Thursday, August 30, 2012

Biar Betol (゜◇゜) !!!???

 
 
Petang semalam,  dlm kereta mcm biase2 tu MLP akn citer progress dia kat school. Tp hari ni sgt surprised..Tiba2 " ummi, mcm ni surat cinta ke??"
 
Sampul yg besar gedabak..
 
Me ambik n buka...nak gelak pun ade. Ai..kecik2 pun dah pandai. Me tya dia siapa yg bagi, katanya kawan dia..surat tu dari kakak budak tu. Hmm...
 
love letter to MLP  ;-)??
 
Then me n en hubby gelak je . Baru darjah 3 dah ada ada yg ngorat. Yg kelakarnya girl yg ngorat boy pulak tu...Advance betul anak2 zaman skrg.
 So, me ajar dia camne nak bagitau si gegirl tu. " saya ni masih belajar, ummi ngan abah tak bagi bercinta..kalau kawan tak pe". Selamber je jawapan dia " Iqi memang tak layan pun dia aje yg suka kat Iqi..dia tu darjah 4". Hish bangga pulak dia.

p/s : Tibe2 teringat hubby selalu cerita dia masa sekolah rendah dulu selalu dpt surat..kononnya    dari kakak2 yg nak jadikan dia adik angkat.hmm nmpknya kuah memang tumpah ke nasi..memang betul pun...

Tuesday, August 28, 2012

Hujan Renyai di Cameron Highland...

 
 
On the way balik ke Jengka that day, sampai aje di Gua Musang tiba2 ternampak signboard ke Cameron Hingland..macam dekat je. Saje cube nasib  tya en Hubby manelah tahu kut dia berbesar hati nak menghala ke situ. Yahoo..yess...pujukan berjaya. So kami menghala ke sana. 

Jalan clear je..dari jauh sejuk mata memandang
Apa pendapat anda??? For me senang aje..X SYG ANAK..
Tersusun rapi...Lojing..dipenuhi dgn tanaman sayur2an & bunga.
Sempat posing kt Strawberry Park


Posing lagi..
Unik..
Sempat singgah menikmati durian yg segar dr dusun..yummy..hilang skjp skit kepala
 Coz hujan dah start lebat kami tak sempat nak singgah tempat2 lain. Juz beli a bit sayur, strawberry n coklat je. Niat di hati nak bermalam kat situ ;-)... tp semuanya fullhouse. So kami gerak balik Jengka. Almost 9++pm sampai rumah. So tired..(_)..
 
p/s : nak sgt mkn jagung rebus kt ctu tp rata2nya c**a yg jual. Jmpe tpt Melayu parking pula full..tp kebetulan biras me pun singgah CH jgk ms otw blik dr Perlis n bw balik jagung..hmmm..thx Wani..

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012 - Pahang

 
 
Raya ke 4 kami bertolak ke Pahang, kalau nak diikutkan biasanya Raya ke 3 tu dah turn balik ke sana tp rasa macam sekejap sgt kat kampung. So pujuk hubby to stay one more day. Dia ok aje .

Kat Pahang tak beraya ke mana coz dah masuk Raya ke4, sampai pun dah malam. Esoknya kami & Kak Long menziarah kubur arwah ayah mertua dan arwah adik ipar. Pastu pegi kenduri cukur jambul kat rumah jiran mak. 

Malam as plan earlier BBQ time. Kebetulan adik ipar me nak buat befday celebration in advance untuk anak dia, Adib..☼☼ Happy Birthday Adib..Selamat Pjg Umur..Semoga Adib membesar sebagai anak yg soleh ☼☼..

Kat bawah ni sebahagian pic kami beraya di Jengka pula. 
MLP ske sgt melayan si Auni
 
BBQ time ...n celebrate birthday Adib  


Sebahagian dr cucu Mak Siti..


Befday boy yg pemalu..pemalu ker??
Sesi bakar2 n makan2..

Sesi bagi2 duit Raya..


Alhamdulillah...selesai sudah Raya di kampung. Paling happy coz dpt sambut kat dua2 kampung mcm tahun2 sudah.

p/s : kegembiraan yg tdk terhingga bg MLP..ntah bila dia bljr menari cm tu..hishh..angin ummi dibuatnye.

Saturday, August 25, 2012

Aidilfitri 2012 - Kelantan..

 
 
N3 yang tertangguh..almaklumlah asal balik kampung aje mesti busy memanjang. Kata org tu, tak menang kaki dan tgn..mata pun tak berpeluang nak nonton tv bagai apatah lagi nak pegang laptop.
 
 Tahun ni turn Raya di Kelantan dulu. Alhamdulillah semuanya lancar..even perjalanan kami balik ke kampung pada hari Jumaat 17.8 hari tu pun ok..jalan tak jem..bertolak 6.30ptg, almost 5am dh sampai...itupun  byk kali berhenti coz hubby ngantuk.Happy to see Chek & ayah sihat. Syukur padaMu Ya Allah kerana sentiasa melindungi ke2 org tua ku.

Pagi Raya berpeluang pegi sembahyang Raya..syukur sgt..hanya Dia yg tahu...then mcm biasa menziarahi ahli keluarga yg lebih tua dr Chek n Ayah. Ke rumah Chek Aji (nenek) dan Mok Nik (kakak ayah).Then ke rumah saudara yg terdekat. Alhamdulillah slh satu my wish yg me nak buat sgt bila tibe Raya tercapai. Sedikit frustrated 2nd wish tak tercapai ats sbb2 yg tak dpt dielakkan. InsyaAllah akn dtg me akn cuba tunaikan.

4 hari berada di Kelantan..mcm tak puas rasanya, sedih bila nak tinggalkan Chek & Ayah...:-( . Apapun me tinggalkan mereka dgn doa semoga mereka sentiasa dilindungi Allah swt. 

Tak mo sedih2...me nak tempekkan pics Raya kami kat Klate..

Mlm Raya main sorang2..

Sebahagian yg ada di pagi Syawal...
Bersama Chek n Ayah
Kami

Rumah Kak Nah ( cousin )
Sempat lagi MLP n Cik Su melayan sang kucing..
Open House rumah Kak Nora (cousin)
MLP dah mula bosan..so abah jadi mangsa..
....Kami...
Kak Ti n abg ipar me yg susah sgt nk masuk 'frame'
Malam kedua barulah MLP jumpe geng...cousins n grandcousin..
Inilah dia salah seorg ahli baru dlm keluarga kami..cucu saudara me yg baru masuk 4 bulan wf Ayh Sok
Berakhir sudah Raya di Klate for this year...:-). InsyaAllah pjg umur jumpa lagi Syawal tahun depan.

Sunday, August 19, 2012

☼♥♥ Salam Aidilfitri 1433H ♥♥☼

 
 
Ikhlas Dari Kami Sekeluarga
  ♥♥MaaMieIqi ♥♥


Semoga Syawal kali ini membawa lebih keberkatan dan mengeratkan lagi ikatan  silaturrahim yang terjalin sesama kita.

Lampu berkelip lip lap lip lap
Hati gembira tidak terkata
Kalau ada salah dan silap
Mohon maaf ampun dipinta

Saturday, August 18, 2012

Ketupat Pulut Hitam Daun Tebu & Daun Palas

 
 
Kalau tak silap me dah 3 tahun Chek tak buat makanan 'wajib' yg me dan keluarga nikmati setiap kali Raya. Alhamdulillah this year Chek dikurniakan kesihatan yang baik. So bolehlah buat ketupat kesukaan me...ketupat pulut hitam. Seyes me cakap, me pernah makan yg org lain buat tak sesedap dan selemak yg Chek buat. Mungkin sebab salah satu bahan dalam tu tak de dlm resepi org lain kut...♥kasih sayang♥...So pada sape yg tak pernah tengok cara nak buat ketupat ni jom layan pics yg ni.

Chek yg berseni membungkus ketupat..:-)
Nampak tu tgn me yg bkn menyibuk tau tapi sdg belajar...sedih.. tetap failed
..tak secantik yg chek bungkus..:-(
Dah siap...:-)

Dah siap..malam tu jugak after berbuke dgn rasminya ketupat pulut hitam tu selamat dalam perut me..Alhamdulillah..ngen ge..:-) Kalau sape yang rajin dan nak try tu, kat sini me tempelkan resepinya.

2 kg beras pulut putih - direndam lebih kurang 5 jam*tujuannya nk lembutkan beras.
secawan teh beras pulut hitam - di rendam 5 jam dan di rebus sdkit empuk.
1kg santan pekat
sedikit garam
sedikit gula

Cara membuatnya : -

Toskan beras pulut dan gaul bersama pulut hitam yg telah direbus. kemudian kukus sehingga keluar wap*maknanya dah msk . Angkat dan masukkan dlm besen digaul bersama santan yg diletakkan garam & gula. Kacau sehingga sebati. Kukus lagi sekali sehingga kelaur wap. Angkat dan sejukkan sekejap*kalau pns sgt for surenya tak cantik balutannya coz pulut masih lembik n pns so camne korang nk bungkus nnti. Kemudian bolehlah dibalut dgn daun palas*biasanya daun ini dibuka terlebih dahulu & disimpan 2-3 hari sbb x nak nanti daun tu pecah2 semasa membalutnya.Cara nak membalut ??? Alamak camne nak ajar..me sendiri pun failed.So ape kata korang rujuk kat sini. Pastu sediakan periuk dan alas dgn daun2 palas tadi utk mengelakkan hangit bila merebus nanti ,kemudian masukkan ketupat dan masukkan air 1/2 dr tinggi ketupat. Rebus sehingga air kering. Dah siap....sejukkan dan bolehlah makan dgn nnise. Nnise biasanya kami beli dr orang kg. Kalau tak de boleh juga dibuat sendiri*rebus gula melaka + gula n daun pandan,..msk sehingga sedikit pekat)
 
p/s : T.kasih chek sbb air tgn chek selama ini memang mengenyangkan kami adik beradik. Syg chek sgt2..

Thursday, August 16, 2012

Apa Nak Jadi....


 
 
Bestnye..tiba2 aje pagi ni hujan turun....hujan rahmat dipenghujung bulan Ramadhan. Faham2 ajelah bila dah gini mata mulalah mengantuk...mulut pulak asyik menguap jer. Wat keje ??? Tak payah nak sebut..seriously mood keje memang tak de even ada saki baki keje yg nak disettlekan*tp ttap akn me bereskan cz itu amanah n me nak dptkn rezeki yg halal gitu.

Ketepikan pasal keje kejap coz me nak jugak wat n3 ni. Semalam pagi2 macam biasa me akn bertenet 'baca' Harian Metro online..terkejut bila baca tajuk utama Angkara Kekasih, Koma Dibakar. Dan semalam jugak rata2 blogger tulis pasal news ni. Masing2 ada pendapat masing2.Ada yg menyalahkan ibubapa coz biarkan anak belasan tahun bebas bergaul. Tak kurang juga yg salahkan budak tu kerana sosial mcm tu. Apapun tak guna kita saling menyalahkan..semoga semua tu dijadikan pengajaran buat ibubapa dan anak2. 

Bagi me, apa yang penting selain penerapan didikan agama dari kecil..nilai2 kekeluargaan sgt penting. Kdg2 sikap open minded ibubapa juga menjadikan mereka bebas bergaul sesama rakan tanpa pemantauan. Dalam kesibukan terlalu percaya dgn anak2. Kesannya tak pernah difikirkan . Bukan nak salahkan ibubapa 100% sebab kdg2 bila diberikan didikan yg sempurna pun  ada juga anak yg 'tak menjadi'. Tapi sekurang2nya kita dah usaha, selebihnya tawakal dan doa semoga anak2 kita dijauhi dari perkara yg tak baik.Me tak berani nak ckp lebih2 coz me pun ada anak bujang yg sedang membesar tapi nauzubillah..semoga dia sentiasa dijauhi dari semua tu.

Sesungguhnya doa itu senjata org mukmin..

Susah nak cakap tapi senang cerita..org tua2 selalu cakap dunia akhir zaman nyawa manusia dah macam nyawa anak ayam. Asal tak puas hati aje nak bunuh..macam2 cara....simbah asid  , bakar , tikam . Semua pun boleh..bukan main senang lagi dorang ni nak 'cabut' nyawa org.. Kut bunuh membunuh sebab jalan Allah ada juga pekdahnya...fisabilillah...Apapun semoga semua tu dijadikan iktibar. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi kita dari semua kejahatan dan gangguan syaitan.

Wednesday, August 15, 2012

Mood Balik Kampung...

 
 
InsyaAllah if tak ada aral melintang lagi 2 hari me n family akan balik kg. Tak sabar rasanya. Nak wat keje pun dah malas. Kata org dah masuk fasa pre holiday mood..Lagi happy coz this year turn Raya di Klate. Jgn slh fhm ok, even klau Raya kat Pahang pun me tetap happy cuma ade bezanya. 
 
Klau kat Klate saudara mara me memang ramai. So ini lah peluangnya nak jumpe mereka.Itupun kdg2 ada yg tak sempat nak jumpe..tak pyh saudara yg jauh..even dgn cousin pun kdg2 tak berkesempatan..menunjukkan me ni dtg dr big family .Cuba imagine if sorang makcik/pakcik ada 7 -10 org anak . 
 
Semuanya dah kahwin dan beranak pinak. Kdg2 tak kenal pun rupa anak sepupu sendiri. Silap2 ank masing2 jumpe kat mane2 bergaduh pun tak sedar yg itu saudara mereka. Itu contoh aje. Sbb tu lah sebolehnya sementara ada peluang me cuba nak rapatkan lagi silaturrahim antara saudara mara.
 
tak mau mereka jadi camni..
Kita nak yg camni...-:)
p/s : Nak balik kampung ari ni jgak..:-(

Tuesday, August 14, 2012

Selesai Sudah....

 
 
Alhamdulillah....akhirnya selesai gak aktiviti shopping for Raya. Kut ada pun nak tambah nanti tu juz biskut raya n kerepek utk tetamu kat sini nanti . Apapun yang tu fikir kemudian...coz seminggu akan berada di kg..Yahooooooo...tak sabar rasanya nak balik...rindu kat Chek n Ayah..

So semalam penutup aktiviti shopping kami ke Billion PKNS. Dah dapat skid grip canvas shoe MLP yang dok cari2 tu. After that Iftar kat Restoran Cempaka Rimba kat dlm tu aje. Hmm kan senang cite coz kat situ nak solat pun senang dan selesa. Now dah rase lega...

Simple n lite..yg penting thumbs up fr MLP..dia suke..:-)

 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...