Thursday, May 3, 2012

Buah Ketereh a.k.a Buah Gajus..




 
Mesti ramai yang kenal ini buah ape kan...bahasa standardnya Buah Gajus...tp kami ore klate panggil Buoh Ttere...Kalau tak tahu sebut tak payahlah nak susahkan lidah nak nyebutnya. 

Nak dijadikan citer masa tu adik,chek n me pegi ke Kedai Ahad ( lebih kurang Pasar Tani) .Tujuannya nak tambah bahan2 utk kenduri majlis bertunang that day. Pada mulanya nak snap foto aje. Lastly beli coz kata Chek nak wat sayur.
 


 
 Rindu dgn buah ni coz zmn kecik2 dulu ada gak makan tapi tak suka sgt coz rasa buah dia agak kelat.Imbas masa zaman knk2 dulu, lepas aje mengaji pegi belakang rumah nenek a.k.a Chek Aji sbb nk jolok buah gajus.Tujuannya nak ambik biji. Pas tu biji tu kumpul byk2 dan bakar..bila kulit dah hampir hangus kira masak lah tu. Next kena ketuk kulit barulah dapt isinya yg lemak2 gitu. Rindunya saat2 itu..berkumpul dengan sepupu-sepupu sambil panjat pokok. Pas tu kena marah dgn Chek Aji sbb takut kami jatuh.
 
 Beside tu pucuk gajus ni pulak kalau dibuat ulam...fuh..mmg sedap..tp skrg dah susah nak dpt..lebih2 lagi kt KL ni kecuali Pasar Tani @ Pasar Borong. Sebenarnya daun gajus byk khasiatnya, antaranya ialah utk mengelakkan penyakit kanser, membantu penghadaman dan baik untuk mereka yg mempunyai penyakit darah tinggi.
 
sumber dari Google
Utk pengetahuan, sempena nama buah gajus ini wujudnya satu pekan di Kelantan yang dinamakan Pekan Ketereh. 



MDKB yg terletak berhampiran Pekan Ketereh





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...