Monday, July 30, 2012

Iftar Di Jengka..Masak Lemak Cili Api Daging Salai, Ayam Percik,Siakap Sweet Sour n Gulai Asam Timun Tua

 
 
Today mata me macam nak ditongkat dengan btg mancis...Ngantuk yg teramat sangat. Semua ni gara2 sampai lewat dr kg last nite..konon plan nak gerak pukul 8.30pm..but this n that pukul 9.30pm baru bertolak. Ingatkan tak banyak kereta rupanya sangkaan meleset. Sabar ajelah. Almost 1am barulah sampai kt rumah. Kesian En hubby yg kepenatan. So msk maggi for him kejap barulah zzzzz..

So, today me nak wat n3 untuk hilangkan my sleepy eyes. Alhamdulillah 2 malam dikg sempatlah 2 kali kami bersahur n berbuka ramai2*kebetulan kakak ipar n adik ipar pun balik 

Bila ramai2 tu part yg seronoknya bila gotong royong memasak juadah untuk iftar. Memandangkan me ni taklah mahir bab masak-memasak*setakat nk masak utk family sendiri ok le... So tunggak utamanya for sure MIL and my SIL as well. Hari sabtu menunya ikan bakar tempoyak, kari ayam, udang msk sambal+ ptai,ulam2an, murtabak,onde2 n bubur labu . Air pulak, air kelapa muda,air oren n 1 menu frm my BIL, pisang+mangga+susu cair blended wif yogurt..me tak tahu ape namanya tp ala2 fruit shake.  Semuanya best but me terlupa nak snap pics. 
 
Hari Ahad pulak juadahnya ayam percik, siakap sweet sour, daging salai msk lemak cili api, timun tua msk tempoyak, ulam2an n cek mek molek. One more, dessert also prepared by my BIL, yg ni pun me tak tahu ape namanya..yg me perasan ada ice cream n mix fruit. Jom layan pics yg sempat me snap.

Msk Lemak Cili Api Daging Salai

Bahan2nya :-
1kg daging lembu (bhgn lembut)- disalai terlebih dahulu n dihiris nipis
4 btg serai - di ketuk
25 biji cili api - boleh + kalau nak lebih pedas
2 helai daun kunyit
2 keping Asam gelugor 
4 cwn Santan pekat - dr 2 biji kelapa
2 cm kunyit hidup - di carik
I cm halia (optional) - ada org tak letak halia
20 biji Belimbing buluh - dibelah 2
Garam secukup rasa

Cara Memasak :-
Masukkan daging yang dihiris tadi,masukkan santan,asam gelugur, daun kunyit ,serai dan garam. Bila hampir mendidih masuk belimbing buluh. Biarkan mendidih n belimbing buloh empuk. Ok..dah siap utk dihidang.

Ayam Percik
Bahan2nya :-
1 ekor ayam - di belah 4
#2 cm kunyit hidup - nak guna kunyit debu pun boleh
#2 cm halia.
#2 ulas bawang putih
#5 ulas bwg merah
Garam secukupnya
 
Cara memasak :-
Ayam digaul bersama bhn # yg telah diblender + grm - perap dlm 1 jam
Bakar Ayam dan ketepikan
 
Untuk kuah percik :-
3 cwn santan pekat - 2 biji kelapa
*1 ulas bwg putih
*5 ulas bwg merah
*1.5 cm halia
Sedikit gula - secukup rasa
Sedikit garam - secukup rasa
Sedikit cili kering  - klau nak pedas boleh + 
 3 batang serai - di ketuk
1 keping asam gelugor
 
Cara memasaknya :-
Masukkan santan n bhn * yg telah diblender dan semua bhn lain. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya santan tdk berketul.
Ambil sedikit kuah, sapukan pd ayam yg telah siap dibakar 
Bakar ayam sekali lagi selama 5 minit  spya kuah meresap dlm ayam tadi.
Kacau kuah yg selebihnya hingga pekat.Ermm..dah siap..but if me yg buat..ayam percik mesti putih coz tk letak cili*cz dr awl itulah yg chek ajr, mungkin sbb family x dibiasakn mknan pedas

Siakap Sweet Sour
Bahan2nya :-
2 ekor ikan siakap dibersihkan dan kelarkan
garam dan kunyit

Untuk sos:-
5 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 cm halia - dihiris halus
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
Mentimun - dipotong dadu
Nenas - di potong dadu
2 biji cili merah - dipotong nipis
1/2 cawan air.
1 biji tomato - belah 6
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak

Cara memasak :-
Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
 Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
 Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Masukkan nenas dan mentimun.
 Kemudian masukkan juga cili potong, garam dan gula.
 Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
Gulai Asam Tempoyak Timun Tua
Bahan2nya :-
Sebiji timun tua - kupas kulit,dibuang biji n di potong
6 biji cili api
2 cm kunyit hidup
Garam
2 sudu besar tempoyak
1 keping asam gelugor
Sedikit daun kesum
Air
Cara memasak :-
Blenderkan cili api n kunyit . Kemudian masukkan kesemua bahan kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga mentimun empuk. 

Simple kan, yg ni me yg masak coz it's my hubby n MLP's punye feberet.Yg lain tu main chefnya MIL. Mak punye mskan mmg marvellous...sedap sangat. Thanx mak sbb masak utk kami. Oit..itu tak bermakna me n adik2 ipar tak memasak. Kami semua jd penolong chef ape..he2.

Kuih pulak my SIL aka Kak Long yg buat, even itu makanan kelantan..kuih cek mek molek. Tugas me hanya melenyek keledek tu sampai hancur aje. Pastu yg menyiapkan she n my younger SIL.

Kuih Cek Mek Molek...tgk my SIL seyes jer..:-)
 Resepi :- referlah kat sini ye..me dah lama ngular ni nti bos perasan pulak.


p/s : seronoknya iftar beramai2 dgn family....lps ni ber3 ajelah kt rumah..x sbr nk tunggu iftar kat kg klate pulak..rindunya kat chek n ayah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...