Friday, June 1, 2012

Isteri atau Ibu ??




 
Salam pagi Jumaat. Cuaca kat luar yg mendung buat mata me ni kuyu je. Asal yerk..asal hari Jumaat mesti rasa tenang..happy. Kata org .." Ye lah sbb besok kan dah Sabtu, dah start cuti memanglah happy"..Tang tu memang tak leh me nafikan but seyesly mmg ade kelainan.Bak kata omputih..no words to describe...Hmmm.. Itu yg me rasa..org lain tak tahulah kan..
 
Tapi entry me bukannya pasal hari Jumaat tapi di hari yg paling mulia antara hari sebolehnya me nak wat entry yg boleh memberi manfaat untuk me dan sape2 yg terbaca entry ni. So memandangkan me ada anak lelaki dan suami adalah lelaki (ooi Pn Norma..pe melalut ni..suami tentulah lelaki..mane ada ppuan..hish.) Ok2...back to the entry..kali ni me tulis psl tanggugjawab sbg seorang suami dan anak..anak lelaki ye !!  BESAR tanggungjawabnya.Anak lelaki dipertanggungjawabkan ke atasnya memberi nafkah kepada :-

  • Ibu kandungnya
  • Ibu Susuannya
  • Ibu angkat yang mengambil alih tugas ibu kandung yang menjaganya dari kecil
  • Ibu Tirinya
  • Ibu Mertua 
** Sumber rujukan Blog Ustaz Amin

Tingginya martabat seorang ibu kepada anak lelaki sehingga  dalam Hadis Al- Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : -


Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”Jawab Nabi “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”“Selepas itu?”- “Ibu kamu”Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”Jawab Nabi “Ayah kamu”

Dalam sebuah hadis juga dijelaskan, Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Abdullah bin Amr, ia berkata:-

 "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah, lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari akhirat. Tetapi aku datang kesini dengan meninggalkan ibu bapaku dalam keadaan menangis'. Lalu sabda baginda: "Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa seperti tadi engkau jadikan mereka menangis". (Hadis Riwayat Ibnu Majah) .
Tetapi kadang2 bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri, ada dikalangan anak lelaki yang lupa bhwa mrk sbnarnya tidak terlepas dari tanggungjawab. Malah bertambah  lagi tanggungjawab mereka yg perlu mendidik isteri dan ank mrk nanti mengikut ajaran Islam. Tak mudah ye..bunyi aje mcm mudah tapi hakikatnya byk yg kita lihat skrg bila dah berkahwin , ibu bapa diabaikan. Nauzubillah...me juga ada ank lelaki. Hanya doa yg mampu me pohon padaNya semoga MLP membesar sbg ank yg soleh.

So kepada bakal menantu ataupun yg dah jadi menantu *mcm me ni, harap maklum, jgnlah kita nak tamak kasih sayang. Kita inginkan syurga, so kita perlu taat pada suami selagi suami tidak membelakangkan agama. Begitu juga suami , dia inginkan syurga. So sebagai isteri rasanya kenalah kita faham situasi seorg suami. Memang tak dinafikan tak semua hubungan antara menantu dan mertua sefahaman tp yg penting tolak ansur. Suami perlu bijak menangani kerenah kedua2nya kerana hanya dia aje yg faham perangai ibu dan isterinya.Sebab dalam masa yg sama suami juga perlu ingat tidak mengabaikan perasaan seorang isteri. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Ertinya:” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnyaperempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.

* Alhamdulillah..me dikurniakan ibu mertua yg sgt baik dan memahami...dan syukur padaNya En Hubby adalah seorg ank yg taat..yg sentiasa membahagikan kasih pd kami ber2 sebaik mungkin..Tq Darling..Semoga MLP nti jd mcm abahnye...:-)..

***INSYAALLAH***

Syg Mak
Syg Ummi

2 comments:

Dee Z said...

si tanggang sdh brleluasa skrg ni... so doa2kn smg anak2 kita terselamat dari mnjd anak tanggang...;))

Norma NML said...

Nauzubillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...