Saturday, March 23, 2013

♥♡ Selamat Pengantin Baru Nor Syida & Khazelan ♥♡


Alhamdulillah...akhirnya adik bongsu me, Nor Syida a.k.a adik sah menjadi isteri kepada Khazelan. Walaupun majlis perkahwinan tak semeriah seperti yang dirancang tapi segalanya berjalan lancar. Dalam keadaan kami yang masih bersedih dengan kepulangan ayah tercinta ke rahmatullah, serba sedikit terasa kekurangan dalam majlis tersebut.Maklumlah baru 5 hari pemergian arwah..tapi apapun kami redha dengan ujian ini.

Alhamdulillah... dengan sokongan serta kerjasama daripada adik beradik *terutama abg sulungku yg bertungkus lumus mengambil alih tugas arwah ayah,pakcik makcik dan saudara mara  majlis ini berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam keadaan yang serba sederhana. Majlis persandingan dan merenjis dibatalkan...malah tiada lagu 'Selamat Pengantin Baru' dimainkan demi menghormati pemergian arwah ayah. 

Kepada 'Adik' 

❀✿Selamat Pengantin Baru❀✿
Semoga Perkahwinan adik & Lan kekal keakhir hayat
dan diberkati serta di rahmati Allah s.w.t
Semoga tabah walaupun masih bersedih dgn pemergian ayah 
❀✿Jadilah isteri yang solehah ❀✿



p/s : Ayah..Allah menunaikan permintaan ayah supaya kami adik beradik berkumpul hari ini...
Ya Allah..Syukur pdMu...Me rindu ayah sgt2...{x dpt nk teruskan..airmata dah bergenang ni...:'(...}

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...