Monday, September 24, 2012

Jatuh Talak..Gara2 Untuk Tiga Hari ???

 
 
Masa mula2 me baca paper promo pasal filem untuk 3 hari ni, happen to be masa tu baca wif en hubby . Tiba2 en hubby pun cakap "beraninya dorang ni berlakon suami isteri" . Disebabkan cerita tu belum lagi keluar so jalan cerita pun tak tahu camna so me diamkan aje. Ye lah, pada me mungkin takde dialog yang boleh menggugat ikatan rumahtangga mereka kot..sebab tulah mereka berani ambik job tu kan.

Tup2 pagi tadi me terbaca kat Utusan Online , rupa2nya apa yang my hubby dok ckp2 tu betul....bahayanya bila suami isteri berlakon sekali. Senang cerita macamana pun dialog rasanya mereka have to be more concern ataupun rujuk dulu pada yang lebih arif. Bukan apa kalau dah jadi camni dan memang sah jatuh talaknya tak ke menyesal sdgkan hakikatnya mereka bahagia.Anak2 pun akan rasa tempiasnya sebab mereka dah besar. 
 
Dialog dalam satu babak dimana Rashidi yang memegang watak Affin berbunyi " Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai'.Oo macm tu pun boleh jatuh talak ke?? Me tak berani nak tulis lebih2 coz me ni bukanlah mahir sangat bab2 gini.Tak berani nak ulas lebih2 cuma bila seorang Mufti*org yg mahir bab agama dan selalu diadikan rujukan bila ada masalah & persoalan ttg agama  yg menegur so kenalah ambil berat.
 
Apapun moga ianya menjadi pengajaran buat artis2 lain, supaya mengkaji terlebih dahulu kalau dialog tersebut melibatkan isu agama. Jangan terlalu mengambil mudah bila bab agama, takut nanti terpesong pula akidah. Nauzubillah..
 
Sumber frm google
Semoga kebahagiaan rumahtangga mereka berkekalan dan bahagia hingga keakhir hayat mereka berdua . Aminn....
 


Kejamkah Diri Ini....

 
 
Salam pagi Isnin dan hari ni me memang keliatan nak datang keje. Nak pula awal pagi tadi hujan lebat sgt, dah sejuk camtu syok aje tarik blanket. Rasa tak puas je cuti 1 hari. Bilalah agaknya dpt cuti pjg yer :-)
 
Back to my n3, actually minggu lepas lagi kejadian ni. If me tak silap masa tu MLP ada buat something yg buat me marah. As a lesson utk dia , kebiasaannya kalau me marah dan dia pun sedia maklum...kalau me tak berleter me akan mendiamkan diri. Senang cite bila dia panggil me buat tak tahu aje. Bukannya tak dengar, saja nak tengok reaksi dia camne.
 
Ingatkan lepas kejadian tu dia buat tak tahu . Lagipun biasanya bila me marah tak sampai 15 minit pastu akan back to normal. Rupa2nya dalam diam dia tulis surat, patutlah dia aje dalam bilik.
 
Ce baca kat bawah ni
 
V
 
his apologize letter make me feel :'(...
 It make me feel......kejamkah ummi ?? Sedikit dan sekelumit pun tiada perasaan lain sekadar ingin mengajar supaya dia menjadi anak yg baik. Buat MLP Rifqi Naqiuddin, satu hari nanti bila dah besar, syg akn faham kenapa ummi selalu berleter dan marah. Hanya syglah harta ummi dan abah dunia dan akhirat.

Thursday, September 20, 2012

Mimpi Itu..:'(..

 
 
Mencinya...pagi2 tadi konon nak wat n3. Dah le n3 yg sedey pastu tengok pula dashboard baru ni terus takde semangat . Seriously..I DON'T LIKE IT..tapi nak wat camne ..mende free so terimalah seadanya...:-(. 
 
Back to my n3 . Lately kerenah MLP kdg2 mencabar kesabaran umminya ni. Kata org semua tu normal sbgai anak lelaki yg sedang membesar. Kalau tak lasak..tak aktif bukan anak lelaki namanya..Hurm Ok, me faham.Sebab tu lah seboleh2nya me and hubby cuba slow talk if dia buat salah. Pendekatan me marah & explain..so dia tahu sebab dan kenapa kami marah. Garang kah ummi ?? Maybe kot kalau nak dibandingkan dgn abahnya. En hubby relax & cool tapi tegas. Talk man to man boy katanya.

Citenya last nite..me merotan ank bujang tu, ala.. bukan kuat pun rotan manja gitu. Tapi dek campur dgn perasaan sedey coz me rotan dia..he sob sek sob sek. Bukan me kejam tapi rasanya perlu bersikap tegas if cara lembut tak menjadi. Lagipun itukan sunnah Rasullullah,menjelang umur 10 tahun anak perlu di rotan kalau tak solat. Maknanya umur mcm MLP skrg me harus bertegas. Kata org2 tua, biar anak yg menangis skrg jgn kita menangis kemudian hari.

Rentetan dari peristiwa mlm tadi, nak dijadikan cite..after siapkan hidangan sahur en hubby, minta permission nak sambung zzzz so terlelap lah kat atas sofa tu . Bermulalah kisah sedey...tiba2 hujan lebat sangat2, tengok kat luar..alamak dah banjir rupanya. Air sungai naik..buka aje pintu macam rumah tu terapung..me menjerit panggil nama dia*siot sedey..tgh taip ni pun me boleh nangis oo..
 
 
 
 Ya Allah manalah pergi, panggil berkali2 tetap tak de sahutan. Yg me nampak sekeliling rumah hanyalah air sungai yang deras..me menangis sekuat hati sambil paggil nama dia..tiba2 terjaga..aik macamana pulak anak kwn me ada kat sebelah, siap senyum lagi tengok me nangis. Lepas tu terjaga bila en hubby buka pintu. Astaghfirullahalazim...mimpi dlm mimpi rupanya..
 
Syukur Alhamdulillah..Pastu terus masuk bilik MLP and kiss him. Ya Allah ..lindungilah dan jauhilah zuriatku dari segala bahaya. Hish..emosi lebih pulak..mimpi kan mainan tido. Aa ye..memang mainan tido..hanya seorang ibu yang tahu macamana perasaan bila dlm keadaan mcm tu walaupun ianya dlm mimpi. Nauzubillah..

P/s : peringatan utk diri sendiri..lain kali jgn nak sambung tido kalau dah dekat waktu solat..am I wrong to punish him..:'(...Hopefully satu hari nanti dia fhm hukuman itu supaya dia membesar menjadi anak yang bijak,baik dan soleh . UMMI SAYANG RIFQI NAQIUDDIN SGT2.

Saturday, September 15, 2012

Nak Jadi Apa Sebenarnya....

 
Confuse sungguh me dengan MLP ni, kejap nak jadi ahli sains..kejap nak jadi angkasawan. Tapi kalau tengok gayanya macam more kepada pertukangan aje..senang citer minat dia lebih kepada architecture..kerja yang praktikal.
 
 
Tengok tu...abahnya sibuk dok psg katil dia pun sibuk nak buat jugak..
Tapi problemnya dia tu tak tahan panas .If org x tahu mesti org igt dia mengada2 tp ummi dia kan jenis allergic so sikit sbyk tempiasnya kenalah kat anak. Bila kepanasan badannya mulalah jadi gatal2 dan naik ruam. Maybe sebab karakter dia yg tak suka dok diam kot.. Apapun me hanya boleh doakan yang terbaik buat dia. Yang penting me nak dia berjaya dunia dan akhirat.
 
p/s : relakah me lepaskan dia dok asrama...:-(...

Thursday, September 13, 2012

Dari Mana Dia Belajar ???.

 
 
Tengok hasil MLP kat bawah tu. Happen to be masa tu panggil dia tak menyahut. Risau gak anak bujang ni kalau diam je dalam bilik, manalah tahu sbb MLP ni pesennya suka sgt 'menggodeh' brg2 mainannya. Kdg2 yg tak rosak pun dia nak repair. Patutlah diam rupa2nya dah tido. Tiba2 atas katil me nampak mende2 kat bawah ni. Tapi mana dia belajar ye? 

siap ada ukuran tu..

Tersentuh..Terharu..Dia Sangat Tabah...

 
 
Setelah beberapa bulan me follow blog Warkah Buat Isteri , membaca segala luahan hati seorang suami, En Abil Fikri yang tak pernah putus asa menjaga isterinya yg terlantar sakit akibat brain damage. Kdg2 menitis air mata me..jgn ckp me ni cenggeng pulak. Rasanya kalau seorang perempuan baca n3 dia dan tak menitis airmata, itu dah kira hati dia mmg sgt kuat. Seriously I respect him so much. Setiap kali me baca n3 yang dia tulis, balik rumah for sure me akan cerita kat en hubby. Bagi en hubby pula, 1st time dia baca & tengok pic mereka dalam akhbar Harian Metro ...latest dia baca kat Sinar Harian   11sept lepas.

sumber dr Sinar Harian..en hubby suka tengok pic yg ni..
Akhirnya malam tadi me berpeluang menonton mereka secara 'live' masa news TV9. Masa tu en hubby tgh ready nak pi surau tapi sempatlah juga dia tengok.Pernah me tanya kat en hubby andai kata me yg jadi mcm tu macamna agaknya...Jwpnya???...InsyaAllah jika ada peluang teringin sangat pergi melawat dan nak tengok Kak Gee face to face and his hubby as well*jgn slh faham yer..frankly, me sgt kagum dgn ketabahan dan kekuatan semangat abg  ni ok.
"Ya Allah..semoga mereka berdua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanMu..sembuhkanlah sakit K.Gee..tabahkan dan kuatkanlah hati suaminya dalam menghadapi ujian dariMu.."

p/s : jwp en hubby "jgn ckp yg bukan2..apapun syg tu amanah abg, buruk baik.. sihat sakit InsyaAllah abg takkan abaikan...:-)

Monday, September 10, 2012

Syira's Wedding on 8.9.12

 
 
Badan dan otak me sangat penat...exhausted...Rasa macam nak sambung cuti je. 2 hari yg sgt pack . "Ms. Quek, boleh tak nak cuti sebulan ?..unpaid leave..nak rehat kat umah"..dan me dah boleh agak ape jawapan bos nanti..'Boleh2..nanti u tak payah dtg keje terus tau'.  Haa..baru padan muka..

Sabtu lepas, ada wedding sepupu en hubby. So MIL, ipar dan biras sampai dari petang Jumaat dan berkampung kat rumah me. Itu yg buat me sgt busy but happy coz dpt berkumpul ramai2. Yang lagi happy MLP cz ada kawan bermain ..kalau nak ikutkan MLP sepatutnya sekolah* sekolah ganti dan ada jamuan raya tapi terpaksa dicutikan.

sampai aje terus sign..pagi ni utk family Mak Ude (MIL)
Kami...si kecik comey tu Auni..ank buah hubby..
Adik2 ipar me Yan, Ain n Ali
Kak Long's n family
sisters..Mak Teh (mak pengantin) n MIL
2 org budak yg tak reti dok diam..
Pengantin baru...Syira n Najhan

p/s : Tahniah buat Syira & Najhan. Semoga perkahwinan ini berkekalan keakhir hayat dan tabah mengharungi segala dugaan dan ujian dlm rumahtangga.

Kek Kukus Masam Manis Hawflakes

 
 
Memandangkan masih ada lagi saki baki mood Raya, last week tiba2 tergerak dihati nak buat kek .Kebetulan MIL n adik2 ipar nak dtg rumah that weekend. Paling senang for me buat aje kek kukus . Resepi, cam biasa me akan ciplak dari hasil en google...frankly to say setahun sekali pun tak tentu lagi me buat kek ,even pernah buat before for sure resepi tu dah berkarat dalam otak me ni. Jom kita tengok resepinya .

V
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 2 cawan biskut cream crackers - dikisar dan diayak
  • 180 g gula kastor 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette - me tak letak pun cz x de stok
  • 250g butter
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • kepingan asam manis @ hawflake
  • sedikit pewarna hijau dan oren - nak guna warna lain pun boleh
Cara membuatnya :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dibhgian tepi dan alas loyang kertas serap minyak.
  2. Putar gula & butter hingga kembang & masukkan telur satu persatu , putar hingga gebu.
  3. Kemudian masukkan serbuk biskut yg sudah diayak bersama baking powder. Masukkan esen vanilla, susu pekat n minyak jagung kacau hingga sebati.. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian .
  5. Tuangkan lapisan pertama (mana2 color dulu pun boleh) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan ke2 dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. Tips supaya air tdk menitik ke dalam adunan, tutup loyang dgn kertas foil @ balut penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.    
 
lapisan pertama...
Siap di kukus
Setelah di potong..
Siap sudah. Dan yang jadi jurinya for sure en Hubby...N...


       p/s : tq2..:-)

Friday, September 7, 2012

Pos Belalang???...( ゜O ゜)

 
 
Yeay..hari ini hari Jumaat..hari Jumaat hari yg paling me suka ...satunya coz hari ni penghulu segala hari. Lagi specialnya sebab lepas Jumaat hari Sabtu..hari Sabtu esoknya tak keje. Yesss...suke3. Oiitt..asyik melalut jer.

Ok2..sambung citer, tghari tadi tibe2 terima sms dari adik suruh me call..so me call..'K.Ma,sms penuh  alamat ko Kak Ze..Chek nak ata belale*belalang.."..Me ape lagi tergelak sorang2..bukan gelak ape, sebabnya nak pos belalang..tak pernah pula me dengar. Ok..tapi dlm hati dok tertanya2..hantar belalang?? Boleh ke hantar by pos ??
 
Korang mesti pelik kan. Sebenarnya masa kecik2 dulu kami pernah dan selalu juga makan belalang goreng. Dan chek tahu kami ni suka makan belalang tu. TAPI..ada tapinya ok..belalang tu mesti digoreng oleh chek dan yg pastinya ia dijamin bersih. Ada juga yg pertikaikan halal ke makan belalang coz itukan kira bangkai. Me tak berani nak cakap lebih tapi ada dalil yg mengatakan hukum memakan belalang adalah halal . 

Belalang tu mesti direndam dalam air panas terlebih dahulu. Buang yg tak sepatutnya...pastu direbus dgn santan dan sedikit garam sehingga santan kering dan mengeluarkan minyak..pastu goreng sehingga garing. Rupanya lebih kurang mcm ni.
 
v
v
sumber dr google
 Me suka sebab crunchy dan lemak gitu. Bila me citer kat member2 ofis  masing2 macam...macam..macammm..entah..geli kut. Biasanya me ni jenis penggeli tapi mungkin dah biasa dari kecil makan belalang goreng so perasaan tu dah takde. Kalau sekarang baru nak cuba mungkin tak tertelan rasanya.

p/s : saayang Chek..timo kaseh ingat ko kami..syg chek byk2... kwn2 InsyaAllah dh sampai nnti korang tengok 'life' belalang goreng tu camne ye...:-)

Thursday, September 6, 2012

Jamuan Raya @Ofis


 
 
Hari ni P&A kat ofis wat jamuan Raya. Dari semalam dok sebuk pakat soh pakai pink color. Nasib baik le me ada sepasang baju kurung lama tu. Niat di hati nak pakai sedondon dgn Tinn dan Jijah tapi apakan daya kain me tu masih terlipat lagi dlm kabinet. Ish2... ape ni melalut psl baju pulak.
 
Ok2..sekrg sambung cite pasal jamuan tadi .Masing2 ditugaskan bawak makanan. Kiranya mcm self contribution .  So me jz buat Puding Karamel Gula Hangus...resepinya me amik kat sini*Tq for sharing recipe senang dan cepat.
 
ini jer yg sempat me buat..
si kembar polka dot..:-)
acara decoration n susun atur makanan..
Menu2nyer..yummy...:-)

 Akhirnya dapat juga me copy pics jamuan semalam hasil dari apple si Erin tu.. Thanks yer Erin.




                                                    
p/s : pic ramai2 tu yg paling me suke..:-)

Wednesday, September 5, 2012

Serdang Dilanda Banjir Kilat..

 
 
Semalam dok syok menunggu bunyi ting tong hujan turun selebat2nya. Hurm..tengok gayanya memang takde tanda2 nak stop . Patutlah hubby sampai lewat rupa2nya jalan yg biasa dia lalu ke tempat keje dah start naik air so terpaksalah share jln dgn laluan sebelah. After pick up MLP dr sekolah terus ke PKNS...dinner*sejuk2 ni perut sememangnye riang ria menari mtk diisi..he3.. pastu terus je solat maghrib kat situ .Bukan apa..kalau time tu kami gerak balik jwpnye mcm kura2 lah kete kami. 
 
Dgr news memang byk jalan jem teruk. Even dah ada jalan yang naik air dan ditutup. Pagi2 tadi baca news rupa2nya teruk jugak banjir semalam.
Patutlah masa balik semalam air sungai kat Jalan Reko tu bukan main banyak lagi..scary dgn airnya yg berpusar2 pulak tu. Pics bawah ni me tempek hasil dr baca news tu.
 
sumber dr Harian Metro
Sumber dr Sinar Harian
Menurut sumber berita tempat yang terjejas teruk ialah kat area Taman Seri Serdang. Itu yang me baca news..dan me tumpang simpati coz ada member kat tempat keje yg rumah mrk pun turut terlibat dgn banjir smlm. Semoga tabah dgn ujian dariNya. Nak tengok lagi banyak pics banjir semalam sial terjah Blog ciklilyputih ni.

p/s : Kdg2 terfikir apalah agaknya yg akan terjadi if kat KL ni ada musim tengkujuh mcm Pantai Timur..Tenggelam tak??? Hishh..x pjg akal me dok fikir mende tu..

Monday, September 3, 2012

Advance Gitu...

 
 
Apa yang advance nyer ??...kisah malam tadi..sebenarnya memang rutin tiap2 malam pun tapi malam tadi special sikit*aa mula lah pikir yg bukan2 tu. Jom kita tengok...

Mula2
v
v

Datang sebuah kereta
 
v
 
Tibe2 je kereta remote control ni terpacul depan pintu dapur..'ummi, sila baca'

Alahai..macam kat kedai makan lah pulak..

"Ooo...ok..dah baca..pergi solat Isya' dulu baru minum..nanti tido."
 
p/s : ade jer idea dia...macam2

Saturday, September 1, 2012

♥♥♥Our 11th Wedding Anniversary @ Kenny Rogers ROASTERS Alamanda♥♥♥

 
 
Syukur kepadaMu Ya Allah kerana masih memelihara ikatan suci kami sehingga ke hari ini. Alhamdulillah hari ni genaplah 11 tahun diri ini menjadi suri kepada seorang lelaki yg bernama Rozaiemi Bin Ghazali. Semoga kami diberi katabahan dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan demi mahligai yg telah kami bina ini.  
 
 
Kepada en hubby yang tercinta dan tersayang sgt2
Terima kasih atas segala kasih sayang, dan bimbingan yg tak pernah jemu..terima kasih sgt2 kerana menerima diri ini seadanya..dari secomel2nye hinggalah skrg yg segebu2nye..;-) . Terima kasih juga kerana sabar melayan kerenah isterimu ini yg kdg2..??*only u knows..Terima kasih lagi sebab sentiasa cuba memberi yg terbaik buat Ayg & ank kita . Semoga Allah s.w.t sentiasa memberi rahmatNya keatas Darling dan merberkati ikatan perkahwinan kita hingga ke akhir hayat kita berdua..
SAYANG DARLING SGT2..LUV U SO MUCH ♥
Oppss...Sorry ye kalau korang menyampah tengok pic ;-) ni
Ok..macam biasa kami tetap celebrate ber3*entah bila agaknya nak celebrate ber4 kan:-( .Mula2 plan nak pegi romantic dinner lah kononnya. Cuba2 mintak 'kebenaran' MLP' kut2 dia terbaik hati ke nak lepaskan ummi & abahnya berdua. Hurmm..dah agak dah..lampu merah . Sebenarnya saje je nak test dia..lagipun takkan lah kami sampai hati nak tinggalkan satu2nya buah hati pengarang jantung kami tu. Kali ni we just celebrate kat Kenny Rogers Roaster Alamanda .

Hubby's choice..Chicken Garden Meal
Mine...Jacket Potato Cheesy Chicken
MLP's choice...Kenny's Quarter Meal...dh x sbr die..
 
Side order...muffin..vanilla, banana n chocolate..
Country Style Soup n Submarine Muffin*kata MLP..mcm nama kapal le ummi..:-)
Our drinks..Caffe Mocha, chocolate Extreme Ice Blended n Triple Passion
Ape tunggu lagi..perut pun dah lapar..so time to makan...:-)

Tengok tu..macam dia pulak yg nk sambut anniversary..:-)

For U n For Me
Sedap..Alhamdulillah...
Alhamdulillah selesai sudah...even it was a simple celebration for us but it really meaningful..
 
p/s : Thanks to Allah..semoga semoga jodoh kami berkekalan ke akhir hayat.. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...