Monday, April 1, 2013

Kedai Makan Upin dan Ipin Seksyen 6 Bandar Baru Bangi


As Salam..sebenarnya dah lama me dok tengok..dok plan nak pi makan kat Kedai Makan Upin Dan Ipin ni, tapi ada aje halangan yang menyebabkan plan tu tertangguh. Dan satu sebab lagi mungkin ianya nampak 'keanak-anakan' kot . Ye la dah sinonim dgn citer kartun Upin Ipin tu kan.

So semalam, en hubby suh me fikir dan bagi idea kat mana nak dinner and for him to break his fast. Manalah agaknya nak pegi, kalau nak ikutkan Bandar Baru Bangi ni memang banyak restoran...kata org bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tinggal rasa aje samada sedap ke tak. Lastly me decided pergi Kedai Makan Upin & Ipin  dan en hubby pun setuju aje. The reason, one thing sbb tak pernah try lagi kat situ and another thing sbb this month is MLP's befday. So if possible I'll to fullfill what he request before . Kebetulan MLP pun masih tak sihat, dan ini salah satu caranya nak bangkitkan selera makan dia. 


Muka happy...
Masuk aje kat dalam memang terasa la Upin dan Ipinnya...sebab...sebabnya kat dalam tu wall paint dan wall border pun gambar Upin Ipin dan karakter2 lain yg ada dalam siri tu. Even kat TV sepanjang berada kat situ,memang ditayangkan cerita Upin Ipin. Ada lagi dijual souvenir Upin Ipin. Aiskrim dan minuman dalam botol pun gambar Upin Ipin yg comel tu.


Souvenir
Dan uniknya kat sini, bila duduk aje dia akan bagi bukan saje menu tapi dgn order form dan pensil sekali. So kita tulis la apa yang nak kita order, then baru dia dtg collect order form tu.

muka tak puas hati , byk makanan  kena pantang cz still batuk 
Selain tu kat sini juga ada kemudahan wifi, boleh le nak berinternet sementara tunggu makanan sampai..hehe..dan yang bestnya masa menunggu pun tak lama. 


our menu..

Sedap ke tak ? For me dan anak tekak 2 hero tu rasa makanan kat sini not bad. Air buah memang terasa buahnya. Mee kari yang me order pun ok coz kuahnya tak terlalu pekat. Nasi lemak MLP pun dia ckp best,even pedas dia still boleh habiskan cuma yang kurang memuaskan sikit menu ayam masak lemak cili api yang en hubby order, katanya kurang pedas. Makanan yang kami order semuanya in set termasuk air*pilihan beberapa jenis air kecuali mee kari aje yang single order.So me order iced white coffee, nice n creamy. Utk MLP pula disebabkan still batuk terpaksa le order air botol blackcurrant Upin Ipin yang unfreeze coz set minuman tu semuanya cold drinks. 

 kusyuk menonton Upin dan Ipin
Pasal harga, rasanya berbaloi la kot, tak mahal dan tak murah. Standard bagi harga makanan kat restoran yang ada gov. tax. 

Haa..betul tak ??
p/s : Alhamdulillah rezeki kami malam ini...^◕‿◕^
Nak tahu detail psl Restoran ni sila refer kat sini

2 comments:

MizzTina said...

byk btl patung dia.. ayam goreng pun mmg spesis upin ipin.. hahaha

Norma NML said...

@MizzTinahahaha..tau tak pe..drumstick jer..tapi tak de pun ayam 2 singgit..2 singgit tu..heee..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...