Thursday, August 16, 2012

Apa Nak Jadi....


 
 
Bestnye..tiba2 aje pagi ni hujan turun....hujan rahmat dipenghujung bulan Ramadhan. Faham2 ajelah bila dah gini mata mulalah mengantuk...mulut pulak asyik menguap jer. Wat keje ??? Tak payah nak sebut..seriously mood keje memang tak de even ada saki baki keje yg nak disettlekan*tp ttap akn me bereskan cz itu amanah n me nak dptkn rezeki yg halal gitu.

Ketepikan pasal keje kejap coz me nak jugak wat n3 ni. Semalam pagi2 macam biasa me akn bertenet 'baca' Harian Metro online..terkejut bila baca tajuk utama Angkara Kekasih, Koma Dibakar. Dan semalam jugak rata2 blogger tulis pasal news ni. Masing2 ada pendapat masing2.Ada yg menyalahkan ibubapa coz biarkan anak belasan tahun bebas bergaul. Tak kurang juga yg salahkan budak tu kerana sosial mcm tu. Apapun tak guna kita saling menyalahkan..semoga semua tu dijadikan pengajaran buat ibubapa dan anak2. 

Bagi me, apa yang penting selain penerapan didikan agama dari kecil..nilai2 kekeluargaan sgt penting. Kdg2 sikap open minded ibubapa juga menjadikan mereka bebas bergaul sesama rakan tanpa pemantauan. Dalam kesibukan terlalu percaya dgn anak2. Kesannya tak pernah difikirkan . Bukan nak salahkan ibubapa 100% sebab kdg2 bila diberikan didikan yg sempurna pun  ada juga anak yg 'tak menjadi'. Tapi sekurang2nya kita dah usaha, selebihnya tawakal dan doa semoga anak2 kita dijauhi dari perkara yg tak baik.Me tak berani nak ckp lebih2 coz me pun ada anak bujang yg sedang membesar tapi nauzubillah..semoga dia sentiasa dijauhi dari semua tu.

Sesungguhnya doa itu senjata org mukmin..

Susah nak cakap tapi senang cerita..org tua2 selalu cakap dunia akhir zaman nyawa manusia dah macam nyawa anak ayam. Asal tak puas hati aje nak bunuh..macam2 cara....simbah asid  , bakar , tikam . Semua pun boleh..bukan main senang lagi dorang ni nak 'cabut' nyawa org.. Kut bunuh membunuh sebab jalan Allah ada juga pekdahnya...fisabilillah...Apapun semoga semua tu dijadikan iktibar. Semoga Allah s.w.t sentiasa melindungi kita dari semua kejahatan dan gangguan syaitan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...