Tuesday, May 22, 2012

Persoalan Kelebihan & Amalan di Bulan Rejab..

 



Alhamdulillah..Hari ini dah masuk 1 Rejab 1433 Masihi..rasanya tak semua yg perasan hari ni dah masuk 1 Rejab kan. Even me pun klau tak disbbkan kalendar dpn mata rasanya tak ingat pun. Itulah silapnya sbb kita terlalu mementingkan kalendar omputih hingga lupa pada takwim Islam. So me ingin berterima kasih pd kalendar kat ats meja n depan mata krna mengingatkan me....^◕‿◕^

Ok..yg tu tolak ketepi, yg penting bila kita dah perasan tu, kita sedar. Ada yg mengatakan bulan Rejab adalah bulan Allah s.w.t .Tetapi dari apa yg me baca, para ulama mengatakan bahawa tiada hadis yg sahih @pun didlm Al-Quran mengatakan ianya bulan Allah.Kalau yg adapun hadis2 lemah. Sila rujuk sini untuk lebih detail.


  Cuma dinyatakan didalam surah At-Taubah Ayat 36 :-

"Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan, (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya ada 4 bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yg lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yg empat) itu, dan perangilah kaum musyrikin semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yg bertaqwa."

Mengikut pandangan para ulama', Allah s.w.t memuliakan bulan Rejab ini kerana berlakunya peristiwa terpenting dalam sirah Nabi s.a.w iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Tapi yg pastinya tentang bulan Rejab, ia dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampir tibanya bulan Ramadan al-Mubarak.Seperti yg sedia maklum bulan Ramadan amat dirindui & dinantikan oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w. Secara tidak lansung aura kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Tapi apa yg me tahu ramai yg melakukan amalan tertentu sempena bulan Rejab ini. Antaranya berpuasa pada 1hb Rejab serta hari Isnin dan Khamis spjg bulan tersebut. Selain drp itu amalan solat sunat dan zikir juga diperbanyakkan Even me masa sekolah dulu pun mcm tu jugak..masuk jer bulan Rejab sibuk ler nak wat puasa sunat.

Malah ada sumber yang mengatakan tentang keistimewaan amalan dlm bulan Rejab spt :-

Rasullullah s.a.w. bersabda;
“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

“Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

“Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

“Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

“Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

“Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”
“Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

“Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

“Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

“Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

“Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

“Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

“Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

“Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

“Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

“Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

“Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

“Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

“Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

“Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

 Apapun segala amalan yang kita lakukan pada mana2 bulan pun yang penting ianya dilakukan dengan hati yg ikhlas kerana Allah s.w.t dan memohon supaya mendapat keberkatan dariNya.

**Wallahu alam bissawab**

2 comments:

Dee Z said...

selamat berpose sunat...;))

Norma NML said...

InsyaAllah..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...