Sunday, May 5, 2013

Restoran Nasi Ayam Tat Seksyen 15 B.B.Bangi



Lepas teman en hubby melaksanakan tanggungjawabnya sebagai rakyat malaysia*malunya sebab me sendiri tak mengundi pun. Memenuhi permintaan MLP kami jalan2 jap kat Alamanda. Macam biasa, if  keluar mulalah misi mencari tempat nak santap.

Nak makan kat Alamanda rasa macam dah biasa sangat , so we decide untuk try tempat baru. Restoran Nasi Ayam Tat di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. .Hari2 me tengok restoran ni bila balik jemput MLP dari sekolah.Dari luarannya nampak menarik. 

Apa yang me tahu Restoran ni memang ada banyak cawangan lagi di tempat  lain seperti di Wangsa Maju, Taman Sri Gombak , Shah Alam,Cyberjaya  malah kat Kedah pun ada beberapa cawangan di Alor Setar,Sg. Petani & Kulim. Selain drp itu kat Perak pun ada di Kamunting  dan Parit Buntar. Kat Penang also di Taman Perda dan Bertam. Haaa...banyakkan ?..Itulah hasilnya bila me meng'google..Coz me punya pesen kalau nak cuba tempat baru, me akan survey dulu ...ye lah tengok pendapat dari kawan2 blogger sedap ke tak makan kat situ. Then baru me ajak hubby cuba.


Dari sumber yang me baca Tat Nasi Ayam ni diberi nama sempena nama pengasasnya iaitu bernama Mukhtar Abdul Ghani yang lebih dikenali sebagai Abang Tat. Nasi ayamnya not bad, maybe keistimewaannya  rasa sup dia tu sedap dan sesuai dgn anak tekak me. Even nasi dia pun sedap dan tak rasa muak bila makan cuma sos yang dia bagi tu sedikit sgt.Harga pun tak mahal. Untuk nasi ayam biasa yang kami makan baru rm5.50, selain tu banyak menu lain termasuk western food .Kalau nak tahu detail menu boleh layari facebook cawangan2 Tat Nasi Ayam tersebut. Overall harganya standard harga middle class restoran kot. Lapar punya pasal me tak sempat nak snap menu . Just snap pic my permanent model yang tengah makan aje.

'Model' me yang kelaparan..sian anak ummi
If tanya pendapat me, nasi ayam dia not bad...suasana restoran pun ok..nampak kemas dan bersih. Pekerja pun muka manis aje,seriously me memang tak suka pergi restoran yang pekerjanya masam mencuka..hilang mood nak makan tau. Dan yang penting servicenya cepat. Yang me cerita ni pasal cawangan BBB ye, cawangan lain tu me tak tahu. Cuma sedikit upset wifi dia hard to connect..hehe..me kan suka bertenet and so sorry to say tangtu me memang concern...^◕‿◕^

So,kalau nak tahu peta lokasinya boleh tengok kat sini. No telefon tu bila call memang jrg pick up ...tak tahu masih valid ke tak. Tapi kalau nak booking utk tapau @ booking tempat boleh la call  no hp ni 019-2244777.

p/s : ok..apapun alhamdulillah atas rezeki yg Allah beri pada kami..syukran...^◕‿◕^

2 comments:

nik ros said...

sedapnyer nasi ayam.feveret nik la ni.nanti boleh pi try :)

Norma NML said...

@nik rosye ke..sama cam anak akak la ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...