Wednesday, July 25, 2012

Kerabu Sare @ Kerabu Rumpai Laut...

 
 
Bulan pose ni kalau cerita bab makanan semuanya rasa sedap kan. Ok..me nak kongsi 1 resepi yg jrg2 didapati di tempat lain kecuali di Kelantan n Terengganu *tempat lain me tak sure tapi kat Selangor me tak pernah jumpe .Namanya kerabu sare. Kerabu Sare??? Dah ade pulak kwn2 me dok bertanya mende alah apa pulak tu. Sare tu rumpai laut. Mungkin bentuknya mcm sarang burung kut sbb tu panggil sare *bhse standardnya sarang ok. Cube tgok ada tak rupa sarang ?


Hasil me carik kat en google...betul kan, mcm srg burung



Yang atas tu bahan utama yg belum di cuci. Harap maklum nk cucinya rumit sikit coz biasanya byk kulit2 kerang kecil kat mende tu.Tak mau banyak citer. Jom kita tengok cara2 nak buat kerabu ni.
Bahan-bahan :
1/4 kilogram sare
7 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 batang serai n sedikit halia
garam dan gula secukup rasa
budu dan cuka @ perahan limau nipis
1 biji cili merah untuk hiasan dipotong nipis serong
1 biji kelapa
Cara2 Membuatnya :
1. Sare perlu direndam 1 malam, kemudian dibasuh, digosok buang segala kekotorannya. Apabila bersih ditoskan
2. Kelapa diparut, separuh digoreng tanpa minyak (tumbuk sedikit), separuh lagi diramas ambil santannya sebanyak 2 cawan.
3. Cili kering, bawang merah, bawang putih,halia & serai ditumbuk lumat.
4. Masak santan sehingga pecah minyak kemudian masukkan bhn yg ditumbuk
tadi, masak lagi sehingga pekat dan berminyak.
5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Boleh juga digunakan manisan kelapa sebagai ganti gula.
6. Semasa hendak makan, letakkan sare di dlm sebuah mangkuk, tabur kelapa
goreng di atasnya, 3 sudu besar tumis, 1 sudu besar cuka/perahan limau nipis dan sedikit budu. Gaul rata-rata dan sesuaikan rasanya.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hidang.

  Dah siap rupanya cam kat bawah ni...sedap tuuu...

Ini pun hasil carian kat en google...


p/s : x leh tengok lama2..nanti jadi mcm alien kat bwh ni..

v


5 comments:

azizahchewan said...

cedapppnyyyaaa..balik ni konpem suh mek buat..yum yum

Norma NML said...

@azizahchewansedap2..akak pun nak suh chek buat..:-)

Zati said...

Sambal Kelantan tu campuran dengan ikan bakar, baru rasa kerabu Nya..

Zati said...

...kelapa, bukan Kelantan. Sambal kelapa..

Norma NML said...

@ZatiThanx for info..sbnrnye igt2 lupe..dlu biasa tgok chek (mak) yg buat..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...