Thursday, May 2, 2013

Demam PRU 13....

Wahhh....makin hampir harinya semakin terasa bahangnya. Perang poster dimana-mana . So yang jadi mangsanya ialah pokok-pokok, jambatan, beranda rumah dan tiang-tiang lampu. Bukan mangsa apa, secara tidak langsung jadi 'ejen' tempat mengempen parti-parti dan calon-calon yang bertanding. Hmm..banyak kegunaan 'korang' ni sebenarnya..heee...
Sumber : Google
Tak kurang juga yang perang mulut. Dalam suratkhabar keluar cerita  anak dan bapa bertekak pasal politik...ada juga suami isteri ipar duai tak bertegur sapa sebab tak sependapat. Yang paling teruk ada suami yang sanggup jatuhkan talak sebab politik...Semuanya sebab fahaman yang berbeza. Tak kurang juga bila ada perang yang ala-ala gangster tu..bertetak berparang sana sini. Ya Allah...Astaghfirullahalazim...kenapa lah sampai macam tu sekali...mana pergi iman masing-masing.. negara kita kan mengamalkan sistem demokrasi, so berkempen lah secara  adil dan saksama. Tanpa hasutan ...tanpa sogokan. Be professional.
Macam ni kan bagus - Google search
Me tak berpihak pada man-mana, sebagai rakyat Malaysia yang me inginkan kesejahteraan tanpa meminggirkan  agama Islam. Semua tu tak akan tercapai sekiranya tiada muafakat . So apapun di tangan masing-masing, sudah baca suratkhabar, sudah dengar berita, sudah dengar ceramah dan macam-macam input lagi. Sekarang terpulang pada diri sendiri,fikir dan pangkahlah mana yang terbaik. Yang penting undi adalah rahsia   -

Okey, dah penat me tulis bab gaduh2 bagai. Stress taw.Dah la stress dengan keje. Apa kata kita tengok parti2 yang bertanding pada PRU 13 nanti. Selama ni yang me tahu hanya beberapa parti yang besar2 saja.Rupa2nya banyak lagi yang lain2..hee*malunya
sumber : SPR Malaysia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...