Monday, January 28, 2013

✿✿Berbasikal @ Taman Botani Putrajaya ✿✿


Weekend yang lepas, seperti yang dijanjikan en hubby kpd anak bujangnya, kami ke Taman Botani yang terletak di Presint 1 . MLP sgt excited coz kali ni dia boleh bawa basikal merah tu*kami jrg sgt bawa basikal tu cz tak muat nak sumbat dlm bonet kereta kecil kami he2. 
So untuk memenuhi permintaan MLP, en hubby terpaksalah buka dulu tayar depan and masukkan basikal tu kat tempat penumpang belakang tu. Nak masukkan dlm bonet sah2 rumitnya.

Sampai kat situ , satu lagi keje en hubby terpaksalah psg balik tayar tu. Macam susah aje nak fix balik tayar tu, next time rasanya tak payah bawa basikal tu ,senang sewa aje.



Memandangkan me dah lama tak riding, so en hubby decide ambil basikal berkembar. Sewanya rm8 untuk sejam. If nak yang single harganya rm4, for info kalau hari biasa untuk basikal berkembar ni sewanya rm6 dan single rm3. 




Best juga sekali sekala riadah sambil berbasikal. Tapi yang bestnya sebab sekelilingnya memang hijau...♫ku lihat hijau♫.. bak kata Zainal Abidin..hurm udaranya pun segar ...



Muka happy sesangat coz dpt naik basikal
But still menuntut janji nak mandi kolam pulak. Sabar aje lah ummi. So heading to Kompleks Kejiranan Pricint 16 Putrajay but tutup sekejap coz dorang yang jaga tu lunch. Terpaksalah tukar haluan ke Kompleks Kejiranan Presint 9. Barulah MLP puas hati ..tu pun susahnya nak ajak dia balik once dia dah masuk pool tu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...