Thursday, May 2, 2013

Kenduri Tahlil Arwah Ayah



Seriously otak me penat sangat...penat dok baca dan tengok video2 pasal PRU13 dari mula penamaan calon hinggalah tamat PRU.  Sampai sekarang pun masih banyak lagi cerita yang tak habis. Pada me permainan dunia ciptaan manusia..siapa yang benar siapa yang salah hanya DIA yang mengetahui segala2nya. 

Pada yang menang , peganglah amanah ini sebaik mungkin. Jagalah kebajikan kami sebagai rakyat Malaysia dan martabatkanlah agama Islam supaya tidak diperlekehkan...bukan apa, nanti di'sana' akan dipersoalkan..so tak salah kita ingat-mengingati kan..??.... -

Oitt...apa la me dok sibuk2 membebel bagai ni, okey..back to the topic...Majlis tahlil arwah ayah yang ke....Kalau nak diikutkan yang ke 40 hari*adat org dulu2 tapi sebenarnya majlis tahlil ni tak ditetapkan pada hari keberapa pun..so tak kisah lah nak buat bila2...tak perlu besar2an janji ikhlas..Lillahi Ta'ala. For info, hari ni genaplah 45 hari arwah ayah meninggalkan kami semua*mood sayu. :'(...bukan me tak redha cuma rindu sgt2 kat arwah. Hmm...terasa cepatnya masa berlalu.

But sadly , me dan seorang lagi adik tak dapat nak balik kampung sempena kenduri tersebut atas sebab2 yang tak dapat dielakkan .So gambar-gambar kat bawah ni hasil dari sumbangan adik me yg bongsu tu.*tq adik :-)

Alhamdulillah, pada hari ini juga tertunailah nazar*if x silap nazar ni becoz arwah sembuh dr sakit kronik yg dihidapi masa me kecil dulu arwah ayah yang sekian lamanya. Seekor kambing putih...memang putih semuanya. Sebab itu lah nazar tu asyik tertangguh....sebelum ni susah sangat nak dapatkan kambing yang seluruh badannya berwarna putih. Alhamdulillah..Allah permudahkan niat kami  adik beradik untuk tunaikan nazar tersebut bagi pihak arwah ayah. Pada majlis itu juga segala fidyah arwah ayah dikira dan dibayar mengikut sukatan beras yang ditetapkan. 

Kambing Putih yang bakal disembelih
Alhamdulillah...
Syukur padaMu Ya Allah...selesai sudah...semoga roh arwah ayah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan org2 yang beramal soleh. Aaminn..

2 comments:

nik ros said...

btol tu.dah bagi menang tu jlnkan la tanggungjwb anda walaupun dari mana parti anda skali pun. yg kalah pun, tak salah pun nak berbakti.

Norma NML said...

@nik rosBetol3..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...