Saturday, May 18, 2013

Pulut Panggang Serunding Daging



Bila En hubby bekerja dihari Sabtu, Si isteri mula la kerajinan*rajin la sgt...hehe. Walaupun badan still not feeling well tapi dek kebosanan so me memulakan 'projek' yang terbengkalai tu.

Niat di hati nak buat pulut panggang ni since bulan lepas lagi. Kebetulan selepas kenduri adik hari tu, me bawa serunding dari kg. Last week pula balik rumah mak mertua, me bawa daun pisang dari sana. Terima kasih ye mak coz tolong ambilkan...almaklumlah menantu mak ni orang kg yang tak berapa nak kg. Banyak yg tak tahu dan banyak benda yg menjadi ketakutan pada me....Hehe...

Ok...back to my project...Pulut Panggang Serunding Daging...resepi ni me dptkan dari internet tapi me ubah sikit sukatannya. Jom kita tengok dulu bahan2 dan cara2nya.

Bahan-bahan
500 gram Beras pulut*if nak byk boleh lah tambah kuantitinya
1 mangkuk pati santan dari sebiji kelapa
Sedikit garam - secukup rasa
Daun pandan
Daun pisang - potong dlm 20cm pjg n lebar 13cm
Lidi tapi me guna stapler aje :-)



Cara-caranya..
Basuh beras dan rendam selama 30 minit, kemudian tos
Masukkan pulut dan 1/3 santan yg telah campurkan sedikit garam ke serta daun pandan dlm loyang.
Kukus selama 15 minit,angkat dan tambah baki santan,kemudian kacau & kukus sekali lagi selama 30 minit. 
Pastikan pulut betul2 masak baru angkat. 


Then boleh lah mulakan proses membalut pulut. Sapukan sedikit marjerin @ minyak msk di atas daun pisang...kemudian letakkan pulut tapi jgn terlalu tebal atau terlalu nipis..then letakkan serunding diatasnya. Gulung dan stapler hujung kiri dan kanan.Sapu sedikit minyak diluar pulut yang sudah dibalut tadi.


Dah siap balut so bolehlah bakar atas pemanggang. Jangan bakar lama sangat..sekadar daun pisang bertukar warna dan keluar aromanya sudah cukup.


Finally...Taraaa....

My 1st trial...alhamdulillah both of my tester said it nice..hehe ;-)

p/s : Utk resepi serunding daging boleh refer sini

2 comments:

Ai One said...

Wow.. pulut panggang inti serunding daging , terliur pulaks rasa bila tengok gambar pulut panggang dengan inti serunding daging nie.. dah lama benar tak makan..

Pulut panggang ni kalau letak serunding ayam atau serunding ikan pun rasanya memang mengancamm.. memang lazatt...

Norma NML said...

@Ai OneTrue..:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...