Wednesday, December 5, 2012

Kasihan Dia..


Hari tu kami pegi makan di Ana Ikan Bakar Petai , ala yang kat sebelah bomba BBBangi tu..yang hari tu kami order lain dapat lain tu. Apapun sume tu dah lepas dan sume org pun tak terlepas dari buat silap, maybe masa tu mrka kelam kabut kut coz ramai sangat customer .Kali ni alhamdulillah kami dapat rasa camne ikan bakar petai tu, erm not bad rasanya  tapi me lagi suka ikan bawal sweet sour dulu tu...lagi sedap.

Jom tengok ikannya..
Ikan kerapu..


Ok2, sbnarnya me bukan nak cerita pasal ikan tu pun, tapi pasal MLP. Alkisahnya dia ternampak seekor kucing dok mengiau kat tepi meja kami. Dan dia ni pesennya memang tak boleh tengok kucing kat sebelah, dia memang cepat rasa kesian.  " Ummi, cat tu lapar, boleh tak Iqi nak bagi dia makan ikan tu sikit ?". Hmm, camne nak benarkan , pekerja2 restoran tu elok aje kat depan kami..tak pasal2 nanti kena tegur coz kotorkan lantai dorang.

Tapi dek kerana MLP nak jugak bagi dan me pun tak sampai hati tengok kucing tu...haa tengok MLP punye keje..
Cover line konon...

 Itulah cara dia duduk, siap cakap kat abahnya, "Iqi ttup ni abah bagi la cat tu fish kat bawah kerusi abah tu".. dengan harapan pekerja restoran tu tak perasan.

Wat2 minum konon..


Rupa2nya kat belakang tu......

v
v
v

"Alhamdulillah....cat dah kenyang ummi"...nampak tak tulang ikan bwh kerusi tu..

2 comments:

MizzTina said...

bgs btl iqi..

Norma NML said...

@MizzTinaMoga sifat kekal sampai bila2..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...