Tuesday, January 29, 2013

Apa Tu... Takoyaki ??


Semalam balik dari keje, en hubby and MLP dah sedia menunggu kat depan. Maklumlah en hubby tak keje n MLP pula tak sekolah. Ye lah...orang semua cuti coz ganti  hari Thaipusam yang jatuh hari Ahad tapi kilang kami ni pelik, digantinya hari sabtu. Tapi nak wat camne dah namanya employee kenalah ikut .

Before balik, masing2 dah lapar so kami singgah kat Ramal Junction Food Court..apa lagi pekena Satay Willy le. Dalam pada tu mata me dok melilau kot2 ada makanan lain yang berkenan dihati. Maklumlah kat situ banyak pilihan makanan sebenarnya tapi tak berkesempatan nak try.Burger Abang Burn mcm biasa terpaksa beratur pjg..tapi dah try sebelum ni.

Tiba2 terpandang satu gerai kecil kat situ. Dari jauh macam kaya ball. So me ajak MLP pi tengok mende yang menarik sangat coz ramai orang queue kat situ. Takoyaki?? Apa tu ?? Ok...tak puas hati...nampak maca menarik. "jom kita try dik mcm sedap je". MLP if tanya bab makan nowadays semuanya ok saja. Harganya not bad untuk 4 biji sebesar bola ping pong tu rm4.50, filled tu boleh pilih udang, sotong, ketam atau sosej. Baru me tahu rupa2nya Takoyaki ni filled dia sinonim dgn seafood . Memandangkan me allergic dgn seafood*allergic la sgt..but the truth is for temporary I have to say no for seafood..he2 so me order yg sosej aje.

Sedapnya...

Zoom In...
Sedap di makan masa panas2..yummy...MLP suka taste dia but en hubby pula tak suka. Tak pe lah at least me ada 'kawan'..next time kita beli lagi ye..

If ada yang terasa ada masa dan rajin nak buat sendiri tu boleh refer resepi kat sini 

Monday, January 28, 2013

✿✿Berbasikal @ Taman Botani Putrajaya ✿✿


Weekend yang lepas, seperti yang dijanjikan en hubby kpd anak bujangnya, kami ke Taman Botani yang terletak di Presint 1 . MLP sgt excited coz kali ni dia boleh bawa basikal merah tu*kami jrg sgt bawa basikal tu cz tak muat nak sumbat dlm bonet kereta kecil kami he2. 
So untuk memenuhi permintaan MLP, en hubby terpaksalah buka dulu tayar depan and masukkan basikal tu kat tempat penumpang belakang tu. Nak masukkan dlm bonet sah2 rumitnya.

Sampai kat situ , satu lagi keje en hubby terpaksalah psg balik tayar tu. Macam susah aje nak fix balik tayar tu, next time rasanya tak payah bawa basikal tu ,senang sewa aje.



Memandangkan me dah lama tak riding, so en hubby decide ambil basikal berkembar. Sewanya rm8 untuk sejam. If nak yang single harganya rm4, for info kalau hari biasa untuk basikal berkembar ni sewanya rm6 dan single rm3. 




Best juga sekali sekala riadah sambil berbasikal. Tapi yang bestnya sebab sekelilingnya memang hijau...♫ku lihat hijau♫.. bak kata Zainal Abidin..hurm udaranya pun segar ...



Muka happy sesangat coz dpt naik basikal
But still menuntut janji nak mandi kolam pulak. Sabar aje lah ummi. So heading to Kompleks Kejiranan Pricint 16 Putrajay but tutup sekejap coz dorang yang jaga tu lunch. Terpaksalah tukar haluan ke Kompleks Kejiranan Presint 9. Barulah MLP puas hati ..tu pun susahnya nak ajak dia balik once dia dah masuk pool tu.

Saturday, January 26, 2013

Mekanik Junior

Sape ?? Sape lagi...MLP kesayangan me ler..Bila kat rumah ada saja 'keje' dia nak buat .Cer tengok

v

v

V

Habis dibukanya tayar tu..kononnya tayar tu longgar ..erm mcm2

Nasib baik dia tahu fixed semula. Kadang2 terfikir macamana dia tahu buat semua tu.Maybe sebab dia selalu tengok abahnya la kot.  He make me proud to see how hard he tried to fix it back till he get it. Well done my dear.

Wednesday, January 23, 2013

Ubi Kayu..Omputihya...Tapioca..

Sebenarnya dah lama me teringin nak makan ubi kayu rebus ni. Setiap kali pegi Pasar Malam, nampak aje ubi kayu mesti me ckp kat en hubby "nanti nak beli lah"..lastly terlupa..Sampai semalam macam biasa ke Pasar Malam, ayat yg sama me ulang..hishh dah macam mengidam lah pulak. 

Nampak tu..2 ketul ubi kayu yang x seberapa besarnya..
Maybe coz dah banyak kali me asyik cakap nak beli..nak beli, semalam en hubby tiba2 aje cakap " belilah kalau nak makan, tapi jgn banyak nanti angin". Emm...kalau tak silap me en hubby memang tak makan ubi kayu rebus ni coz sepanjang usia perkahwinan kami dah lebih 10 tahun ni, tak pernah nampak dia makan. MLP pun macam tak berminat aje, tapi mungkin sebab me tak pernah sediakan before kot.

Jeng3...dah dapat, balik rumah immediately me kejekan ubi kayu tu :-)
Rebuslah sampai mendidih dan empuk.
Dah siap di kupas...jz letak sedikit garam n air secukupnya.
Dah masak

Hasilnya...di makan bersama kelapa parut.:-)

p/s : Alhamdulillah ..nikmatnya bila pekena dengan kopi panas..nyum nyum

Tuesday, January 22, 2013

Silat


Semalam sementara menunggu MLP habis silat, sempat lah me snap beberapa keping gambar dia dari jauh. Almaklumlah bukannya senang nak snap gambar dia. Sbb tulah kdg2 umminya ni terpaksalah snap gambar curi2. Almaklumlah handphone tak secanggih manapun, so kecik aje gambar tu.


Aik..tiba2 muncul si comel kat depan :)

Muka kepenatan dan kelaparan..alalala..sian anak ummi 

Monday, January 21, 2013

UJIAN Tandanya Allah s.w.t Sayang.


Hampir 2 weeks me tak update blog . Bukan tak de  masa...bukan juga sebab tak de mende yang nak tulis. Tapi nak start tu..nak kata malas pun tak juga. Tapi sebenarnya sebab me selalunya update blog ni kat office..curi2 masa bila free so kdg2 ada mende nak update, tang2 tu juga ada keje yang nak kena settle so terbengkalailah enrty tu . Work come first ok*cewahhh..bukan main lagi, tp itu hakikatnya coz keje tu kan satu amanah n me makan gaji so tak nak lah nti rezeki yg me dpt nanti tak berkat.

Entah kenapa tiba2 nak sangat buat entry pasal UJIAN. Namapun manusia, rasanya tak de seorang pun dalam dunia ni yang tak menghadapi ujian, bezanya kecil atau besar aje. Lepas tu macamana cara nak menghadapi dan menyelesaikannya. 

Kadang2 kita diuji dengan kehilangan, kesakitan, kesusahan dan macam2 lagi. Mulalah timbul rasa kecewa, marah dan geram..kenapalah semua tu menimpa kita. Padahal tanpa kita sedari ujian tu semua sedikit sebanyak datangnya dari kecuaian dan kelalaian sendiri. Kadang2 kita terleka dan terlalai akan tanggugjawab kita kepada DIA. 

 
Apa yang penting kita sentiasa menadah tangan memohon padaNya agar kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan tidak lara dengan keseronokan duniawi. Semoga DIA sentiasa memberi petunjuk dan rahmatNya. Aamiin Ya Rabbal Alamin..

p/s : jgn jadi macam "KL" ada masalah aje, nak cabut nyawa sendiri. Rugi aje maka bapak dorang habis kan duit . Kalau tahu mahu kecik2 dulu dah dicekik anak tu..erghh..

Me redha dgn ujianNya..even doktor ckp ekzema ni tkkn sembuh sampai bila2, sekurang2nya me tahu setiap penyakit itu akan mengurangkan dosa2 kecil me.InsyaAllah..

Sunday, January 6, 2013

Aktiviti Lasak 1st MLP Selepas Jadi Anak Bujang..


Weekend.... masa untuk berehat kat rumah...katanya dan kononnyalah kan..Tapi ayat tu hanya sesuai  untuk parent aje kut. Tapi untuk anak2, itu lah masanya mereka nak outing, keluar jalan2. So macam biasa, dah jadi macam tanggungjawab dan tanggugjawab tu mesti ditunaikan.Rasanya adil lah kan coz sepanjang 5 hari anak2 ke sekolah, ibubapa sibuk dgn keje. Tak salah rasanya bila weekend tu kita penuhi dgn permintaan anak coz masa tu tetap diluangkan dgn family juga kan.

Itu pendapat me sebagai ibu yang bekerja dan suka berjalan2 as well...hehe. Rasanya ramai yang setuju kan. Apapun masing2 ada pendapat masing2. Haaa...kan dah pjg lebar me tulis walhal nak cite pasal lain.

Ok...bact to the topic...pasal sape lagi...satu2nya anak bujang n my only child *kot. Lepas dia berkhatan that day, inilah fisrt time kami benarkan dia beriadah . Bukan main seronok lagi.If ikut permintaan dia nak pegi mandi kolam tapi tunggu lah betul2 ok dulu. So kami hanya ke Tasik Cempaka aje, dan dah tentunya en hubby lah yg jadi mangsa kena  melayan dia. Ummi ni hanya join kejap2 je lah..hehe..

haa..kan abah yg jd mangsa..hehe
Get ready
Mulaaaa.....dan rasmilah his 3rd boot..:-)
Abah yg tak ready dgn kasut ttap jd mangsa,,,ummi ?? Dok tepi baca paper..hehe


Seronok tengok MLP happy, tak kisah dekat atau jauh pada dia yg penting outing bersama. 
 

p/s : hargailah mereka yg anda sayang dan yang menyayangi anda selagi berpeluang..:-)

Wednesday, January 2, 2013

Sebahagian Dari Anak-Anak Saudaraku..


Tadi after hantar MLP ke sekolah dan settle semua urusan bayar membayar hutang kat bank, me dan En. Hubby drop by kat sekolah tadika kejap. Saja nak tengok kerenah anak2 saudara me on first day camne.

Ammar dan Arissa aka abang  dan kakak

Amsyar aka adik yg sememangnya mcm abg Rifqi...itu gaya ultraman katanya
p/s : me syg mereka & semua ank2 saudara me yg lain...rindu kat ank2 saudara even stay tak jauh manapun tp jrg2 jumpa :(

Dia....Dah Darjah 4....


Hari ni sesi persekolahan 2013 bermula. Alhamdulillah MLP dah masuk darjah 4. So hari ni me memang cuti coz CS tapi en hubby purposely ambik cuti.Lagipun memang setiap tahun, first day kami akan sama2 hantar dia kelas coz nak kenal kelas..nanti apa2 hal senang kami nak cari.



Nampaknya tahun ni dia kena memanjat tangga yg agak tinggi coz kelasnya terletak di tingkat 4. According to him sepatutnya kelas dia tingkat 3 tapi memandangkan tahun ni ada student OKU dalam darjah 5 so mereka kena twist level. Alhamdulillah, at least pengurusan ambil berat pasal kebajikan murid. Sementara tunggu nak bayar yuran tu kami lepak dulu depan kelas dia.Memerhati dari atas..huhhh..gayat tuuu..

 
Hai anak...jgn le beria menjenguk ke bwh tu...

Di depan kelas...
pemandangan dari tingkat 4...
Nampak x org kt bwh tu nampak kecik je....

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru 2013



Alhamdulillah... dah pun masuk tahun baru lagi...every year pun tahun baru. Apa yang penting sebagai hambaNya me bersyukur kerana masih dipanjangkan umur utk bersama keluarga tercinta. Syukur padaMu Ya Allah..

Azam ??? Biarlah me simpan sendiri..yang pasti semua org berazam kearah kebaikan dunia dan akhirat termasuklah me.

p/s : mlm tadi kononnya ke Dataran Putrajaya nk tgok firework lastly belum pukul 12am dh blah.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...