Friday, May 31, 2013

Restoran Ikan Bakar 4 Rasa Seksyen 3 Bandar Baru Bangi



Sebenarnya dah lama nampak signboard restoran ni, dari hari ke hari asyik tertangguh aje . If tak silap me masa fisrt dulu me tengok namanya Restoran Ikan Bakar Sos.

So semalam after pusing2 dan fikir2 kat mana nak makan, en hubby decide nak berbuka puasa kat situ, At first nak makan ikan bakar aje, but since ikan yang kami nak tu takde kami order la ikan siakap 3 rasa as main menu. MLP pula katanya dah kenyang so dia order aje mee hailam.
Siakap 3 rasa
MLP cakap sedap
wif his 3 layer tea
Sirap 3 layer -  Sorry ye Dling terpaksa letak pic ni ;-) 
Alhamdulillah rasanya boleh tahan, harga pun averagenya ok la kot. Selain drp tu kami order kerabu mangga dan sup sayur termasuk 2 pinggan nasi putih. Air pula fresh oren , sirap 3 layer dan teh 3 layer. Semua tu almost rm50. Tapi yang me rasa tak berbaloi harga ais kosong @ air batu kosong 40 sen segelas.


No hidden..this is what we paid for all that
Nasib me kurang baik, dah kenyang makan... 'angin' datang menyerang. Tang tu jugalah perut ni memulas,makin lama makin kuat. Finally..I vomitting back all I ate . But masih tak ok. Seyesly me rasa sakit tu macam contraction nak bersalin..sakitnya hanya Dia yang tahu...badan berpeluh, tgn jadi kebas. En hubby n MLP pun naik panik. Kelam kabut dok cari klinik yang terdekat. Me ?? Memang dah tak boleh nak fikir dek menahan sakit .

Sebelum ke klinik en hubby drop by dulu beli minyak angin coz risau tengok me yang dok mengerang n sob sob kat sebelah. Sampai klinik , doktor check...katanya...angin* angin oh angin..time ni la ko nak bergurau ye. Apapun me redha..sakit tu kan ujian..:-). Marah kat diri sendiri...sape suh langgar pantang pi minum ais tu..dah la perut kosong.



p/s : Nak tahu detail menu kat Restoran Ikan Bakar 4 Rasa ni, sila klik sini.
Alhamdulillah dah kenyang tapi bukan rezeki makanan tu nak lama dlm perut..

Simple Linguine Bolognese



One of my favourite....pasta bolognese. Bila mana me pegi restoran yang hidangannya ala2 western tu, biasanya it will be my first choice...bolognese..Tapi kali ni me masak atas permintaan MLP...sebenarnya dia nk spaghetti tapi masa nak beli tu takde yg ada tanda halal so me cari la pasta lain..Kalau tak silap ini baru kali ketiga me masak PB kat rumah. 

Bukan la malas coz tak susah pun nak masak tapi memandangkan en hubby tak berapa suka pasta..apa-apa jenis pasta pun. Not to say tak makan langsung tapi tak kena dengan selera dia katanya. So if teringin  kami makan kat restoran aje. Senang citer coz en Hubby boleh order apa yang dia suka.
Me guna resepi yang paling senang dan sangat simple.

Bahan-bahan :-
Setin sos spaghetti Prego
{me preffer kimball coz prego ni rasanya mcm manis sikit,tp masa beli tu x de stok kimball}
Dada ayam yg me cincang halus
{boleh guna minced beef lagi cepat tapi stock takde}
1 labu bawang besar merah di cincang halus
{kuning pun boleh)
Seulas bawang putih di cincang halus
Sedikit minyak untuk menumis
{boleh gunakan butter if nak rasa lebih lemak}
Secawan air 
{boleh digantikan dgn susu cair}

Linguine
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, kemudian masukkan pasta, sedikit garam dan sesudu minyak masak supaya pasta tu tak melekat. Biarkan mendidih , apabila sudah lembut angkat dan toskan.
Cara-cara memasak :-

Sos
Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang sampai sedikit layu, masukkan isi ayam yang telah dicincang, kacau hingga agak keperangan. Masukkan sos prego dan air . Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam dan pati ayam tumix*option utk perasa sbb me guna ayam.Masak selama 10 minit hingga sos agak pekat. Sebenarnya lagi lama kita merebus sos lagi sedap rasanya.
Hasilnya
V
v
It ready
Note : 
Biasanya sos dimasak bersama cendawan butang yang dipotong nipis dan carrot, batang celery dan tomato yang dipotong dadu.{kesemua bahan2 ni dimasukkan selepas isi ayam hampir keperangan.}Bila dah mendidih masukkan sesudu kecil serbuk oregano ataupun italian mixed herba, tapi semua tu me tak letak sebab  kat rumah out of stock .
Dan pagi tadi dah selamat dirasmikan oleh MLP


Bismillahirrahmanirrahim...


Muka msih mengantuk even dah mandi :-)
Alhamdulillah.

p/s : Pagi2 MIL dah cal suruh MLP ikut Anjangnya balik Pahang tghari nanti...hmm Uwan dah rindu sgt la tu...seminggu kami berdua tanpa dia...huhu..gonna miss him so much..


Saturday, May 25, 2013

Roti Jala Pandan wif Sos Coklat



Yahooo...3 days off...bestnya walau pun tak ke mana2 me still happy dok kat rumah melayan dua org tersayang tu. Macam biasa bila cuti gini, macam2 otak ni dok fikir...nak buat buat itu nak buat ini...rajin la katakan.Haha...rajin la ssangat...

Tak mo bebel2, hari ni me dah selamat menjala, bukan menjala ikan tapi jala adunan tepung, maka terjadilah roti jala. Biasanya roti jala berwarna kuning dan di makan bersama kari ayam  kan, tapi kali ni me nak buat Roti Jala Pandan dimakan bersama Sos Coklat.

Roti Jala Pandan 
Bahan2nya

300 gram gandum
2 biji telur gred A*gred A ni biasanya kurang hanyir
4 cawan air pandan
1/2 tin susu cair*optional, klau tk nak letak air aje
 1 sudu kecil pewarna hijau 
2 sudu besar mentega @ marjerin

Kacau kesemua bahan2 tadi hingga sebati, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair . Tapiskan supaya teksturnya cantik. Panaskan kuali leper yg disapu sedikit minyak. Masukan adunan dalam acuan dan boleh la mula menjala..agak2 dah masak boleh la lipat @ gulung dan angkat :-)

Sos Coklat
1 pek kecil milo coklat*optional boleh gunakan serbuk koko
3 sudu besar susu pekat
1 cawan air
3 sudu gula*nak manis boleh tambah gula
2 sudu susu tepung*optianal- x letak pun tak pe
1 sudu besar butter @ marjerin
Sekiranya menggunakan butter masukkan sedikit garam if marjerin x pyh letak garam sbb marjerin biasanya memang rasa masin
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan sos

Masukkan semua bahan2 kecuali tepung jagung  ke dalam periuk. Masak menggunakan api yang perlahan . Sentiasa kacau dan apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air . Masak sekejap hingga kuah pekat. Ok..Dah siap :-)

Hasilnya

v
V


Hasilnya bila dibuat oleh org yang tak berseni...hee...


Since dah besar ni, he always wanna be the 1st tester..MLP 

Alhamdulillah MLP cakap "sedap la ummi, sos coklat ni terbaik punya..nanti buat lagi tau".  Air tangan ummi dia mesti la dia cakap sedap kan..hee..



Thursday, May 23, 2013

My Wish List aka Keinginan



Mood kebosanan...mood nak pergi bercuti....macam2 mood ada..heyyy apa yang me melalut tak tentu pasal ni. Ok...Just nak buat n3 pasal keinginan..boleh dikatakan angan2 la kot.. angan2 me....♫ aangan-aangan..bila mencari pasangan..yang bakal jadi pilihan..♫...haha dah jumpa pun pujaan  me....tiba2 teringat lagu Raja Ema pulak. Lagu yang quite glamer  masa me kecik2 dulu. Back to n3..kat bawah ni

V
v

** My Wish List **

I wish 

To Be A solehah wife to my Imam
Rozaiemi Ghazali...me bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang penyayang...penyabar...yang tak pernah putus asa membimbing me*yg kdg2 terleka..hehe . Syukur padaMu ya Allah .Semoga me menjadi isteri yang solehah buat en hubby...semoga Allah merahmati dan memberkati ikatan suci ini sehingga ke akhir hayat kami. Buat en hubby..InsyaAllah suatu hari nanti..I'll be a fully muslimah as u wish...pray for for me ok and thanks darling coz I know that u never give up. 

To See Him Success Here and Hereafter
Rifqi Naqiuddin bin Rozaiemi...my one*setakat ini la n maybe forever..:) and the only lil prince...Tiada lebih yang me harapkan...selain melihat dia berjaya dalam hidup...berjaya mencapai cita2nya....berjaya didunia dan akhirat sebelum me menutup mata...supaya dia tidak alpa dan leka serta menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t.

To have more kids 
If..If...kalaulah ada rezeki kami...kami nak tambahkan bilangan ahli keluarga...sedihnya bila setiap kali MLP bertanya...menyuarakan kesunyian dia yg bermain sorang2..tambah lagi kawan2 yang asyik bercerita psl adik-beradik...ada dpt adik baru...ada yang sibuk dok cerita main bola dgn abg di padang...kakak yg tolong ajarkan homework...semua tu buat me rasa sedih sangat...ummi faham syg...even ummi & abah pun rindukan suara baby...nasib baiklah kami dah ada seorang baby...big baby and always be...buah hati pengarang jantung kami...Alhamdulillah dia faham bila me bagitahu rezeki tu dtg dari Allah...selalu pesan kat dia..tolong ummi dan abah supaya jgn berhenti berdoa dan minta dgn Allah s.wt  

To bring Chek to Mecca - Perform 5th Rukun Islam
 Yang ni memang niat me dari dulu lagi...since bujang...nak bawa chek dan arwah ayah pergi menunaikan Rukun Islam yg kelima ni...me nak bawa Chek pergi Mekah sebab me tahu chek sudah uzur tak boleh pergi tanpa ditemani someone. Dan someone yang afdal adalah anaknya sendiri. Cuma buat masa sekarang me tak mampu ...Itu NIAT me...semoga Allah murahkan rezeki me..InsyaAllah

To travel to Maldives 
Nak tahu kenapa ??? Sebab I love beach SO much. Me sangat sukakan keindahan laut. Bila me tengok kat internet pics kat sana...Ya Allah..Subhanallah...cantiknya. Seriously bila tengok laut hati me rasa sangat tenang. Haa...berlagak kan me ?? Ye lah..Malaysia pun tak habis nak jejak lagi ada hati nak pergi nun ke Maldives. By the way it my wish..WISH ok...even me tahu..dok mapu la me nak gi denu, maha tuu..mano nak cari pitih..hehe..bak kata hubby if could..if ada duit apapun sebolehnya fisrt trip ke oversea..he hope we can go for umrah dulu. Ok dling..kita pi Maldives Malaysia*Pulau Perhentian dululah ok..hehe..;-)

To have a Big House
Yang ni pun boleh tahan tamak kan ? Apa laa..semuanya wish yang agak mengarut..Mengarut ??? Biar la..my WISH kan ? Nak tahu kenapa me nak rumah yang besar ??Sebabnya me nak rumah tu ada banyak bilik..Motif?? Bukan la nak stand by untuk bakal anak2 me ke....sbb me tahu if ada rezeki Allah nak bagi pun berapa org aje lagi boleh tambah kan...Sebabnya me nak kumpulkan semua adik beradik me duduk dalam satu rumah..dok ramai2...nak merapatkan lagi hubungan kami adik beradik...seronok tengok anak me dan sepupu sepapatnya main kejar2. Dan yang penting me nak chek tengok anak2nya semua di depan mata. So dalam masa yang sama kami adik beradik dapat jaga chek* I want to make her happy...mustahil kan ?? Tapi tiada yang mustahil if dgn izin Allah s.w.t :-). 

Haa...kalau nak diikutkan banyak lagi my wish... tapi karang macam2 pula demandnya...yang penting me cuba berusaha...berdoa dan selebihnya tawakal. If Allah said Kun Faya Kun...so tiada yang mustahil..^◕‿◕^

p/s : Apapun kalau kita expect to much dlm hidup kita takkan menjadi hamba yg bersyukur..skdr peringatan untuk diri sendiri


Wednesday, May 22, 2013

Sambutan Hari Lahir MLP n Kawan2 di SRAI



Semalam balik dari sekolah, MLP beritahu besok cikgu nak celebrate befday dia kat school. Aik...macam pelik la kan coz befday dia dah lama lepas...April hari tu. Bila dia explain baru la faham.Ooo... Rupa2nya guru kelas dia nak adakan sambutan hari lahir secara beramai-ramai untuk anak2 muridnya yang lahir dari bulan Jan - May*if x silap me. Pastu yang Jun sampai Disember  tu akan disambut before cuti akhir tahun. 

Makanan dan kek nya cikgu yang uruskan. Kosnya guna duit kutipan kelas dan MLP bagitau cikgu kelas ada tambah . So dia hanya bawa soft drink sebotol aje. Kat bawah ni pics yang guru kelas dia share. Thanks to Cikgu Haniza.


MLP n The Gang..muka my sport boy yg berkilat..:-)
Selamat Panjang Umur
Here they are...cheerful face...
semoga menjadi anak2 yg soleh

Saturday, May 18, 2013

Pulut Panggang Serunding Daging



Bila En hubby bekerja dihari Sabtu, Si isteri mula la kerajinan*rajin la sgt...hehe. Walaupun badan still not feeling well tapi dek kebosanan so me memulakan 'projek' yang terbengkalai tu.

Niat di hati nak buat pulut panggang ni since bulan lepas lagi. Kebetulan selepas kenduri adik hari tu, me bawa serunding dari kg. Last week pula balik rumah mak mertua, me bawa daun pisang dari sana. Terima kasih ye mak coz tolong ambilkan...almaklumlah menantu mak ni orang kg yang tak berapa nak kg. Banyak yg tak tahu dan banyak benda yg menjadi ketakutan pada me....Hehe...

Ok...back to my project...Pulut Panggang Serunding Daging...resepi ni me dptkan dari internet tapi me ubah sikit sukatannya. Jom kita tengok dulu bahan2 dan cara2nya.

Bahan-bahan
500 gram Beras pulut*if nak byk boleh lah tambah kuantitinya
1 mangkuk pati santan dari sebiji kelapa
Sedikit garam - secukup rasa
Daun pandan
Daun pisang - potong dlm 20cm pjg n lebar 13cm
Lidi tapi me guna stapler aje :-)



Cara-caranya..
Basuh beras dan rendam selama 30 minit, kemudian tos
Masukkan pulut dan 1/3 santan yg telah campurkan sedikit garam ke serta daun pandan dlm loyang.
Kukus selama 15 minit,angkat dan tambah baki santan,kemudian kacau & kukus sekali lagi selama 30 minit. 
Pastikan pulut betul2 masak baru angkat. 


Then boleh lah mulakan proses membalut pulut. Sapukan sedikit marjerin @ minyak msk di atas daun pisang...kemudian letakkan pulut tapi jgn terlalu tebal atau terlalu nipis..then letakkan serunding diatasnya. Gulung dan stapler hujung kiri dan kanan.Sapu sedikit minyak diluar pulut yang sudah dibalut tadi.


Dah siap balut so bolehlah bakar atas pemanggang. Jangan bakar lama sangat..sekadar daun pisang bertukar warna dan keluar aromanya sudah cukup.


Finally...Taraaa....

My 1st trial...alhamdulillah both of my tester said it nice..hehe ;-)

p/s : Utk resepi serunding daging boleh refer sini

Thursday, May 16, 2013

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Penggal 2013-2018




Selesai sudah PRU13 dan semua maklum Barisan Nasional sekali lagi berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan ntuk penggal 2013-2018. Berikut ialah senarai penuh Menteri Kabinet Malaysia yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam.
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin



MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

 Datuk Seri Jamil Khir Bahrom


 Datuk Seri Idris Jala


 Datuk Seri Abdul Wahid Omar


 Tan Sri Joseph Kurup


 Puan Hajah Nancy Shukri


 Joseph Entulu


 Paul low Seng Kuan


 Datuk Seri Shahidan Kassim


TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

 Datuk Razali Ibrahim


 P Waythamoorthy (Waytha Moorthy Ponnusamy)


1. KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah


Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
2. KEMENTERIAN PELAJARAN & PENGAJIAN TINGGI
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II: Datuk Seri Idris Jusoh


Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap


Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan


3. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar


4. KEMENTERIAN KOMUNIKASI & MULTIMEDIA
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari


5. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA & INDUSTRI
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed


Timbalan Menteri: Hamim Samuri


6. KEMENTERIAN SUMBER ASLI & ALAM SEKITAR
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel


Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit


7. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)


Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Abd Aziz: ‘This will be the country’s first largescale commercial farming.’

8. KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang


9. KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman


10. KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri


11. KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri: Datuk Fadillah Yusof


Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


12. KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam


Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya


13. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar


Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan


14. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri: Datuk Richard Riot


Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib


15. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN
Menteri: Datuk Hasan Malek


Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)


16. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim


Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun


17. KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman


Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin


18. KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan


Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique


19. KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN & KOMODITI
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas


Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon


20. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal


Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi


21. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor


Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan


22. KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili


Timbalan Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid


23. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin


Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah


Tahniah....Semoga mereka yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing demi rakyat. Kepada pemimpin yang beragama Islam, galaslah tanggungjawab anda Lillahi ta'ala..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...