Friday, May 31, 2013

Simple Linguine Bolognese



One of my favourite....pasta bolognese. Bila mana me pegi restoran yang hidangannya ala2 western tu, biasanya it will be my first choice...bolognese..Tapi kali ni me masak atas permintaan MLP...sebenarnya dia nk spaghetti tapi masa nak beli tu takde yg ada tanda halal so me cari la pasta lain..Kalau tak silap ini baru kali ketiga me masak PB kat rumah. 

Bukan la malas coz tak susah pun nak masak tapi memandangkan en hubby tak berapa suka pasta..apa-apa jenis pasta pun. Not to say tak makan langsung tapi tak kena dengan selera dia katanya. So if teringin  kami makan kat restoran aje. Senang citer coz en Hubby boleh order apa yang dia suka.
Me guna resepi yang paling senang dan sangat simple.

Bahan-bahan :-
Setin sos spaghetti Prego
{me preffer kimball coz prego ni rasanya mcm manis sikit,tp masa beli tu x de stok kimball}
Dada ayam yg me cincang halus
{boleh guna minced beef lagi cepat tapi stock takde}
1 labu bawang besar merah di cincang halus
{kuning pun boleh)
Seulas bawang putih di cincang halus
Sedikit minyak untuk menumis
{boleh gunakan butter if nak rasa lebih lemak}
Secawan air 
{boleh digantikan dgn susu cair}

Linguine
Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, kemudian masukkan pasta, sedikit garam dan sesudu minyak masak supaya pasta tu tak melekat. Biarkan mendidih , apabila sudah lembut angkat dan toskan.
Cara-cara memasak :-

Sos
Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang sampai sedikit layu, masukkan isi ayam yang telah dicincang, kacau hingga agak keperangan. Masukkan sos prego dan air . Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam dan pati ayam tumix*option utk perasa sbb me guna ayam.Masak selama 10 minit hingga sos agak pekat. Sebenarnya lagi lama kita merebus sos lagi sedap rasanya.
Hasilnya
V
v
It ready
Note : 
Biasanya sos dimasak bersama cendawan butang yang dipotong nipis dan carrot, batang celery dan tomato yang dipotong dadu.{kesemua bahan2 ni dimasukkan selepas isi ayam hampir keperangan.}Bila dah mendidih masukkan sesudu kecil serbuk oregano ataupun italian mixed herba, tapi semua tu me tak letak sebab  kat rumah out of stock .
Dan pagi tadi dah selamat dirasmikan oleh MLP


Bismillahirrahmanirrahim...


Muka msih mengantuk even dah mandi :-)
Alhamdulillah.

p/s : Pagi2 MIL dah cal suruh MLP ikut Anjangnya balik Pahang tghari nanti...hmm Uwan dah rindu sgt la tu...seminggu kami berdua tanpa dia...huhu..gonna miss him so much..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...