Saturday, April 21, 2012

Tip Mengenali Penipu di Alam Cyber

 


Hari ni me nak kongsi sedikit selok belok mengenai penipu di alam cyber...seperti yg kita ketahui sekarang terlalu banyak ruangan chat room seperti YM, Skype, Twitter , Facebook dan macam-macam lagi .Melalui alam cyber ini ramai yang telah jatuh cinta tanpa mengenali hati budi pasangan masing2.  Telah terbukti ramai tertipu dan terpedaya dengan cinta alam cyber ini . Lebih menakutkan lagi bila ia melibatkan gejala sosial dan melanggar norma kehidupan sebagai orang timur lebih2 lagi sebagai orang Islam. Walaupun kebanyakan  mangsa kebiasaannya adalah  kaum wanita tetapi lelaki juga tak terlepas dari menjadi mangsa alam cyber. Antara penipuan di alam cyber ialah terpedaya menjadi menjadi ejen pengedaran dadah dan mangsa cinta internet.

sumber dr google...

Apa kata kita cuba teliti perkara2 dibawah ini . Tip-tip mudah untuk mengenali penipu di internet .

Telefon

Biasanya bila kita meminta nombor telefon dia bagi tapi cuba mengelak bila kita cakap nak telefon, bermacam alasan yang diberi antaranya , susah jawap call masa tengah bekerja, speaker telefon rosak, line coverage tak clear  lah . Alasan macam ni biasanya dikalangan lelaki yang menyamar sebagai perempuan semasa chating. Bukan nak mengata sesiapa tapi majoriti yang buat kerja ni adalah dikalangan kaum nyah atau pondan. Tetapi tidak dinafikan ada juga lelaki sejati yang mempunyai keluarga bahagia turut melakukan kegiatan ini kerana mereka mempunyai sex orientation melalui chating sesama lelaki. Selain dari itu  ada juga wanita yang menyamar menjadi gadis belasan tahun sekadar untuk mencari kepuasan atau mengubat kesunyian .
TIP : Jika anda dapat no Handphone, cuba call  secara mengejut selepas sms,tengok apa reaksinya.. jika dia engage @ letak call anda,.mesti ada yang tak kena.  Anda juga boleh cuba buat video call secara tiba-tiba dan kalau dia terus matikan call. memang sah dia menyamar.baik lupakan niat anda untuk teruskan hubungan sebab ada sesuatu yang cuba di sembunyikan . 

Webcam di Yahoo Messenger atau Facebook

Apabila dah berkenalan dah tentulah pula nak kenal rupa, bentuk badan (kebiasaannya terutama bagi lelaki sebab nakkan pasangan yg cantik aje)dan dressing bagai . Kat sini lagi senang nak detect..bila diminta on webcam alasan yang paling famous yang diberi adalah webcam rosak. Kebanyakan lelaki masih lagi memberi peluang dan masih berharap. Mereka akan bersabar dengan alasan begini sehingga bertahun-tahun hanya melayan chating tanpa peluang utk melihat muka yg sebenar (pelikkan tapi mungkin itu satu kepuasan untuk mereka)

Tip : Senang saja nak tahu betul2 ke webcam dia rosak atau tidak, cuba buka ym anda,  perhatikan button webcam atau version terbaru ada button videocall di atas, jika ia enable maksudnya pihak disebelah sana berkemungkinan besar tidak mempunyai masalah webcam. Tapi jika dia masih memberi beribu alasan dan sanggup bersumpah bahawa webcamnya rosak, amalkan petua begini, senang je.. anda klik je button videocall di atas atau ask to see webcam, kalau dia tak accept atau denied, maknanya dia sengaja tak nak on webcam dia.. kalau betul-betul rosak kenapa dia takut nak accept kan? sebab kalau dia accept sedangkan mmg betul-betul rosak jadi tiada masalah lah, sebab memang orang tak boleh tengok webcam dia (gelap je). Jadi dia tak ikhlas dan memang sedang menipu

MMS

Kebiasaanya bila dah dapat no telefon, mesti mencari peluang utk bertukar-tukar gambar. Takkan nak dating tanpa kenal rupa kan. Mana syoknya betul tak? Lagipun kalau betul nak cari pasangan nak juga tahu rupa paras dan fizikalnya. Alasan selalu diberikan oleh pasangan bila cakap nak bertukar gambar. bila nak mms aje, alasan yang biasa kita dengar "alamak handphone saya tak leh mms lah...3G pun tak leh..tak pe lah ada rezeki nanti saya beli handphone baru yg lebih canggih" Percaya ke??? zaman sekarang ni susah nak jumpa orang yang masih pakai handphone tak boleh mms. Sdgkan budak2 sekolah pun dh pakai handphone yang canggih.

TIP : Cuba anda  hantar mms gambar apa2 aje yang menarik mcm kartun ke, bentuk love2  ke.. atau anda hantar lagu2 terkini pada dia masa dia tak perasan...kadang-kadang penipu ni akan terlupa apa yang dia tipu...kdg2 lepas je send kalau dia tiba-tiba reply.. "ee cantinkya gambar yang awak hantar saya...nanti dalam tak sedar dia mesti jawap la... saya suke sangat, terima kasih awak" haha masa tu dia dah tertangkap. So apa kes??? Apa dia nak jawap... bila hantar MMS kat dia, boleh pulak dia bukak tengok... kan dah kantoi.kalau terjadi perkara mcm ni, terus je melangkah pergi, tak berbaloi bagi peluang pada penipu mcm ni.benda paling ringkas dia boleh tak jujur, inikan pulak jika perkara yang lebih besar dan kompleks.

Gambar
Dalam zaman moden ni, almost semua orang yang main chating, mesti ada FB kan...  dan mesti ada email, kalau semua tu ada jarang orang tak tahu macamana cara nak upload gambar .. senang kata, kalau budak muda 18thn keatas bila sentuh je keyboard.... online kita dah tau dah dia ada FB atau Ym.. bila kita dah bersuai kenal dengan dia dan kita teringin nak kenal dia dgn lebih rapat, kita minta la nak tengok Facebook dia. Bila dia ckp dia tak ada FB, anda dah boleh mula agak dia sedang menipu, mustahil kan...ok2 apapun kita kena bersangka baik. 

TIP: Kalau dia takda gambar Ym dan Fb..taknak picture sharing dekat ym  cuba minta dia emailkan gambar dia. kalau dia masih bagi macam2 alasan juga, mmg sah dia menipu dan sedang menyorokkan sesuatu dari anda..tapi berhati2 jugak.. bila dia mms, email atau sharing picture dekat YM, kalau setiap kali mintak dia bagi gambar yang sama. Anda dah boleh hafal 3 foto yang dah di rotate, digunapakai berulang2, ada kemungkinan besar dia menggunakan foto orang lain. ini adalah trick biasa.. kalau nak elak benda ni terjadi, mintak pada dia foto terbaru, pasti dia bagi beribu alasan.. seperti kamera saya rosak le...handphone pun tak leh nak snap gambar...keadaan tak ready nak bergambar sekarang ni sebab nampak aurat le.Kalau macam ni maknanya anda semakin hampir dengan fasa ditipu melalui cinta internet.


 Blind date / dating/ ajak jumpa
Biasnya bila dah lama kenal dan makin mesra kemuncaknya bagi merealisikanperhubungan alam maya mestilah nak jumpakan. Penyamar dan penipu akan bermulut manis, berjanji utk berjumpa anda pada  tarikh dan  tempat sekian2. dan bercerita tentang keindahan semasa dating tersebut. Apakah yang anda akan lakukan, tengok wyg, makan2, jalan2... tapi selalunya, bila tarikh yang dijanjikan, dia mula bagi alasan last minit, 1001 alasan yang kdg2 tak masuk dek akal...cakap dia ada emergency, sepupu eksiden motor, nenek mati, pakcik tenat,  kakak sakit kanser tengah nazak dalam bilik pembedahan..alasan-alasan ini akan diputarkan dengan adengan teresak-esak (berkemungkinan akan menghala kepada point nak pinjam duit) kalau anda terima alasan mcm ni lebih dari 3 kali, ada beberapa kesimpulan yang anda boleh buat. pada masa ini anda patut sedar dan sedia angkat kaki, jangan layan lagi org mcm ni.
  • Penyamar/penipu mmg individu yang betul, tapi mungkin dia bagi anda gambar lama dia yg sedang slim dan menarik,tetapi pada masa itu dia telah gemuk atau mempunyai masalah pada tubuhnya, jadi dia melewat-lewatkan dan menangguh-nangguh sampai la dia berjaya kurus balik atau dapat pulihkan sebarang kecedaraan.
  • Dia adalah penipu dan penyamar yg nyata, yang mempunyai masalah sakit jiwa, dia suka hidup dalam fantasi tentang membayangkan percintaan yg dicipta didalam minda, sms, call dan internet. dia akan mereka-reka identiti tersendiri, dan fantasi lifestyle yg advance, dia takut untuk menghadapi dunia nyata dan hidup didalam dunia sebenar.

Tip: cuba mintak alamat  atau pun, kalau dia ckp dia masa tu emergency kat mana, try acah dia.. cakap nak pergi masa tu jugak. kalau dia masih bagi alasan mengarut.. dan mcm2.. sah2lah dia penipu.

Jadi kepada anda semua, pembaca2 yang addict dengan internet ni silalah berhati semasa menjalinkan Cinta internet, kemungkinan anda akan ditipu sewaktu anda benar2 dilamun cinta. Jangan pula tak pasal2 anda frust menonggeng sdgkan pada masa itu anda dah betul2 jatuh cinta.

Nauzubillah min zalik...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...