Monday, May 28, 2012

Di Mana Joe Jambul ??



 
 
Seriously, me pernah dengar rancangan ni masa kecik2 dulu tapi rasanya macam tak pernah tengok. Ataupun dah lupe kut  sbb dah lama tinggalkan zaman tu.

Citenye, beberapa minggu yg lepas biras me, Aisyah tanya if MLP ada ape2 program within cuti sekolah. So dia offer MLP utk masuk rancangan di Mana Joe Jambul sbg penyokong a.k.a tukang sorak. So dia pe lagi excited le, nak pulak bila ckp masuk TV.


1st day ..blue team's supporter
Bersama pengacara, Aril AF tgh sign autograf..





1st daynye hari sabtu kelmarin tapi baru smlm kami berpeluang pegi sana (IBC, Angkasapuri). Memandangkan kami tak biasa area citu so memusing jugak nak mencarinya. Sampai sana , jumpa MLP...adegan peluk cium dulu (mcm le dah lama sgt x jumpe)

Masa kat sana sempatlah me tgk how's the shooting going on. Kasihan rupanya tak semudah yg me sangka, nmpk senang tapi kdg2 berulang kali buat mende yg sama utk dptkan yg terbaik.Nampak sgt budak2 tu kepenatan. Tapi berbaloilah dgn byrn yg dorang bagi kut...even gaji me utk 1 hari pun tak cecah amount tu . Since shooting hbis lewat ptg kami pegi JJCM Mid VAlley kejap .Ramai betul manusia..nak window shopping pun tak larat jadinya.

Ptgnye masa nak jemput MLP, program tu still tak hbis. Sempatlah tengok jap gelagat2 supporter yg dah keletihan..tepuk tgn pun dah ala2 aje. Then saat yg paling seronok for them masa beratur nak amek payment. Yg kelakarnya bila budak2 tu bincang sesama mrk ..antaranya..."awak nk buat ape ye duit tu?"..."Ayah, kite nak beli henpon"..." aku nak beli ipad"..Wah, anak2 zaman skrg..gajet memang tak lekang dr mulut dorang. MLP ??? Tgoklah nti...:-)

Before balik singgah kejap JJ Maluri utk memenuhi hasrat MLP. Hmm..ape lagi, nak mainan le.  Then lepas dinner hantar semula MLP ke rumah biras punye mak sbb esok ada shoot lgi sampai hari Rabu. 


Sijil Penyertaan

Souvenir dr RTM...




Friday, May 25, 2012

Nasi Ayam @ RASA Alamanda.



 
Ptg smlm balik keje terus ke Alamanda..matlamat utama... nak carik beli seluar MLP..matlamat ke2nya me teringin nak makan nasi ayam kat RASA. Teringin yer bukannya ngidam. Dari semalam me sibuk dok search kat tenet psl nasi ayam kat situ. Bukan ape, at least dr citu boleh le tahu apa kata mrk yg pnh santap NA kat RASA tu..sedap ke..x sedap ke..
 

Alhamdulillah jalan smooth jer..parking pun x pack sgt..even kat RASA pun byk table still kosong.hujung bulan kut. Pe lagi, hubby pi order nasi ayam..ingatkan nk try BBQ CR tp dh hbis..mcm nk try Steamed CR tp tkut x leh nak masuk..almaklumlah me ni kan bab2 mkn ni choosy cikit..so hubby order aje Roasted CR ...my duty pi order air.So me order Coconut Milk shake(for me seyes memang sedap rasanya),hubby pye carrot susu (at 1st nk watermelon juice tp dh hbis) n MLP Teh O ais(last mnute dia mtk cz me x bg dia minum ABC..) Alhamdulillah semua dah ready b4 masuk waktu berbuka.


Roasted Chicken Rice...cmni hgnya rm6.50 ?..Kata org sbb sewa kt sini mhl..Ooo

Sementara menunggu waktu berbuka..masing2...


Abahnye...

Anaknye..

Betullah kata orang...Bapa borek anak rintik :-). MLP pd mulanya sbr menunggu, kononya nak 'berbuka' dgn kami akhirnya mtk nak mkn dulu coz lpr katanya.


Kelaparan..

Baru separuh jer dia makan , tp ckp dah kenyang..

Tibe2...nak sandar kat ummi lah...

Alhamdulillah..sempurna puasa kami hari ni.Nasi ayam pun not bad but kicap tu maybe a bit masin*coz me mmg x suke mknan msin . After that rush coz tkut lewat nak solat .Then ke Parkson. Susahnya nak cari warne hitam. Lastly grab 1 Jeep khakis jer. Boleh tahan jgk harganye *konon less 50%..1 lagi kami beli kat Carrefour . Plan nak beli 3 tp 2 coz wne hitam x byk pilihan.


Dah nak balik tu terpandang pulak kat kedai BATA.."eheh..cam ada offer jer, masuk ah kejap"..tengok punye tengok..MLP jugak yg dpt.Happy sangat dia..siap ckp.."tak mahal ni abah, baru 29.99..kawan tak dek lagi yg pakai pten mcm ni..mcm boot bola"..kebetulan abahnya pun berkenan n kasutnye yg 3 psg tu sume dh ade yg koyak cikit2. *Ai..bru 6 bulan dah msuk yg ke 4 psg..

Mcm x lulus ngan rules sekolah jer..

Thursday, May 24, 2012

Surat ke Kertas Soalan ???


 
 
Ini cerita ptg kelmarin ni..Pasal MLP...Citernye balik sekolah ptg tu, dia inform esoknya ada sambutan Hari Guru, berpakaian baju PJ..tapi kasut bebas, maknanya boleh pakai kasut lain selain dr kasut skolah. Nak dijadikan cite , dia request nak pakai kasut baru..amboi..nak main kat pdg pun nk melaram kasut baru? No3...tak pasal2 nanti kasut tu jadi mangsa 'culik'. Apa lagi, jawapan itu telah menyentapkan hati MLP. Permission secara lisan tak dpt, so wujudlah surat kat bawah ni ..

Kesannye tulisan cam gitu..ayat n ejaan pun ke laut gara2 hati tgh pns.
Translate dari kertas 'exam' tersebut secara bergmbrnya :-

v
v
v


Sorry to say sayang..The answer is tetap sama ...

v


MLP terima keputusan me dgn hati yang hampa & kecewa. Biasanya b4 masuk tido dia akan salam n me kena peluk cium dia dulu. Tapi malam tu semuanya dia 'lupa' coz tak puas hati. So mlm ni rutin tu me yg kena buat...bukan ape rasa tak sedap hati kalau tak buat rutin tu.Hmm...Hopefully he understand.


Tuesday, May 22, 2012

Persoalan Kelebihan & Amalan di Bulan Rejab..

 



Alhamdulillah..Hari ini dah masuk 1 Rejab 1433 Masihi..rasanya tak semua yg perasan hari ni dah masuk 1 Rejab kan. Even me pun klau tak disbbkan kalendar dpn mata rasanya tak ingat pun. Itulah silapnya sbb kita terlalu mementingkan kalendar omputih hingga lupa pada takwim Islam. So me ingin berterima kasih pd kalendar kat ats meja n depan mata krna mengingatkan me....^◕‿◕^

Ok..yg tu tolak ketepi, yg penting bila kita dah perasan tu, kita sedar. Ada yg mengatakan bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t .Tetapi dari apa yg me baca, para ulama mengatakan bahawa tiada hadis yg sahih @pun didlm Al-Quran mengatakan ianya bulan Allah.Kalau yg adapun hadis2 lemah. Sila rujuk sini untuk lebih detail.


  Cuma dinyatakan didalam surah At-Taubah Ayat 36 :-

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya ada 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yg lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yg empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yg bertaqwa."

Mengikut pandangan para ulama', Allah s.w.t memuliakan bulan Rejab ini kerana berlakunya peristiwa terpenting dalam sirah Nabi s.a.w iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Tapi yg pastinya tentang bulan Rejab, ia dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir tibanya bulan Ramadan al-Mubarak.Seperti yg sedia maklum bulan Ramadan amat dirindui & dinantikan oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. Secara tidak lansung aura kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Tapi apa yg me tahu ramai yg melakukan amalan tertentu sempena bulan Rejab ini. Antaranya berpuasa pada 1hb Rejab serta hari Isnin dan Khamis spjg bulan tersebut. Selain drp itu amalan solat sunat dan zikir juga diperbanyakkan Even me masa sekolah dulu pun mcm tu jugak..masuk jer bulan Rejab sibuk ler nak wat puasa sunat.

Malah ada sumber yang mengatakan tentang keistimewaan amalan dlm bulan Rejab spt :-

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

 Apapun segala amalan yang kita lakukan pada mana2 bulan pun yang penting ianya dilakukan dengan hati yg ikhlas kerana Allah s.w.t dan memohon supaya mendapat keberkatan dariNya.

**Wallahu alam bissawab**

Monday, May 21, 2012

Kreatif...

 
 
Kreatif ?? Sape? Sape lagi...hero kecik kesayangan me ler...Pagi sabtu lepas, masa me suruh dia masuk mandi..kebetulan me letak kasut dia dlm bilik air. Tiba2 aje "ummi, Iqi nak basuh kasut"..Hmm , dah agak dah..jawabnya berjam le dlm bilik air. Yg pastinya jadi medan buih le .Ok, tak pe..sekurang2nya dia ada keinginan wat mende tu.
 
After dia siap me masuk bili air. Tengok apa yg dia buat..hmmm 
 
v
v
v
v
 
Cantik jer dia susun...kesian tali kasut jd mangsa..:-)

 
 Nampak tak ape yg dia buat...cuba tengok betul2...tali ampaian tu dari apa..Tali kasut ...Apapun good job syg..kasut tu bersih..

Cucu Saudara Baru...♂


 
 
Setelah hampir 2 weeks anak buah me bersalin, baru smlm berpeluang visit dia n baby. Kalau tak silap me ini cucu saudara yg ke 19 (kalau tersilap sory ye wahai ank2 sdraku ) . Alhamdulillah muda lagi me dah jd nenek. Kalau stgh org tu tak nak pangkat nenek awl2..maklumlah gelaran tu menjadikan mrka 'tua' kut...ada me  kisah..kira bertuah ape..umur 20an me dah jadi nenek saudara...◕‿◕.
 
Bestnye dapat pegang baby (actually I miss n wish to hold my own baby..mkin belum rezeki me to have another baby..apapun me bersyukur n redha dgn ketentuanNya.). Bila pegang baby ni teringat pulak zaman 'mamanya' baby dulu. Me pernah jaga 'mamanya' seawal umur 3 bulan cz dia byk membesar di kg me. Maklumlah my sis keje so before pegi sekolah, me akan lyn 'mamanya'..ptg adk2 pula yg jaga...ayah pula org yg paling manjakan 'mamanya'..even balik dr tadika pun ayah yg jemput. Cepatnya masa berlalu. Akhirnya 'mamanya' yg baby dah pun ada baby, Muhammad Afiq Zafran Danish (wow pjgnya nama awak..esok2 penat le nk tulis nme sndiri). Entah betul ke idak susunannya tu Angah..pjg sgt ssah cik Ma nak ingatnye. 


BB Danish..semoga membesar sebagai anak yg soleh.



MLP bukan main seronok lagi..dicium2nya baby, risau ummi dibuatnya. Baru 2 munggu tu..ubun2 tu lembut lagi.
 

wif Abg Rifqi n Cik Su...
wif Ayah Mie n Abg Rifqi..hubby yg takut2 cz dh lame x pgg baby ..

BB Danish n Cik Ma..

 
♥ Baby Danish...nanti Cik Ma dtg lagi..

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru..♫♫Thank You Teacher♫♫



 

 
 



Hari ini 16 Mei 2012..ish2 mcm lah org lain tak tahu hari ni bape haribulan. Senang citer sbnrnya me nak cakap psl gambar kat ats tu..Hari Guru. Memanglah dah lama habis sekolah tapi jasa guru2 yang mengajar dulu tetap me kenang hingga akhir hayat. Malah masih me ingat lagi nama2 cikgu yang mengajar dulu even dah lebih 18 tahun. Antaranya Cikgu Tan, Cikgu Chandran, Ustaz Muhammad (haa..kan complete 1 Malaysia tu..). Itu sume cikgu sekolah rendah. Yang buat me ingat sgt mrka tu memang tegas compare ngan cikgu2 lain. Tp ada sorang cikgu ppuan tu sampai skrg me ingat dia..teringin sgt nak jumpa..cantik..baik.lemah lembut orgnya. Hari2 pegi sekolah naik pasola kuning (mase tu motor pasola ni glamer). Tapi lupa pulak nama cikgu tu.


 Kalau cikgu sekolah menengah pula, yg masih kuat dalam ingatan me Allahyarham Cikgu Aziz Saat (cikgu yg sbr mgjr subjek sastera msa form 6..subjek yg mmg me blur..almaklumlah 1st yr amek sastera). Memang penyabar orgnya..tak pernah marah walaupun me pot pet kat dlm kelas, even kalau me dok menguyah kacang kuning pun dia tak mrh..punyalah baik, kalau ngantuk siap pelawa gula2 lagi.Satu ayt dr arwah yg me takkan lupa sampai bile2.."make2 jugok tp hak cikgu ngaja keno masuk"..so nice of him.
 
Sorang lagi Cikgu Wahab, ngajar subjek ekonomi. Cikgu yg suka 'gaduh' dgn me..sebabnya...sebabnya...me ni suka melawan ckp ( hmm semoga MLP tdk mengikut perangai umminya :-). Pas tu suka pulak bila bagi soklan,me lah yg jadi org 1st ditanya..grrr (perasaan masa tu).Tapi Alhamdulillah after tht me sedar ape yg dibuat utk kebaikan me .Apa yg penting me sudah minta maaf dan minta halalkan segalanya b4 exam STPM.. "Cikgu,..0-0 yer"..cikgu ckp "Deal"..yesss..
 
Apapun dimana bekas guru2 Me berada, jasa kalian tetap dalam ingatan. Kerana kalian lah diri ini mampu membaca, menulis dan mengira. Me hanya mampu memanjatkan doa semoga mereka dianugerahkan kesihatan yg baik dan dipjgkan umur . Dan kepada guru2 yg telah pergi mengadap Ilahi..Al fatihah me hadiahkan buat mereka. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
 
♥♥♥TERIMA KASIH CIKGU♥♥♥
 
* Alamak terlupa pulak nak standby hadiah utk MLP bagi cikgu dia..jwpnya ptg krg dpt soklan cepu emas ler... 

Tuesday, May 15, 2012

Dia Sangat Teruja...



 
 
Sape tu ?? Teruja pasal apa erk ?? Ada la...budak tu...budak tu namanya Rifqi Naqiuddin. Teruja sangat dia sbb dah dpt uniform silat. Walaupun oversize dia ttp happy . Kebetulan balik keje semalam kami  ke Giant BBB, siap ckp lagi dia tak nak tukar pakaian, nak pakai uniform tu jgk. Sabar aje lah . Silat2 jgk, balik aje rumah.."Ummi, rase lenguh2 bdn "..hmm ada makna ler tu..
 


Tengok tu..dgn bdn yg berpeluh kepanasan..tp dia ckp kat dlm kan ada air cond..




Monday, May 14, 2012

Ayat Penggerak Hati

 
 
Sebenarnya 1st time me dgr ayat ni dari En hubby...katanya since kami suka makan kat luar so better amalkan ayat ni. InsyaAllah ia dpt mengelakkan kita dari terkena santau dgn izin Allah s.w.t.

sumber fr google
 
  So jika anda makan diluar rumah,pastikan anda membaca ayat penggerak 3x dalam hati sebelum menjamah sebarang minuman atau makanan. Andainya jika makanan atau minuman tadi mengandungi santau,insyaAllah bekas minuman/makanan tadi akan pecah,terlucut dari tangan,jatuh dan sebagainya.
 
Ayat ini juga patut diamalkan bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko @ merbahaya, bermusafir ,ataupun ingin melakukan sesuatu pekerjaan yg merbahaya maka baca ayat ini tujuh kali. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
Sumber: Darussyifa : Tuan Guru Dato Dr. Harun Din
 
 

 
 


Kata Dah Besar...Hmm..

 
 
Ini citer psl sabtu lepas..hari tu kan me keje, mcm biase MLP akan stay dgn Cik Ti (my eldest sis) . MLP mmg close dgn my sis. Dari kecil lagi, kalau me kena keje hari sabtu (nursery off hari sabtu)dia akn tolong jaga MLP..Kdg2 2 org adik n abg me pun tolong jagakan(b4 mrk kawen). 
 
Ramai betul 'pengasuh' MLP , mungkin sbb itulah dia tak kisah kalau kejap hantar sana..kejap hantar sini. Even sampai umur 3 tahun, dia dh bertukar 4 pengasuh...mcm2 problem...for MLP dia tak byk kerenah kecuali ada yg tak kena baru dia tujuk perasaan..pernah berlaku masa umur dia 3 tahun, setiap kali me nak hantar rumah pengasuh, baru aje masuk simpang ke rumah tu dia mesti nangis..korek punya korek rupenya dia dibuli dek abg2 kat situ...since tht day,my hubby tekad hantar MLP ke nursery..
 
Ish dok citer pasal pengasuh pulak..sbnrnya entry me bukan pasal pengasuh tapi pasal kemanjaan MLP dgn makciknya (Cik Ti).
 

Hmm...hari tu bukan main lagi..'Iqi dah besar'..




 Tengok tu..umur dah 9 tahun tp still nak makan bersuap, bila ditanya katanya tak nak makan..bila disuruh berkali2 baru nak makan, itupun siap ckp lagi kt Cik Ti..'Iqi nak makan nasi depan tv, tp Cik Ti kena suap'. My sis pun ikut ajelah coz risau nanti dia lapar..Sabar aje lah...


p/s : Thx a lot to my sis coz byk jasa dia pd me, dr me bljr till me dh berkeluarga..♥ u Kak Tie..
 

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu 2012




 
 
Seperti yg sume maklum...hari ini adalah Hari Ibu...entah macam mana agaknya sejarah sambutan hari ibu ini telah ditetapkan pada hari ahad yang ke 2 dlm bulan Mei setiap tahun. Tang tu me tak ambik kesah. Bagi me hari2 hari ibu (alangkah bahagianya klau chek n ayh as well ada disisi > mood sedih). Bolehlah me dan adik-beradik raikan mereka dan berbakti disaat2 tua mrk kat sini.Tapi nak wat camne mereka ada kg, adik-beradik dan saudara mara pun masih ramai lagi di kg .Apapun me nak wish Selamat Hari Ibu buat 2 org wanita yg sangat me sayang dan hormati.

♥♥Nik Dah Binti Haji Mat-chek♥♥
&
♥♥Siti Sapuie binti Abdul Rashid - mil♥♥

Terima kasih tidak terhingga atas jasa kalian berdua.Jasa kalian tidak mampu dinilai dan dibalas dgn wang ringgit.InsyaAllah selagi ada hayat kami, tidak akan pernah putus doa kami supaya kalian ber2 dikurniakan kesihatan yg baik dan dipjgkan umur.. hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian ber2.

Syok menulis psl chek n mak ..terlupa pulak yg me skrg pun dah jadi ibu..dah lebih 9 tahun jadi ibu kepada MLP..this yr tiada sambutan diluar. Hanya celebrate ber2 kat rumah aje coz en hubby ke Melaka (melawat seorang kwn sekerja yg kematian isteri smlm akibat kanser payudara-terkilan sbb tak sempat mlwt arwah disaat2 akhir hytnya krn arwah brd di kg..arwah seorg seorg yg kuat dan tabah..apapun dr jauh me kirimkan doa dan al fatihah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman). Pagi2 lagi MLP dan tunjukkan handmade kad for me. Thx syg, ummi suke. Siap tanya lagi..'ummi nak suruh Iqi buat ape ?'...Hmm, nk suh masak kecik lagi..so ummi ajelah yg masak.


Ini sajer yg sempat me sediakan...

Tak sabar...'nasi panaslah ummi'..hmm



Dan Inilah hasil tangan MLP..

v
V


Hadiah tu..yg dia dh beli tht day..pix tu plak di 'korek'nya dr album lame.

 
THX SYG..UMMI IQI BYK2..FOREVER..

Saturday, May 12, 2012

Saya Geli Tengok Awak..Saya Tak Suka..

 
 
Hari ni hari sabtu..hari sabtu hari ni me kena keje..hish..apalah yang me melalut je ni...oo sbb jrg keja hari sabtu kut. Tapi entry me ada kena mengena dgn hari sabtu. Kejadian dipagi Sabtu.Ape ni asyik ulang SABTU aje.

Macam biasa, dah rutin pagi2 me akan sidai kain...bukan kat ampaian tapi kat dalam rumah..tgh dok nyidai tiba2 'tap' ada bunyi benda jatuh..apa lagi me menjerit n melompat  ler..terkezut beruk..Astaghfirullahalazim...rupanya menatang ni..eee


Minta maaf ye..saya x suka cicak...>:(

Laaa....rupanya cicak plastik..ingatkan betul2..baru me ingat ptg semalam MLP ada tunjukkan  'cicak' ni, tang tu jugak me suruh dia buang atau simpan . Katanya dia pjm kawan punye..dimasukkan dlm poket seluar. Nak dijadikan cerita balik rumah me basuh seluar tu, tu yg tiba2 'cicak' tu melompat bila nyidai seluar tu.

Apa lagi..terus me panggil dia tunjuk 'cicak' tu kat lantai. Boleh pulak dia sengih je .Sabor jelah ummi. Dengan tegasnya.. 'Ambik cicak tu masukkan dlm dustbin, Now !!' . Hmm puas hati.. tamatlah riwayat kau cicak. Walaupun plastik ianya tetap me tak suka dan menggelikan..

Diulangi

v
v

Saya Tak Suka Cicak..

Lagipun tak salahkan...malah terdapat beberapa hadis yang menyuruh kita membunuh cicak. Antaranya :-

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua.” Riwayat Muslim.
 
Means dapat pahala lah kan...tapi rasanya me tak mampu  membunuhnya,  bukan kasihan tapi geli geleman..errr..


Friday, May 11, 2012

Isteri Yang Solehah Dan Taat..Aku Ingin Jadi Seperti Dia...

 
 
Salam pagi Jumaat..sesuai dgn hari Jumaat..hari yang mulia dari segala hari, me nak buat entry yang lain cikit. Bukan nak tunjuk alim atau menyindir sape2. Tapi sekadar mengingati sesama insan...lebih2 lagi diri sendiri agar tidak leka dan alpa sebagai seorang isteri. 
 
Me nak jadi isteri yang solehah..Me nak masuk syurga (senang diungkap tapi tak semudah itu tanpa rahmat dr Allah s.w.t dan keredhaan seorang suami). Even hubby selalu ckp,'bertuah abg dpt ayang, baik..rajin..pandai bawak diri..InsyaAllah 1 hari nanti syurga tempat ayang" (bukan nak memuji diri sendiri tp itu ungkapan yg selalu keluar dr mulut hubby..t.kasih Dling kerana sbr & tidak putus asa dlm mendidik diri ini supaya lebih dekat kpdNya).Mudah2an pujian tersebut tidak melalaikan hati ini dalam menjalankan tanggugjawab sebagai seorang isteri dan juga ibu.Terima kasih Allah kerana memberi hamba Mu ini seorang pendamping yang sangat baik dan penyabar...( mood > terharu )

Walaupun bukan mudah nak masuk syurga , tapi sebagai hambaNya kita perlulah sematkan niat suci tersebut. Me nak kongsikan satu citer di zaman Rasulullah s.a.w..sgt menarik untuk kita hayati bersama..

Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.
Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.
“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.
Wallahu a’lam

Note : Sumber iluvislam.com


Thursday, May 10, 2012

Iqi Dah Besar..

 
 
Tang tajuk pun dah tahu entry me  citer pasal sape kan..Baru umur 9 tahun tapi dah rasa dia besar..hmm...sabar ajelah ummi..
 
 Alkisahnya me & hubby sibuk memilih nak beli kasut MLP. Mula2 masuk Al Ikhsan coz ada offer tapi yg offer tak cantik pulak patternnya. Yg tak der offer byk ler tapi harganya pun banyak gak..rasa tak berbaloi dgn harga, pakai tak sampai setahun dah tak muat..kata org belajar dari pengalaman..biasanya kasut MLP paling tahan pun setahun kut..rasa macam rugi kalau beli yg beratus hinggit..  
 
Pas tu ingatkan nak beli sneakers aje tapi empunya dirinya tak berkenan pulak. Cuba juga tanya kut dia nak kasut Ben10 ker..pun tak nak, katanya dia dah besar tak nak pakai kasut kartun bagai...lastly ini gak yang dia berkenan...


Pilihan hati MLP
Masa test siap cakap lagi.."haa..kan dah macam org dewasa"..hmm..apa2 ajelah anak..mcm org besar tapi manjanya mcm baby (kalau dia tahu me tulis camni mesti dia mrh)

Hadiah Hari Ibu..Dapat Hadiah Awal Lagi..^◕‿◕^


 
 
Tahun 2012 ni me asyik dapat hadiah awal aje..kelmarin balik dari sekolah tiba2 MLP hulur 1 bungkusan kecil...katanya hadiah hari ibu, saja nak bagi awal..hmm..that day dapat hadiah birthday dari hubby tercinta...this time pulak dari my lovely MLP ...walaupun harga tak seberapa tapi yang penting sentimental value of the gift..lebih2 lagi dia sanggup guna duit belanja sekolah untuk beli hadiah tu...Terima kasih sayang..ummi appreciate that..

v
v
v

Pembalut yang klasik gitu..:-)
Inilah hadiahnya



TQ syg...Ummi ♥ U So Much..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...