Monday, April 1, 2013

Kebaikan dan Khasiat Barli


Kali ni me nak citer sikit tentang khasiat barli ni. Kebetulan lately MLP asyik demam aje. Pesennya dia ni kalau demam, panasnya naik mendadak especially waktu malam. 

Sebab tu lah bila dia demam tak senang duduk me n en hubby ,bergilir2...   kejap2 masuk bilik dia utk check temperature badan. Pastu basuh kepala dgn air asam jawa*slh satu petua org dulu2 utk turunkan suhu badan. Bila letak cool fever, sekejap je melekat kat dahi dia pastu dia buang...maklulmlah MLP ni orgnya penggeli. So macam2 petua yg kami cuba untuk kurangkan panas badan dia selain bagi ubat doktor.If tak ok juga lastly terpaksalah me bagi ubat yg masuk ikut saluran bawah tu..hehe.

Satu hari tu masa en hubby demam, ada sorang doktor ni suggestkan minum air barli untuk kurangkan panas dalam badan. Before ni me hanya tahu yang air barli ni bagus untuk meningkatkan kesihatan buah pinggang aje. Happen to be my hero n lil hero ni memang suka air barli, even makan kat luar pun air barli is one of their favourite drink to order...Alhamdulillah ia memang berkesan untuk reduce MLP's body heat...apapun kena ingat semua tu dgn izin Allah s.w.t. TAPI....fyi, doktor tu bagitau jangan beli yang repack atau pun yg dalam plastik sbb katanya dari segi kualiti dan kebersihannya tak terjamin. Dan dia suggest beli yang dalam tin macam kat bawah ni.

V

v
  
Direbus hingga kembang + sedikit grm & gula
Hasilnya
Fyi, Barli ni merupakan bijirin yang berasal dari Timur Tengah. Sebab tu lah pada zaman Rasulullah, baginda s.a.w pernah memberikan sup barli kepada orang yang demam. 

Antara kebaikan2 meminum air barli :-

* Merendahkan kolestrol dalam darah
* Mencegah penyakit kanser
* Mengurangkan risiko kencing manis
* Melawaskan kencing
* Meredakan sembelit
* Meningkat kesihatan buah pinggang
* Menyejukkan panas dalam badan

Dan penting juga untuk kita tahu khasiat yang terkandung dalam bijirin barli. Antaranya :-

* Iron ( Zat besi)
* Magnesium
* Zinc
* Selenium
* Phosporus
* Copper & Niacin 
* Vitamin B1 & B3
* Fiber

p/s : Apapun kita disuruh berusaha mencari penawar untuk setiap penyakit, tiada penyakit yg tidak akn sembuh kecuali mati. InsyaAllah dgn izinNya semua penyakit dpt diubati seiring dgn memohon doa kpdNya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...