Thursday, October 4, 2012

Orang Emas Versi Melayu ???

 
 
Orang Emas ??? Satu ketika dulu glamor pasal org emas ni area KL. Ada yang bagi istilah pengemis moden, betul lah kot sebabnya dia akan berada di kawasan orang ramai ,pastu kat depannya ada bekas disediakan. Tapi apa yang me tahu yang tu berbangsa Cina dan pernah ditangkap kat area Bukit Bintang.
 
sumber fr Harian Metro
Tapi kali ni yang memang me nampak depan mata sendiri, Sabtu lepas me, hubby n MLP ke pasar malam Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Tiba2 aje MLP tanya "ummi, itu orang ke robot ??" Mulanya me tak perasan dah le malam, elok pulak dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh dikatakan semua warna emas kecuali songkok,sampin & cermin mata hitam. Patut le MLP ingat robot, elok aje 'orang emas' tu berbaju melayu dgn aksi ala2 robot gitu.
 
Nampak tak baldi tu..sbb tu org ckp ala2 pengemis moden.
Then MLP minta henpon , nak ambik gambar katanya. Sempat dia snap satu gambar, pastu dia cakap dia kena tegur dek satu pakcik tu . Rupa2nya nak snap gambar 'orang emas' tu kena bayar RM3 sekali snap. Me dok hitung, ermm..camtu kaya lah dia, kalau 10 org dah rm30. Tapi me tengok ramai aje yang curi2 snap. Ye lah ,mungkin org  fikir dari bazirkan duit rm3 juz untuk tu lebih baik beli makanan kan kenyang.
 
p/s : mcm2 cara nak cara rezeki..tapi kalau ada kudrat 4 kerat apa slhnya cari kerja yg afdal, kan lebih baik dr mengemis .

 

4 comments:

MizzTina said...

blh buat aduan ni kak..

Dee Z said...

hmmm... kalau rs nk derma, derma jela seikhlas hati. janji dia tdk mencuri dan merompak. selebihnya biarlah dia dgn tuhan saja...

Norma NML said...

@MizzTinatu la psl..mslhnya tubuh badan sihat je.

Norma NML said...

@Dee Zyg jadi kemusykilan tubuh bdnnya sihat, anggota badan pun sihat cuma tak bersuara aje. Pernah sebelum ni ada tangkapan peminta sedekah bertudug sdgkan dia sebenarnya kafir. Tak ke itu menghina agama kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...