Saturday, August 18, 2012

Ketupat Pulut Hitam Daun Tebu & Daun Palas

 
 
Kalau tak silap me dah 3 tahun Chek tak buat makanan 'wajib' yg me dan keluarga nikmati setiap kali Raya. Alhamdulillah this year Chek dikurniakan kesihatan yang baik. So bolehlah buat ketupat kesukaan me...ketupat pulut hitam. Seyes me cakap, me pernah makan yg org lain buat tak sesedap dan selemak yg Chek buat. Mungkin sebab salah satu bahan dalam tu tak de dlm resepi org lain kut...♥kasih sayang♥...So pada sape yg tak pernah tengok cara nak buat ketupat ni jom layan pics yg ni.

Chek yg berseni membungkus ketupat..:-)
Nampak tu tgn me yg bkn menyibuk tau tapi sdg belajar...sedih.. tetap failed
..tak secantik yg chek bungkus..:-(
Dah siap...:-)

Dah siap..malam tu jugak after berbuke dgn rasminya ketupat pulut hitam tu selamat dalam perut me..Alhamdulillah..ngen ge..:-) Kalau sape yang rajin dan nak try tu, kat sini me tempelkan resepinya.

2 kg beras pulut putih - direndam lebih kurang 5 jam*tujuannya nk lembutkan beras.
secawan teh beras pulut hitam - di rendam 5 jam dan di rebus sdkit empuk.
1kg santan pekat
sedikit garam
sedikit gula

Cara membuatnya : -

Toskan beras pulut dan gaul bersama pulut hitam yg telah direbus. kemudian kukus sehingga keluar wap*maknanya dah msk . Angkat dan masukkan dlm besen digaul bersama santan yg diletakkan garam & gula. Kacau sehingga sebati. Kukus lagi sekali sehingga kelaur wap. Angkat dan sejukkan sekejap*kalau pns sgt for surenya tak cantik balutannya coz pulut masih lembik n pns so camne korang nk bungkus nnti. Kemudian bolehlah dibalut dgn daun palas*biasanya daun ini dibuka terlebih dahulu & disimpan 2-3 hari sbb x nak nanti daun tu pecah2 semasa membalutnya.Cara nak membalut ??? Alamak camne nak ajar..me sendiri pun failed.So ape kata korang rujuk kat sini. Pastu sediakan periuk dan alas dgn daun2 palas tadi utk mengelakkan hangit bila merebus nanti ,kemudian masukkan ketupat dan masukkan air 1/2 dr tinggi ketupat. Rebus sehingga air kering. Dah siap....sejukkan dan bolehlah makan dgn nnise. Nnise biasanya kami beli dr orang kg. Kalau tak de boleh juga dibuat sendiri*rebus gula melaka + gula n daun pandan,..msk sehingga sedikit pekat)
 
p/s : T.kasih chek sbb air tgn chek selama ini memang mengenyangkan kami adik beradik. Syg chek sgt2..

2 comments:

MizzTina said...

mak sy ada buat ketupat daun palas, xsmpt nk ngap, kakak sy yg peknen tu dh langsaikan dl..

Norma NML said...

@MizzTinatak perlah..bg laluan kat kkak awk dlu..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...