Saturday, March 23, 2013

♥♡ Selamat Pengantin Baru Nor Syida & Khazelan ♥♡


Alhamdulillah...akhirnya adik bongsu me, Nor Syida a.k.a adik sah menjadi isteri kepada Khazelan. Walaupun majlis perkahwinan tak semeriah seperti yang dirancang tapi segalanya berjalan lancar. Dalam keadaan kami yang masih bersedih dengan kepulangan ayah tercinta ke rahmatullah, serba sedikit terasa kekurangan dalam majlis tersebut.Maklumlah baru 5 hari pemergian arwah..tapi apapun kami redha dengan ujian ini.

Alhamdulillah... dengan sokongan serta kerjasama daripada adik beradik *terutama abg sulungku yg bertungkus lumus mengambil alih tugas arwah ayah,pakcik makcik dan saudara mara  majlis ini berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam keadaan yang serba sederhana. Majlis persandingan dan merenjis dibatalkan...malah tiada lagu 'Selamat Pengantin Baru' dimainkan demi menghormati pemergian arwah ayah. 

Kepada 'Adik' 

❀✿Selamat Pengantin Baru❀✿
Semoga Perkahwinan adik & Lan kekal keakhir hayat
dan diberkati serta di rahmati Allah s.w.t
Semoga tabah walaupun masih bersedih dgn pemergian ayah 
❀✿Jadilah isteri yang solehah ❀✿



p/s : Ayah..Allah menunaikan permintaan ayah supaya kami adik beradik berkumpul hari ini...
Ya Allah..Syukur pdMu...Me rindu ayah sgt2...{x dpt nk teruskan..airmata dah bergenang ni...:'(...}

Monday, March 18, 2013

Ayahku Kembali Ke Rahmatullah..18.3.2013


Lebih kurang 4 am, my handphone ringing..jantung berdebar..maklumlah incoming call awal pagi..for sure ada emergency. My sis call, seperti yang me jangka walaupun sukar untuk dipercayai...jam 4 am 18 March 2013 bersamaan 6 JamadilAwal 1434H ,ayah tercinta pergi mengadap Ilahi buat selama2nya.*seriously when i wrote ths my tears never stop..Innalillahiwainnailaihirojiun..Spontan me keep crying even en hubby cuba tenangkan. 

Masih terbayang saat bersama ayah masa me balik kg hari tu ,  macam baru semalam tengok arwah ayah makan nenas sebelum me tinggalkan..cium dahi arwah dan minta maaf..

Tak buang masa call abg to confirm, call adik to inform. kemas kain baju fetch my niece and nephew then kami konvoi balik kg. Orang kg hanya tunggu kami sampai saja untuk uruskan jenazah dan insyaAllah akan dikebumikan lepas waktu Asar. Dugaan buat kami otw balik kg, dua2 tayar kereta adik ipar pancit  masuk lubang gara2 nak elakkan treler panjang yang masuk laluan kami. So terpaksalah kami 2 kereta gerak dulu kot terlambat. 

Alhamdulillah around 3.30pm kami selamat sampai. Tak pandang kiri kanan me terus peluk Chek..tak dpt tahan sebak..hanya mampu menangis..Me tak mampu nak tatap muka arwah, so me baca surah Yassin terlebih dahulu..then baru lah ada kekuatan untuk mencium jenazah ayah. Terasa sejuk muka arwah. Ya Allah..sayunya hati...wajah arwah ayah tenang sgt. 

Alhamdulillah segala urusan memandikan jenazah disertai anak2 dan menantu lelaki dan pengebumian berjalan dgn lancar selepas waktu Asar.

 ps: Ya Allah..tabahkan hati hambaMu ini...hati chek...semoga roh arwah ayah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh...Aamiin Ya Rabbal Alamin


.

Monday, March 11, 2013

Ayah Semakin Uzur..


As planned dan dgn persetujuan en Hubby, me bertolak balik kg alone. Kekok rasanya, maklumlah dah lama tak naik bas ekspress. Takut pun ada, ye lah bas dua tingkat tu.  

Paling tak suke dok pulak sebelah org lelaki..stranger*mcm gtl je,kjp2 me call hubby mengadu .Sampai rumah lebih kurang 5 am, Chek mengambil alih tugas ayah sedia menunggu depan pintu*bsanya if ank2 puan balik kg sampai awl pagi ayh akn tuggu dpn pintu, maklumlah awl pagi n sunyi pulak tu ,sedihnya tengok keadaan ayah yang semakin uzur.. tido pun dalam keadaan duduk.

Alhamdulillah 3 hari me kat kg, menjaga makan , mandikan, pakaikan pampers dan cuba masakkan apa yang dia nak makan. Hari pertama ayah minta nak makan sotong dan udang, first day me masakkan sotong rebus, kalau sebelum ni chek bagitau ayah hanya minum susu dan bubur aje , alhamdulillah bila me masakkan sotong rebus*must be yg ada telur, dia makan nasi even tak banyak.

Hari kedua, me gorengkan udang, tapi sedikit upset ayah tak nak makan nasi tapi dia still makan udang tu. Hati lagi sayu tengok keadaan ayah yang tak dapat tido lena, setiap 10 minit dia akan bangun berjalan sekejap, pastu tido lagi..itulah rutin ayah berulangkali. Me faham keadaan dia yg lenguh dan sakit2 badan.Me gagahkan diri bangunkan dia. Kdg2 cuba pujuk ke hospital, ayah tetap tak nak pergi, risau dihati apa la sakit ayah ni, doktor kata saraf, tapi if saraf takkan tak selera makan.

Hari ketiga, around 2am, abg me yang kebetulan bercuti kejutkan..bagitau ayah nak makan maggi, sempat me masakkan. Puas hati even dia makan hanya dua suap aje. Macam2 me tanya if dia nak makan apa2.. katanya tak de selera, tapi perut lapar. Ya Allah, me tak tahu nak buat apa. Katanya nak makan limau cicah garam, abg me pegi belikan. Sebolehnya kami cuba dapatkan apa yang dia nak makan. Malam tu me suapkan dia makan nasi dgn daging bakar..lega rasanya walaupun sesuap dua.  Apa yg me perasan semua makanan yg dia minta adalah makanan yang dia suka.

. Sebenarnya menjaga org yg sakit memerlukan kesabaran yg sangat tinggi. Hanya mereka yg pernah mengalami saja yg tahu. Me respect chek yg sbr menjaga ayah walaupun chek sendiri tak sekuat mana. Selama tiga hari me jaga, puas hati. Sebelum balik ke Kajang sempat me minta maaf kalau tertinggi suara, tanpa me sedar. Sempat me cium dahi dia even tak salam coz dia tgh mkn nenas*his favourite fruit as well.Berat hati nak tinggalkan tapi me ada tanggungjwb lain yg menunggu..ank yg tgh exam dan x sihat pulak tu..keje lagi...Apapun me hanya mampu doakan mudah-mudahan ayah cepat sembuh.


p/s : Ya Allah... aku redha dgn ujian Mu..tanahkan hati hambamu ini dan sembuhkan sakit ayah.

Monday, March 4, 2013

Tersepit...Ayah sakit...Anak sakit...


Pagi yang tak tenang..semua keje yg me buat ada saja yg tak kena. Tangan sibuk tapping keyboard tapi fikiran ni dok melayang kat kg.

Risau di hati fikirkan keadaan ayah kat kg. Kebetulan pula MLP tengah demam. Ya Allah..tenangkan hati hambaMu ini. Stressnyeeee.........
 
Apapun tekad kan hati tinggalkan MLP dgn abahnya yg kebetulan pun not feeling well tapi demi tanggungjawab sebagai seorang anak...saat ini me Tawakkal..
 
Ujian ini datang dari DIA dan me tahu yg DIA tak pernah menzalimi hambaNYA. Ada hikmah disebalik dugaan yg DIA berikan.. InsyaAllah..apapun me redha.
 
Google Image
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...