Wednesday, January 23, 2013

Ubi Kayu..Omputihya...Tapioca..

Sebenarnya dah lama me teringin nak makan ubi kayu rebus ni. Setiap kali pegi Pasar Malam, nampak aje ubi kayu mesti me ckp kat en hubby "nanti nak beli lah"..lastly terlupa..Sampai semalam macam biasa ke Pasar Malam, ayat yg sama me ulang..hishh dah macam mengidam lah pulak. 

Nampak tu..2 ketul ubi kayu yang x seberapa besarnya..
Maybe coz dah banyak kali me asyik cakap nak beli..nak beli, semalam en hubby tiba2 aje cakap " belilah kalau nak makan, tapi jgn banyak nanti angin". Emm...kalau tak silap me en hubby memang tak makan ubi kayu rebus ni coz sepanjang usia perkahwinan kami dah lebih 10 tahun ni, tak pernah nampak dia makan. MLP pun macam tak berminat aje, tapi mungkin sebab me tak pernah sediakan before kot.

Jeng3...dah dapat, balik rumah immediately me kejekan ubi kayu tu :-)
Rebuslah sampai mendidih dan empuk.
Dah siap di kupas...jz letak sedikit garam n air secukupnya.
Dah masak

Hasilnya...di makan bersama kelapa parut.:-)

p/s : Alhamdulillah ..nikmatnya bila pekena dengan kopi panas..nyum nyum

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...