Monday, September 10, 2012

Kek Kukus Masam Manis Hawflakes

 
 
Memandangkan masih ada lagi saki baki mood Raya, last week tiba2 tergerak dihati nak buat kek .Kebetulan MIL n adik2 ipar nak dtg rumah that weekend. Paling senang for me buat aje kek kukus . Resepi, cam biasa me akan ciplak dari hasil en google...frankly to say setahun sekali pun tak tentu lagi me buat kek ,even pernah buat before for sure resepi tu dah berkarat dalam otak me ni. Jom kita tengok resepinya .

V
  • 4 biji telur A (sejuk)
  • 2 cawan biskut cream crackers - dikisar dan diayak
  • 180 g gula kastor 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette - me tak letak pun cz x de stok
  • 250g butter
  • 2 sudu minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • kepingan asam manis @ hawflake
  • sedikit pewarna hijau dan oren - nak guna warna lain pun boleh
Cara membuatnya :
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dibhgian tepi dan alas loyang kertas serap minyak.
  2. Putar gula & butter hingga kembang & masukkan telur satu persatu , putar hingga gebu.
  3. Kemudian masukkan serbuk biskut yg sudah diayak bersama baking powder. Masukkan esen vanilla, susu pekat n minyak jagung kacau hingga sebati.. 
  4. Bahagikan kepada dua bahagian .
  5. Tuangkan lapisan pertama (mana2 color dulu pun boleh) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan ke2 dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. Tips supaya air tdk menitik ke dalam adunan, tutup loyang dgn kertas foil @ balut penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
6. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.    
 
lapisan pertama...
Siap di kukus
Setelah di potong..
Siap sudah. Dan yang jadi jurinya for sure en Hubby...N...


       p/s : tq2..:-)

2 comments:

MizzTina said...

akak..nk ckit!!

Norma NML said...

@MizzTinahehe..nti nk check ade lgi tak dlm freeze..;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...