Wednesday, April 17, 2013

MLP's 10th Birthday @ Ice Room Bandar Baru Bangi..

Alhamdulillah hari ni 12.51am 17.4.2013, genaplah usia anak bujang me dan dearest hubby 10 tahun.. Syukur padamu Ya Allah dengan kurniaan permata hati pengikat kasih sayang kami yang tidak ternilai. InsyaAllah akan kami jaga sebaik mungkin amanah ini sehingga keakhir hayat kami . Semoga dia membesar menjadi hambaMu yg soleh. Lindungilah dan limpahilah dia dengan rahmatMu Ya Allah... Aamiin...

KEPADA ANAK UMMI RIFQI NAQIUDDIN

Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran Yang ke10 syg.  Semoga Allah s.w.t kurniakan kesihatan yang baik & umur yg pjg . Harapan ummi semoga Naqiuddin membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada perintah agama. Doa ummi sentiasa mengiringi Naqiuddin dan mudah-mudahan anak ummi berjaya di dunia dan akhirat..Semoga perjalanan hidup anak ummi sentiasa mendapat rahmat dan keberkatanNya. Aamiin..

Our Dearest Befday Boy....saaaaayang dia sgt2..
Befday MLP tahun ni kami just take a simple celecrated at Ice Room Bandar Baru Bangi. Itupun kami celebrate awal 3 hari coz it weekend. If hari sekolah kesian pulak dia penat dgn homework bagai.Tak mo tulis pjg2 . Majlis kami dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh en hubby. Me just wanna share some pictures we snap there as the best moment for his 10th befday.

some of the menu
While waiting for our food
Our ordered...
Itz ready
From ummi n abah wif ...
Having it..
Kekenyangan..Alhamdulillah
Ummi n Abah to Befday Boy..
Alhamdulillah makan pun sudah dan perut dah kenyang. Syukur padaMu ya Allah kerana pjgkan lagi umur kami untuk bersama amanah Mu yg tidak ternilai ini.

pre gift and birthday card give to him today...


p/s : Rifqi Naqiuddin Bin Rozaiemi..leter ummi kerana syg...marah abah kerana syg...Ummi & Abah tak pernah jemu cuba memberi yg terbaik utk awk. Terima kasih kerana menjadi penyeri dalam hidup ummi dan abah.Kami bertuah menjadi ummi dan abah awk. Kasih dan syg kami kepada Naqiuddin melebihi segala2nya. Thank You Allah..

Wednesday, April 3, 2013

Passport Jemputan Perkahwinan ???


Semalam masa dok membelek gallery kat dalam hp, baru me teringat nak wat entry ni..actually pics ni dah lama me snap, masa balik kg tengok arwah ayah sakit that day. Mula2 me tengok, ingatkan passport sape . Rupa2nya kad jemputan perkahwinan. For me, kad tu memang unik . Jom tengok..:)

Muka depannya
1st page
Jemputan sebelah pengantin perempuan

Peta ke rumah pengantin perempuan

Jemputan ke rumah pengantin lelaki

Peta ke rumah penganti lelaki

Chop tu if x silap me, nama2 yang menjemput

Last page..

Hmm..for me kad jemputan tu memang unik coz tak pernah tengok yang ala2 gitu sebelum ni. Tak tahulah kot korang pernah tengok .


p/s : harga kad tu mesti mahal kan...tapi terpulang pada individu..if bajet mereka lebih utk tu so tak slh...but for me mcm membazir la pulak cz lps tu org buang mcm gitu aje kad tu..:) 



Monday, April 1, 2013

Kedai Makan Upin dan Ipin Seksyen 6 Bandar Baru Bangi


As Salam..sebenarnya dah lama me dok tengok..dok plan nak pi makan kat Kedai Makan Upin Dan Ipin ni, tapi ada aje halangan yang menyebabkan plan tu tertangguh. Dan satu sebab lagi mungkin ianya nampak 'keanak-anakan' kot . Ye la dah sinonim dgn citer kartun Upin Ipin tu kan.

So semalam, en hubby suh me fikir dan bagi idea kat mana nak dinner and for him to break his fast. Manalah agaknya nak pegi, kalau nak ikutkan Bandar Baru Bangi ni memang banyak restoran...kata org bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tinggal rasa aje samada sedap ke tak. Lastly me decided pergi Kedai Makan Upin & Ipin  dan en hubby pun setuju aje. The reason, one thing sbb tak pernah try lagi kat situ and another thing sbb this month is MLP's befday. So if possible I'll to fullfill what he request before . Kebetulan MLP pun masih tak sihat, dan ini salah satu caranya nak bangkitkan selera makan dia. 


Muka happy...
Masuk aje kat dalam memang terasa la Upin dan Ipinnya...sebab...sebabnya kat dalam tu wall paint dan wall border pun gambar Upin Ipin dan karakter2 lain yg ada dalam siri tu. Even kat TV sepanjang berada kat situ,memang ditayangkan cerita Upin Ipin. Ada lagi dijual souvenir Upin Ipin. Aiskrim dan minuman dalam botol pun gambar Upin Ipin yg comel tu.


Souvenir
Dan uniknya kat sini, bila duduk aje dia akan bagi bukan saje menu tapi dgn order form dan pensil sekali. So kita tulis la apa yang nak kita order, then baru dia dtg collect order form tu.

muka tak puas hati , byk makanan  kena pantang cz still batuk 
Selain tu kat sini juga ada kemudahan wifi, boleh le nak berinternet sementara tunggu makanan sampai..hehe..dan yang bestnya masa menunggu pun tak lama. 


our menu..

Sedap ke tak ? For me dan anak tekak 2 hero tu rasa makanan kat sini not bad. Air buah memang terasa buahnya. Mee kari yang me order pun ok coz kuahnya tak terlalu pekat. Nasi lemak MLP pun dia ckp best,even pedas dia still boleh habiskan cuma yang kurang memuaskan sikit menu ayam masak lemak cili api yang en hubby order, katanya kurang pedas. Makanan yang kami order semuanya in set termasuk air*pilihan beberapa jenis air kecuali mee kari aje yang single order.So me order iced white coffee, nice n creamy. Utk MLP pula disebabkan still batuk terpaksa le order air botol blackcurrant Upin Ipin yang unfreeze coz set minuman tu semuanya cold drinks. 

 kusyuk menonton Upin dan Ipin
Pasal harga, rasanya berbaloi la kot, tak mahal dan tak murah. Standard bagi harga makanan kat restoran yang ada gov. tax. 

Haa..betul tak ??
p/s : Alhamdulillah rezeki kami malam ini...^◕‿◕^
Nak tahu detail psl Restoran ni sila refer kat sini

Kebaikan dan Khasiat Barli


Kali ni me nak citer sikit tentang khasiat barli ni. Kebetulan lately MLP asyik demam aje. Pesennya dia ni kalau demam, panasnya naik mendadak especially waktu malam. 

Sebab tu lah bila dia demam tak senang duduk me n en hubby ,bergilir2...   kejap2 masuk bilik dia utk check temperature badan. Pastu basuh kepala dgn air asam jawa*slh satu petua org dulu2 utk turunkan suhu badan. Bila letak cool fever, sekejap je melekat kat dahi dia pastu dia buang...maklulmlah MLP ni orgnya penggeli. So macam2 petua yg kami cuba untuk kurangkan panas badan dia selain bagi ubat doktor.If tak ok juga lastly terpaksalah me bagi ubat yg masuk ikut saluran bawah tu..hehe.

Satu hari tu masa en hubby demam, ada sorang doktor ni suggestkan minum air barli untuk kurangkan panas dalam badan. Before ni me hanya tahu yang air barli ni bagus untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang aje. Happen to be my hero n lil hero ni memang suka air barli, even makan kat luar pun air barli is one of their favourite drink to order...Alhamdulillah ia memang berkesan untuk reduce MLP's body heat...apapun kena ingat semua tu dgn izin Allah s.w.t. TAPI....fyi, doktor tu bagitau jangan beli yang repack atau pun yg dalam plastik sbb katanya dari segi kualiti dan kebersihannya tak terjamin. Dan dia suggest beli yang dalam tin macam kat bawah ni.

V

v
  
Direbus hingga kembang + sedikit grm & gula
Hasilnya
Fyi, Barli ni merupakan bijirin yang berasal dari Timur Tengah. Sebab tu lah pada zaman Rasulullah, baginda s.a.w pernah memberikan sup barli kepada orang yang demam. 

Antara kebaikan2 meminum air barli :-

* Merendahkan kolestrol dalam darah
* Mencegah penyakit kanser
* Mengurangkan risiko kencing manis
* Melawaskan kencing
* Meredakan sembelit
* Meningkat kesihatan buah pinggang
* Menyejukkan panas dalam badan

Dan penting juga untuk kita tahu khasiat yang terkandung dalam bijirin barli. Antaranya :-

* Iron ( Zat besi)
* Magnesium
* Zinc
* Selenium
* Phosporus
* Copper & Niacin 
* Vitamin B1 & B3
* Fiber

p/s : Apapun kita disuruh berusaha mencari penawar untuk setiap penyakit, tiada penyakit yg tidak akn sembuh kecuali mati. InsyaAllah dgn izinNya semua penyakit dpt diubati seiring dgn memohon doa kpdNya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...