Saturday, May 25, 2013

Roti Jala Pandan wif Sos Coklat



Yahooo...3 days off...bestnya walau pun tak ke mana2 me still happy dok kat rumah melayan dua org tersayang tu. Macam biasa bila cuti gini, macam2 otak ni dok fikir...nak buat buat itu nak buat ini...rajin la katakan.Haha...rajin la ssangat...

Tak mo bebel2, hari ni me dah selamat menjala, bukan menjala ikan tapi jala adunan tepung, maka terjadilah roti jala. Biasanya roti jala berwarna kuning dan di makan bersama kari ayam  kan, tapi kali ni me nak buat Roti Jala Pandan dimakan bersama Sos Coklat.

Roti Jala Pandan 
Bahan2nya

300 gram gandum
2 biji telur gred A*gred A ni biasanya kurang hanyir
4 cawan air pandan
1/2 tin susu cair*optional, klau tk nak letak air aje
 1 sudu kecil pewarna hijau 
2 sudu besar mentega @ marjerin

Kacau kesemua bahan2 tadi hingga sebati, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair . Tapiskan supaya teksturnya cantik. Panaskan kuali leper yg disapu sedikit minyak. Masukan adunan dalam acuan dan boleh la mula menjala..agak2 dah masak boleh la lipat @ gulung dan angkat :-)

Sos Coklat
1 pek kecil milo coklat*optional boleh gunakan serbuk koko
3 sudu besar susu pekat
1 cawan air
3 sudu gula*nak manis boleh tambah gula
2 sudu susu tepung*optianal- x letak pun tak pe
1 sudu besar butter @ marjerin
Sekiranya menggunakan butter masukkan sedikit garam if marjerin x pyh letak garam sbb marjerin biasanya memang rasa masin
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan sos

Masukkan semua bahan2 kecuali tepung jagung  ke dalam periuk. Masak menggunakan api yang perlahan . Sentiasa kacau dan apabila mendidih, masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan air . Masak sekejap hingga kuah pekat. Ok..Dah siap :-)

Hasilnya

v
V


Hasilnya bila dibuat oleh org yang tak berseni...hee...


Since dah besar ni, he always wanna be the 1st tester..MLP 

Alhamdulillah MLP cakap "sedap la ummi, sos coklat ni terbaik punya..nanti buat lagi tau".  Air tangan ummi dia mesti la dia cakap sedap kan..hee..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...