Thursday, September 20, 2012

Mimpi Itu..:'(..

 
 
Mencinya...pagi2 tadi konon nak wat n3. Dah le n3 yg sedey pastu tengok pula dashboard baru ni terus takde semangat . Seriously..I DON'T LIKE IT..tapi nak wat camne ..mende free so terimalah seadanya...:-(. 
 
Back to my n3 . Lately kerenah MLP kdg2 mencabar kesabaran umminya ni. Kata org semua tu normal sbgai anak lelaki yg sedang membesar. Kalau tak lasak..tak aktif bukan anak lelaki namanya..Hurm Ok, me faham.Sebab tu lah seboleh2nya me and hubby cuba slow talk if dia buat salah. Pendekatan me marah & explain..so dia tahu sebab dan kenapa kami marah. Garang kah ummi ?? Maybe kot kalau nak dibandingkan dgn abahnya. En hubby relax & cool tapi tegas. Talk man to man boy katanya.

Citenya last nite..me merotan ank bujang tu, ala.. bukan kuat pun rotan manja gitu. Tapi dek campur dgn perasaan sedey coz me rotan dia..he sob sek sob sek. Bukan me kejam tapi rasanya perlu bersikap tegas if cara lembut tak menjadi. Lagipun itukan sunnah Rasullullah,menjelang umur 10 tahun anak perlu di rotan kalau tak solat. Maknanya umur mcm MLP skrg me harus bertegas. Kata org2 tua, biar anak yg menangis skrg jgn kita menangis kemudian hari.

Rentetan dari peristiwa mlm tadi, nak dijadikan cite..after siapkan hidangan sahur en hubby, minta permission nak sambung zzzz so terlelap lah kat atas sofa tu . Bermulalah kisah sedey...tiba2 hujan lebat sangat2, tengok kat luar..alamak dah banjir rupanya. Air sungai naik..buka aje pintu macam rumah tu terapung..me menjerit panggil nama dia*siot sedey..tgh taip ni pun me boleh nangis oo..
 
 
 
 Ya Allah manalah pergi, panggil berkali2 tetap tak de sahutan. Yg me nampak sekeliling rumah hanyalah air sungai yang deras..me menangis sekuat hati sambil paggil nama dia..tiba2 terjaga..aik macamana pulak anak kwn me ada kat sebelah, siap senyum lagi tengok me nangis. Lepas tu terjaga bila en hubby buka pintu. Astaghfirullahalazim...mimpi dlm mimpi rupanya..
 
Syukur Alhamdulillah..Pastu terus masuk bilik MLP and kiss him. Ya Allah ..lindungilah dan jauhilah zuriatku dari segala bahaya. Hish..emosi lebih pulak..mimpi kan mainan tido. Aa ye..memang mainan tido..hanya seorang ibu yang tahu macamana perasaan bila dlm keadaan mcm tu walaupun ianya dlm mimpi. Nauzubillah..

P/s : peringatan utk diri sendiri..lain kali jgn nak sambung tido kalau dah dekat waktu solat..am I wrong to punish him..:'(...Hopefully satu hari nanti dia fhm hukuman itu supaya dia membesar menjadi anak yang bijak,baik dan soleh . UMMI SAYANG RIFQI NAQIUDDIN SGT2.

2 comments:

MizzTina said...

hehe..nk ingtkn akak je tu jgn pukul iqi lg kot..

Norma NML said...

@MizzTinajgn pkul lagi ?? hurm pkul2 syg je..;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...