Monday, March 11, 2013

Ayah Semakin Uzur..


As planned dan dgn persetujuan en Hubby, me bertolak balik kg alone. Kekok rasanya, maklumlah dah lama tak naik bas ekspress. Takut pun ada, ye lah bas dua tingkat tu.  

Paling tak suke dok pulak sebelah org lelaki..stranger*mcm gtl je,kjp2 me call hubby mengadu .Sampai rumah lebih kurang 5 am, Chek mengambil alih tugas ayah sedia menunggu depan pintu*bsanya if ank2 puan balik kg sampai awl pagi ayh akn tuggu dpn pintu, maklumlah awl pagi n sunyi pulak tu ,sedihnya tengok keadaan ayah yang semakin uzur.. tido pun dalam keadaan duduk.

Alhamdulillah 3 hari me kat kg, menjaga makan , mandikan, pakaikan pampers dan cuba masakkan apa yang dia nak makan. Hari pertama ayah minta nak makan sotong dan udang, first day me masakkan sotong rebus, kalau sebelum ni chek bagitau ayah hanya minum susu dan bubur aje , alhamdulillah bila me masakkan sotong rebus*must be yg ada telur, dia makan nasi even tak banyak.

Hari kedua, me gorengkan udang, tapi sedikit upset ayah tak nak makan nasi tapi dia still makan udang tu. Hati lagi sayu tengok keadaan ayah yang tak dapat tido lena, setiap 10 minit dia akan bangun berjalan sekejap, pastu tido lagi..itulah rutin ayah berulangkali. Me faham keadaan dia yg lenguh dan sakit2 badan.Me gagahkan diri bangunkan dia. Kdg2 cuba pujuk ke hospital, ayah tetap tak nak pergi, risau dihati apa la sakit ayah ni, doktor kata saraf, tapi if saraf takkan tak selera makan.

Hari ketiga, around 2am, abg me yang kebetulan bercuti kejutkan..bagitau ayah nak makan maggi, sempat me masakkan. Puas hati even dia makan hanya dua suap aje. Macam2 me tanya if dia nak makan apa2.. katanya tak de selera, tapi perut lapar. Ya Allah, me tak tahu nak buat apa. Katanya nak makan limau cicah garam, abg me pegi belikan. Sebolehnya kami cuba dapatkan apa yang dia nak makan. Malam tu me suapkan dia makan nasi dgn daging bakar..lega rasanya walaupun sesuap dua.  Apa yg me perasan semua makanan yg dia minta adalah makanan yang dia suka.

. Sebenarnya menjaga org yg sakit memerlukan kesabaran yg sangat tinggi. Hanya mereka yg pernah mengalami saja yg tahu. Me respect chek yg sbr menjaga ayah walaupun chek sendiri tak sekuat mana. Selama tiga hari me jaga, puas hati. Sebelum balik ke Kajang sempat me minta maaf kalau tertinggi suara, tanpa me sedar. Sempat me cium dahi dia even tak salam coz dia tgh mkn nenas*his favourite fruit as well.Berat hati nak tinggalkan tapi me ada tanggungjwb lain yg menunggu..ank yg tgh exam dan x sihat pulak tu..keje lagi...Apapun me hanya mampu doakan mudah-mudahan ayah cepat sembuh.


p/s : Ya Allah... aku redha dgn ujian Mu..tanahkan hati hambamu ini dan sembuhkan sakit ayah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...