayat rutin yang akan dia tanya.."kita nak pergi mana ni ummi..abah...hmm..sabar aje ummi...so as we promise bawa dia pergi makan2 untuk celebrate his belated birthday.



Tip Mengenali Penipu di Alam Cyber

 


Hari ni me nak kongsi sedikit selok belok mengenai penipu di alam cyber...seperti yg kita ketahui sekarang terlalu banyak ruangan chat room seperti YM, Skype, Twitter , Facebook dan macam-macam lagi .Melalui alam cyber ini ramai yang telah jatuh cinta tanpa mengenali hati budi pasangan masing2.  Telah terbukti ramai tertipu dan terpedaya dengan cinta alam cyber ini . Lebih menakutkan lagi bila ia melibatkan gejala sosial dan melanggar norma kehidupan sebagai orang timur lebih2 lagi sebagai orang Islam. Walaupun kebanyakan  mangsa kebiasaannya adalah  kaum wanita tetapi lelaki juga tak terlepas dari menjadi mangsa alam cyber. Antara penipuan di alam cyber ialah terpedaya menjadi menjadi ejen pengedaran dadah dan mangsa cinta internet.

sumber dr google...

Apa kata kita cuba teliti perkara2 dibawah ini . Tip-tip mudah untuk mengenali penipu di internet .

Telefon

Biasanya bila kita meminta nombor telefon dia bagi tapi cuba mengelak bila kita cakap nak telefon, bermacam alasan yang diberi antaranya , susah jawap call masa tengah bekerja, speaker telefon rosak, line coverage tak clear  lah . Alasan macam ni biasanya dikalangan lelaki yang menyamar sebagai perempuan semasa chating. Bukan nak mengata sesiapa tapi majoriti yang buat kerja ni adalah dikalangan kaum nyah atau pondan. Tetapi tidak dinafikan ada juga lelaki sejati yang mempunyai keluarga bahagia turut melakukan kegiatan ini kerana mereka mempunyai sex orientation melalui chating sesama lelaki. Selain dari itu  ada juga wanita yang menyamar menjadi gadis belasan tahun sekadar untuk mencari kepuasan atau mengubat kesunyian .
TIP : Jika anda dapat no Handphone, cuba call  secara mengejut selepas sms,tengok apa reaksinya.. jika dia engage @ letak call anda,.mesti ada yang tak kena.  Anda juga boleh cuba buat video call secara tiba-tiba dan kalau dia terus matikan call. memang sah dia menyamar.baik lupakan niat anda untuk teruskan hubungan sebab ada sesuatu yang cuba di sembunyikan . 

Webcam di Yahoo Messenger atau Facebook

Apabila dah berkenalan dah tentulah pula nak kenal rupa, bentuk badan (kebiasaannya terutama bagi lelaki sebab nakkan pasangan yg cantik aje)dan dressing bagai . Kat sini lagi senang nak detect..bila diminta on webcam alasan yang paling famous yang diberi adalah webcam rosak. Kebanyakan lelaki masih lagi memberi peluang dan masih berharap. Mereka akan bersabar dengan alasan begini sehingga bertahun-tahun hanya melayan chating tanpa peluang utk melihat muka yg sebenar (pelikkan tapi mungkin itu satu kepuasan untuk mereka)

Tip : Senang saja nak tahu betul2 ke webcam dia rosak atau tidak, cuba buka ym anda,  perhatikan button webcam atau version terbaru ada button videocall di atas, jika ia enable maksudnya pihak disebelah sana berkemungkinan besar tidak mempunyai masalah webcam. Tapi jika dia masih memberi beribu alasan dan sanggup bersumpah bahawa webcamnya rosak, amalkan petua begini, senang je.. anda klik je button videocall di atas atau ask to see webcam, kalau dia tak accept atau denied, maknanya dia sengaja tak nak on webcam dia.. kalau betul-betul rosak kenapa dia takut nak accept kan? sebab kalau dia accept sedangkan mmg betul-betul rosak jadi tiada masalah lah, sebab memang orang tak boleh tengok webcam dia (gelap je). Jadi dia tak ikhlas dan memang sedang menipu

MMS

Kebiasaanya bila dah dapat no telefon, mesti mencari peluang utk bertukar-tukar gambar. Takkan nak dating tanpa kenal rupa kan. Mana syoknya betul tak? Lagipun kalau betul nak cari pasangan nak juga tahu rupa paras dan fizikalnya. Alasan selalu diberikan oleh pasangan bila cakap nak bertukar gambar. bila nak mms aje, alasan yang biasa kita dengar "alamak handphone saya tak leh mms lah...3G pun tak leh..tak pe lah ada rezeki nanti saya beli handphone baru yg lebih canggih" Percaya ke??? zaman sekarang ni susah nak jumpa orang yang masih pakai handphone tak boleh mms. Sdgkan budak2 sekolah pun dh pakai handphone yang canggih.

TIP : Cuba anda  hantar mms gambar apa2 aje yang menarik mcm kartun ke, bentuk love2  ke.. atau anda hantar lagu2 terkini pada dia masa dia tak perasan...kadang-kadang penipu ni akan terlupa apa yang dia tipu...kdg2 lepas je send kalau dia tiba-tiba reply.. "ee cantinkya gambar yang awak hantar saya...nanti dalam tak sedar dia mesti jawap la... saya suke sangat, terima kasih awak" haha masa tu dia dah tertangkap. So apa kes??? Apa dia nak jawap... bila hantar MMS kat dia, boleh pulak dia bukak tengok... kan dah kantoi.kalau terjadi perkara mcm ni, terus je melangkah pergi, tak berbaloi bagi peluang pada penipu mcm ni.benda paling ringkas dia boleh tak jujur, inikan pulak jika perkara yang lebih besar dan kompleks.

Gambar
Dalam zaman moden ni, almost semua orang yang main chating, mesti ada FB kan...  dan mesti ada email, kalau semua tu ada jarang orang tak tahu macamana cara nak upload gambar .. senang kata, kalau budak muda 18thn keatas bila sentuh je keyboard.... online kita dah tau dah dia ada FB atau Ym.. bila kita dah bersuai kenal dengan dia dan kita teringin nak kenal dia dgn lebih rapat, kita minta la nak tengok Facebook dia. Bila dia ckp dia tak ada FB, anda dah boleh mula agak dia sedang menipu, mustahil kan...ok2 apapun kita kena bersangka baik. 

TIP: Kalau dia takda gambar Ym dan Fb..taknak picture sharing dekat ym  cuba minta dia emailkan gambar dia. kalau dia masih bagi macam2 alasan juga, mmg sah dia menipu dan sedang menyorokkan sesuatu dari anda..tapi berhati2 jugak.. bila dia mms, email atau sharing picture dekat YM, kalau setiap kali mintak dia bagi gambar yang sama. Anda dah boleh hafal 3 foto yang dah di rotate, digunapakai berulang2, ada kemungkinan besar dia menggunakan foto orang lain. ini adalah trick biasa.. kalau nak elak benda ni terjadi, mintak pada dia foto terbaru, pasti dia bagi beribu alasan.. seperti kamera saya rosak le...handphone pun tak leh nak snap gambar...keadaan tak ready nak bergambar sekarang ni sebab nampak aurat le.Kalau macam ni maknanya anda semakin hampir dengan fasa ditipu melalui cinta internet.


 Blind date / dating/ ajak jumpa
Biasnya bila dah lama kenal dan makin mesra kemuncaknya bagi merealisikanperhubungan alam maya mestilah nak jumpakan. Penyamar dan penipu akan bermulut manis, berjanji utk berjumpa anda pada  tarikh dan  tempat sekian2. dan bercerita tentang keindahan semasa dating tersebut. Apakah yang anda akan lakukan, tengok wyg, makan2, jalan2... tapi selalunya, bila tarikh yang dijanjikan, dia mula bagi alasan last minit, 1001 alasan yang kdg2 tak masuk dek akal...cakap dia ada emergency, sepupu eksiden motor, nenek mati, pakcik tenat,  kakak sakit kanser tengah nazak dalam bilik pembedahan..alasan-alasan ini akan diputarkan dengan adengan teresak-esak (berkemungkinan akan menghala kepada point nak pinjam duit) kalau anda terima alasan mcm ni lebih dari 3 kali, ada beberapa kesimpulan yang anda boleh buat. pada masa ini anda patut sedar dan sedia angkat kaki, jangan layan lagi org mcm ni.
  • Penyamar/penipu mmg individu yang betul, tapi mungkin dia bagi anda gambar lama dia yg sedang slim dan menarik,tetapi pada masa itu dia telah gemuk atau mempunyai masalah pada tubuhnya, jadi dia melewat-lewatkan dan menangguh-nangguh sampai la dia berjaya kurus balik atau dapat pulihkan sebarang kecedaraan.
  • Dia adalah penipu dan penyamar yg nyata, yang mempunyai masalah sakit jiwa, dia suka hidup dalam fantasi tentang membayangkan percintaan yg dicipta didalam minda, sms, call dan internet. dia akan mereka-reka identiti tersendiri, dan fantasi lifestyle yg advance, dia takut untuk menghadapi dunia nyata dan hidup didalam dunia sebenar.

Tip: cuba mintak alamat  atau pun, kalau dia ckp dia masa tu emergency kat mana, try acah dia.. cakap nak pergi masa tu jugak. kalau dia masih bagi alasan mengarut.. dan mcm2.. sah2lah dia penipu.

Jadi kepada anda semua, pembaca2 yang addict dengan internet ni silalah berhati semasa menjalinkan Cinta internet, kemungkinan anda akan ditipu sewaktu anda benar2 dilamun cinta. Jangan pula tak pasal2 anda frust menonggeng sdgkan pada masa itu anda dah betul2 jatuh cinta.

Nauzubillah min zalik...

Friday, April 20, 2012

Muhawarah

 


Muhawarah???? Itulah reaksi me masa mula-mula dengar perkataan tu . Ceritanya  kalau tak silap me awal minggu lepas . MLP balik dari sekolah beritahu dia terpilih untuk wakil sekolah bagi Program Kemahiran Amal Islami...Memandangkan En. Hubby dulu sekolah agama sedikit sebanyak dia tahu mende tu apa. Ooo..rupa2nya itu perkataan arab bermaksud  berdailog   tapi dalam bahasa Arab.



So start hari tu MLP gigih menghafal...3 mukasurat semuanya...yang kelakarnya dialog pasangan dia pun dihafal sekali...kadang2 me pula yang jadi mangsa kena berdialog dengan dia. Kalau bahasa jawi ok lah juga ini bahasa arab...dah merangkak me nak membacanya...Nak buat macamana masa me sekolah dulu tak belajar subjek Bahasa Arab. 

Alhamdulillah..setakat hari ni dia cakap ok cuma rasa nervous ....so ummi dan abahnya lah kena bagi semangat supaya dia hilang perasaan tu... "Apa yang penting usaha dan mencuba. Menang atau kalah itu adat dalam bertanding" . So he feel more better.

Kegemaran Dia..MLP...Sizzling Mee....

 
 
 
Alkisahnya petang semalam , balik aje dari kerja kai terus ke AEON f.k.a Jaya Jusco kat  Taman Equine.....kebetulan ada hal sikit kat sana...sambil jalan2...

Kebetulan En Hubby nak berbuka puasa so pergi food court kat bawah tu...sebenarnya me tak berapa nak suka makan kat situ tapi dah situ ajelah satu2nya FC yang ada kat dalam tu...lain2 semuanya kiosk fast food...so order dan  makan ajelah ...Macam biasa MLP tetap berselera...lebih2 lagi dapat makanan yang dia memang suka...Mee sizzling...


Tu dia....

Thursday, April 19, 2012

Cuti Tergempar ....Serangan Histeria...

 
Wah...gempak jer tajuk entry ...petang tadi masa nak jemput MLP dari sekolah..ternampak di pintu pagar satu memo...



Hairan bin ajaib....nak kata esok public holiday , bukan....then me suruh MLP snap foto ..tanya MLP kenapa tiba-tiba mereka dicutikan esok....tahu apa dia jawap...'ummi, td ramai budak perempuan kena hasut..kena hasut???..Bukan hasut le sayang...itu namanya kena rasuk atau pun histeria...rupa2nya ada kes budak2 diserang histeria...kejadian tu start dari  semalam lagi tapi hari ni bertambah teruk. So cikgu terpaksa buat keputusan sekolah cuti tergempar.. Nasib baik lah K.Long my SIL tak keje...kalau tak  mana nak letakkan MLP...

Histeria atau gangguan boleh berlaku atas dua sebab iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

Sumber dari google


Tapi bila serangan ini berlaku di sekolah ada beberapa kemungkinan.Salah satunya sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas atau diceroboh manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan.Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh mengundang kemarahan jin.Kemungkinan juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan. Apabila terkena serangan histeria mangsa akan berkelakuan luar biasa seperti menendang dan menumbuk dengan kuat sedangkan yang dirasuk itu adalah pelajar wanita. Ini berlaku kerana jin itu telah merasuk ke dalam badan mangsa. Lebih teruk lagi jin ini boleh berjangkit selepas menyerang manusia...ia berlaku dengan pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.Ramai yang tidak sedar serangan histeria ini memudaratkan menyerang otak dan fikiran manusia. ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.mALAH jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.





Sebenarnya ada beberapa doa untuk mengelakkan berlakunya serangan histeria...InsyaAllah dengan mengamalkannya jin2  takkan berani nak usik kita...hehe..cakap macam le berani sangat..apapun Jin pun makhluk ciptaan Allah s.w.tjadi hanya Dia yang berkuasa dan tahu cara nak melemahkan 'mereka'..

Antaranya mengamalkan muawizat (Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas ) yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. Sumber ini me dapatkan dari salah satu buku Dato ,Dr. Haron Din.







Kasih Kekasih...


 

Makin korang tak bagi aku ber'blog' makin rancak aku menulis...hehe...protes lah konon...
Tak pasal2 tiba-tiba me nak buat entry ni.....buang tebiat ape???  No3...kebetulan pagi tadi me terdengar lagu Kasih Kekasih ni kat radio IKIM .

Sebenarnya lagu ni lagu peberet En Hubby . Dia cakap lirik lagu tu best sangat. Dari kami bercinta hinggalah  kami bertunang dulu bila dengar aje lagu ni mesti dia cakap..' Ayang, ni lagu kita..InsyaAllah masanya akan tiba '...even sekarang pun kalau dengar lagu ni dia still ckp mende yang sama cuma ayatnya berbeza...'Ayang, ingat lagi tak lagu ni...alhamdulillah kita dah sampai tahap ni kan.'..Mestilah ingat....takkan me lupa sampai bila2...InsyaAllah...

 Kasih Kekasih...

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

Tuesday, April 17, 2012

Perasaan Hasad Dengki Yang Melampau...


 

Excited nak tulis pasal entry ni pagi2 before breakfast me dah start dengan aktiviti ;haram' kat ofis. Excited ???? Bukan excited kut tapi geram...geram dengan manusia yang berperangai PHD a.k.a Perasaan Hasad Dengki...

Ceritanya dah sibuk2 nak balik...tup2 dengar lah khabar berita yang tak berapa nak  gembira..."Korang , nanti blog pun nak kena block"



Hish Sape punya angkara ni..

Banyak sangat talamnya...bukan 2 muka tapi bermuka2...



Mukjizat & Keajaiban Doa Ibubapa


 

Memandangkan me ni seorang ibu....even ummi kepada seorang anak aje...kat sini me nak share doa ni..bukan apa sekurang2nya kita boleh amalkan untuk kebaikan bersama. Sepeti yang kita semua ketahui doa ibubapa adalah doa yang paling mustajab.Harapan kita semoga anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah...a InsyaAllah...Allah s.w.t  menyuruh kita  meminta (berdoa) kepadaNya.

Sumber fr Google.

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

v

v

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Surah Al Imran ayat 8
Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

doa ibubapa kepada anak
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.



Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
doa dapat zuriat baik
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan


Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41



Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
doa minta keturunan yang baik
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128



Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74




Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79



Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).
sura al hashr ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22
surah al hashr ayat 23
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24



Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha
surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
doa ibubapa pada anaknya
InsyaAllah....dengan amalan membaca doa2 semoga amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita tidak leka dengan nikmat duniawi semata2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...