Thursday, April 19, 2012

Cuti Tergempar ....Serangan Histeria...

 
Wah...gempak jer tajuk entry ...petang tadi masa nak jemput MLP dari sekolah..ternampak di pintu pagar satu memo...



Hairan bin ajaib....nak kata esok public holiday , bukan....then me suruh MLP snap foto ..tanya MLP kenapa tiba-tiba mereka dicutikan esok....tahu apa dia jawap...'ummi, td ramai budak perempuan kena hasut..kena hasut???..Bukan hasut le sayang...itu namanya kena rasuk atau pun histeria...rupa2nya ada kes budak2 diserang histeria...kejadian tu start dari  semalam lagi tapi hari ni bertambah teruk. So cikgu terpaksa buat keputusan sekolah cuti tergempar.. Nasib baik lah K.Long my SIL tak keje...kalau tak  mana nak letakkan MLP...

Histeria atau gangguan boleh berlaku atas dua sebab iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

Sumber dari google


Tapi bila serangan ini berlaku di sekolah ada beberapa kemungkinan.Salah satunya sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas atau diceroboh manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan.Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh mengundang kemarahan jin.Kemungkinan juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan. Apabila terkena serangan histeria mangsa akan berkelakuan luar biasa seperti menendang dan menumbuk dengan kuat sedangkan yang dirasuk itu adalah pelajar wanita. Ini berlaku kerana jin itu telah merasuk ke dalam badan mangsa. Lebih teruk lagi jin ini boleh berjangkit selepas menyerang manusia...ia berlaku dengan pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.Ramai yang tidak sedar serangan histeria ini memudaratkan menyerang otak dan fikiran manusia. ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.mALAH jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.





Sebenarnya ada beberapa doa untuk mengelakkan berlakunya serangan histeria...InsyaAllah dengan mengamalkannya jin2  takkan berani nak usik kita...hehe..cakap macam le berani sangat..apapun Jin pun makhluk ciptaan Allah s.w.tjadi hanya Dia yang berkuasa dan tahu cara nak melemahkan 'mereka'..

Antaranya mengamalkan muawizat (Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas ) yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus. Sumber ini me dapatkan dari salah satu buku Dato ,Dr. Haron Din.







5 comments:

mizzkechique said...

btl la tu kak..kena hasut dgn syaitan... hehehehe

Dee Z said...

sekolah agama byk jin2 suka kacau... nak merosakkan anak2 org islam itu sememangnya kerja mereka...

azam said...

adoi......bahaya jugak ni.....

maamieiqi said...

MK...ha..aa betul jgak tu..
DeeZ...memang itu agenda utama 'dia'

maamieiqi said...

Azam...tu la psl..risau jgak bila dia balik cerita lepas tengok dia rasa lemah..kebetulan semalam dia tak berapa sihat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...