Friday, June 28, 2013

Amalan Sunat di hari Jumaat



Salam Jumaat
Semua tahu kan, hari jumaat adalah penghulu hari bagi umat Islam ...Kaum Kristian  pula dgn Ahadnya, tapi rasanya tak semua tahu yang kaum  Yahudi pula berbangga dgn hari Sabtunya . 

Sekadar perkongsiaan di hari Jumaat yg mulia...

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.


“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.).

Sumber from google



Thursday, June 27, 2013

Tak pe la...Alhamdulillah..^︵^



Mood sentap...sedih ada...geram pun ada..tak sangka. Ingatkan bila berkawan tu ikhlas. Kalau menyatakan ketidakpuasan hati boleh lagi terima. Tapi apa masalahnya bila itu tak de kena mengena atau menyusahkan dorang kenapa perlu concern ??

Sekadar berkongsi, minta menjadi 'kawan'..diterima...tapi dalam masa yang sama cakap belakang....kelabu ke mata korang atau PHD dalam diri tu tebal..atau korang spesis manusia yg tak boleh tengok orang senang atau happy??? Kalau tak suka sila unfriend/unfollow me ok..senang cerita.

MAYBE I'M NOT GOOD ENOUGH
BUT
I'M NOT STUPID WHEN YOU'RE TEASING ME OK !!! 



I love this proverbs

"Pay no attention to those who talk behind your back
because it only means you're two steps ahead "

Apa yang mampu me cakap....

Terima kasih wahai kawan

 ..الحمد لله..


p/s : Tah2 baca blog me pun kutuk kat belakang gak..
Apapun terima kasih banyak2. Kawan ada macam2 jenis kawan..hmm

Wednesday, June 26, 2013

Takwim Waktu Berbuka Dan Imsak 2013 /1434H



InsyaAllah, lebih kurang 12 atau 13 hari lagi, umat Islam di seluruh Malaysian menyambut bulan Ramadhan al Mubharak. Hmm...tak sabar rasanya nak berpuasa walaupun tahun ni ada perubahan besar dalam keluarga kami... 2013 ~ 1434H, Ramadhan pertama kami tanpa ayah tersayang. 

Masih terbayang lagi masa childhood dulu, malam menjelang Ramadhan arwah ayah tak henti2 remind kami supaya tak lupa niat puasa. Bila waktu nak berbuka pula, radio mesti pasang kuat2 sebab nak dengar azan Maghrib. 

Ya Allah..terlalu banyak kenangan dgn arwah ayah yg me rindu*:'(...dan yg pasti adik-beradik me juga. Yang lebih terasa pastinya Chek sebab sejak anak2 merantau hanya dia berdua dgn arwah ayah aje kat rumah tu. Hopefully as plan Chek jadi nak datang sini berpuasa dengan kami.

Ok ok...tak mo sedih gitu...macam biasa bila nak puasa masing2 sibuk cari Takwim dan Jadual waktu berbuka kan. Untuk yg tercari2 tu boleh la tengok kat bawah ni. Sumber dari JAKIM



Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 

Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

4.   Negeri Johor

Print la ikut negeri kat mana korang stay ok.

p/s : Rindukan arwah ayah sgt2...al fatihah..semoga arwah ayah sentiasa tenang disana. 

Genap 100 hari...



Hari ini genaplah 100 hari arwah ayah kembali ke rahmatullah. Meninggalkan banyak kenangan terindah buat me sekeluarga. Kenangan yang pasti akan me kenang dan rindu sampai bila2 . Lebih2 lagi Ramdhan yang bakal menjelma seterusnya Syawal yang pertama tanpa ayah tercinta. Apapun ...setiap milik Allah akan kembali padaNya..doa kami sentiasa mengiringi ayah..semoga arwah ayah tenang disana dan bersama mereka yg beriman..Aamiin...






Amiin Ya Rabbal 'Alamin.

p/s : Ya Allah...aku terlalu rindukannya...tabahkan hati hambaMu ini Ya Allah....:'(

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu...Musibah atau Bencana??



Jerebu oh jerebu
Kelam pandangan mata ku kelabu
Jerebu oh jerebu
Nafas ku sesak hidung pun sebu

Subhanallah...Ya Allah..bila lah agaknya nak berakhir jerebu ni....Sekadar peringatan untuk diri sendiri....hargailah nikmat yang Allah berikan sementara ada tetapi jangan pula sampai kita alpa dan leka dengan nikmat yang diberikan. Nauzubillah...

Jerebu hari ni makin teruk,MLP masih dicutikan sekolah. Petang semalam otw , terdengar Ustaz dalam rancangan Ibrah Surah kat IKIM.fm pasal jerebu..tajuk topiknya Jerebu Yang Melanda : Adakah musibah atau bencana?

Menarik topik tu tapi me sempat dengar sekejap aje, antaranya kat dalam topik tu Ustaz*kalau tak silap nama ustaz tu Ustaz Syaari Abdul Rahman ada share satu surah mengenai asap, yang disebutkan dalam al Quran, tentang wujudnya asap ini sebagai salah satu tanda2 kita berada diakhir zaman.

Surah ad-Dukhan ayat 10-11

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ. الدخان:
Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih

Marilah kita sama-sama melakukan solat hajat dan berdoa meminta serta merayu pada DIA supaya ampunkan dosa2 kita dan turunkan hujan. Kita disuruh banyakkan berzikir dan muhasabah diri disebalik bencana ini,  bukannya saling menuding jari menyalahkan satu sama lain. 



Pemandangan jerebu di Putrajaya - sumber by HM
Sila pakai mask bila berada di luar - sumber by google
Sebolehnya pakailah mask bila keluar rumah. Paling bagus jika kita gunakan tuala kecil yang dibasahkan sebab ia mengandungi unsur oksigen yang baik untuk pernafasan.

p/s : Kalau nak check IPU -Indeks Pencemaran Udara Terkini sila refer kat sini

Dari simpati jadi geram...^◕︵ ◕^





Sampai hari ni masih terbayang muka lelaki tu. Astaghfirullahal'azim, petang semalam sementara menunggu waktu berbuka kat Tat Nasi Ayam Seksyen 15 Bandar Baru Bangi tu. Haa...saja me mention tempat tu , manalah tahu kemungkinan korang juga akan mengalami situasi yg sama macam me kan.

Sekarang kita tengok ramai penjaja dari Thailand yg menjaja keropok di gerai2 makan dan di stesen2 minyak. Ok..bagus sebenarnya sebab dorang mencari rezeki dengan cara yang betul..cara yg halal . Me pun pernah beli even harganya sedikit mahal dan rasa dia sedikit manis...maknanya tak kena dengan tekak me sebagai orang Kelantan yang memang dah biasa makan keropok ikan ni .Tapi disebabkan atas dasar simpati sesama Islam... dgn cerita pakcik tu...kesian dengan penat dia berjalan menjinjing plastik yg berat tu so me beli keropok dia.

Nak dijadikan cerita,semalam kat restoran tu dtg sorang lelaki...dalam pertengahan 20an kot...menjual keropok dari Thailand katanya. Ok..memulakan cerita yg biasa kami dengar dari penjaja keropok ni..dgn muka yg humble bercakap dlm loghat Thailand, betapa susahnya hidup dia di kg, nak cari makan untuk keluarga kat sana..merayu en hubby beli keropok dia, kami menolak dgn cara baik dgn alasan kat rumah masih banyak stok*sbb mmg ada keropok yg kami bawa dr kelantan that day. Tapi dia still merayu dlm paksa suruh kami beli. Bila still cakap tak nak, dia mula tunjuk true color sikap dia yg sebenarnya.

Kalau mula2 dtg ke meja kami, sapaan lembut dengan bersalam dgn kedua belah tangan. Tapi bila kami menolak, sikapnya 100% berubah, nak belah pun dengan muka masam...bersalam nak tak nak dengan sebelah tangan macam omputih siap shake tgn en hubby, dan yang paling me bengang dan tak tahan tu...ergh...serius masih tergiang2 kat telinga ni kata2 dia.

" Hampeih!!

Pastu mumbling dlm loghat Kelantan Siam yang tak berapa sedap didengar...woiii..sedar tak dia yg me ni org Klate. Panas telinga me dibuatnya. Biasanya if penjaja macam tu, kalau kami tak beli brg pun at least atas dasar simpati kita boleh bagi dorang sedikit sumbangan ikhlas walaupun tak banyak*tapi ada setengah tu tak nak terima.. tapi disebabkan sikap dia tu, terus jadi bengang . Sebab bengang tu sampai me tulis panjang lebar dan wondering ,betul ke dia ni susah atau sekadar berlakon ??. Astaghfirullah'azim...

p/s: MLP ckp,ummi tengah puasa jgn mrh nanti kurang pahala puasa..alamak..ye ke..:-)
Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu ini..

Monday, June 24, 2013

Lompat Tikam aka Lopat Tike..Yummy..




Sabtu lepas kan tak keje...seronok sangat2...bukan apa...if sabtu tak keje, semua keje rumah dpt dibereskan. So ahad masa untuk bersantai dgn dua orang yang tersayang...keluar jalan2 dan cari2 makan...sambil window shopping dan shopping kalau ada yang berkenan dan ofkos kalau ada ongkosnya la kan ..:-).

Kebetulan hari tu me dan en hubby berpuasa,so dok fikir nak masak apa agaknya untuk berbuka nanti. Misi meng'google' , ternampak la gambar lompat tikam ni. Lagi terliur bila nampak pulutnya yang merah menyala tu...aishh...puasa deyy..apa melalut ni. 

Dah siap mengemas, masuk dapur dgn  misi ...hehe. Anak bujang pun menyibuk sama...nak jadi masterchef junior katanya.


The making..hehe..

Dah siap...pic lapisan hijau lupa nak snap

 
Finally...yg kiri belah ats tu onde2 yea..x termasuk dlm menu lompat tikam ok...:-)

Alhamdulillah...Selamat Berbuka..:-)
Resepi ni me ambil dari blog Kak aziejaya ..Tq akak. Resepi akak senang nak follow..step by step. Sedap pulak tu. Sesape nak resepinya boleh la refer kat sini


p/s : Pelik dgn manusia yg sibuk dok pertikaikan tentang amalan dan puasa sunat di bulan Rejab & Syaaban ni. Sekiranya yg kita buat utk kebaikan selagi tidak bertentangan dgn agama & ajaran Islam, rasanya tak salah kan ?? Lagipun ianya adalah kesinambungan amalan para ulama'.


Saidina Zaid r.a berkata bahawa:
"Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasamu di bulan Sya'ban dengan lain-lain bulan kecuali bulan Ramadhan". Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Itulah bulan Sya'ban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Allah Tuhan sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa".                     (Riwayat  Ahmad)

Saturday, June 22, 2013

Walaupun dia anak lelaki..♂




Hari ni en hubby keje, berdua aje la kat rumah. Macam biasa sabtu adalah hari untuk me mengemas rumah yg terkumpul pada hari2 bekerja tu. Tapi hari ni macam lemau aje, maybe sebab jerebu kat luar tu mempengaruhi mood me kot...

Baru aje nak menyapu lantai, tiba2 MLP ..."ummi, boleh Iqi tolong tak, ummi kan puasa...mesti penat". Hmm..ok juga tu...at least boleh latih dia ...dalam masa yang sama dia tahu macam mana penatnya ummi dia ni nak kemas bila dia sepahkan barang .Before this me hanya  biasakan MLP kemas bedroom dia aje. Now me dah ada helper baru...if not biasanya en hubby ayg akan tolong if bab kemas mengemas ni.

Terpaksa blurkan  part tu nanti dia marah ..hehe

Yg ni me x galakkan..risau frame tu jatuh tapi dia nak buat juga

Alhamdulillah...ringan kerja ummi...thank you sayang...mudah2an sampai berumahtangga rajin camni, senang hati bakal isteri nanti..:-)

Friday, June 21, 2013

Kejadian Malam Jumaat....



Kejadian ni masa kami menunggu kepulangan adik beradik ke kampung sempena Raya. Salah seorang dari abang tengah on phone dengan sorang lagi abang yang dalam perjalanan. Tiba2 talian terputus, bunyi dentuman kuat . Kami semua terkejut..Hah !!!???. Ada accident ???

Ya Allah...hancur luluh hati kami bila yang terlibat adalah ........Macam tak percaya...Kami semua meraung...me menangis teresak-esak. 

V
V
v
v

Astaghfirullahal 'Adzim ...

V
v
Laaa...rupa2nya ...



Ya Allah...jauhilah aku, keluargaku dan saudara maraku dari segala malapetaka bahaya. Lindungilah kami Ya Allah.Ambillah nyawa kami dalam keadaan khusnul khotimah.


 اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan khusnul khotimah”



 آمِيّنْ آمِيّنْ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ 

p/s : laaa...real punya sedih sampai basah my pillow...x sanggup me nak recall mimpi tu derr...erghh..sedih syiot tu..

Thursday, June 20, 2013

Klinik 1 Malaysia



Sebelum ni me pernah tulis pasal Kedai Rakyat 1 Malaysia. Kali ni me nak tulis pula pasal Klinik 1 Malaysia. That day....masa me tulis pasal TBS tu...kan me tulis macam2 kemudahan yang ada tu. Antaranya ialah Klinik 1 Malaysia.

Pada mulanya tak perasan pun ada klinik kat terminal tu, balik dari KL before baik LRT kami dok sibuk mencari toilet dan surau. So kami lalu betul2 depan klinik tu. Happen tu masa tu MLP baru kena flu. 

Saja nak test service kat situ, sekejap aje dah siap.Masuk..daftar..timbang berat, jumpa doktor*atau pegawai perubatan kot lepas tu kat situ juga dia bagi ubat. Maybe takde patient lain kot. Tapi yg penting dan me suka sebab staff yang peramah*sorry to say la, bsanya if me pegi kaunter goverment most of them memang mhl dgn senyuman...tapi bukan semua ok.Bayaran yang dikenakan hanya rm1 sama bayaran macam klinik kesihatan.

Cuma keistimewaannya klinik 1 Malaysia ni ia dibuka 7 hari seminggu termasuklah public holiday. So untuk yang tak berkemampuan tu if ada family yang demam @ sakit ke, tak payah la nak tuggu hari bekerja baru nak pegi klinik.


SENARAI KLINIK 1 MALAYSIA

1. Klinik 1Malaysia Kangar, No 6 Grd Floor, Jalan Lintasan Kangar, Taman Pertiwi, Kangar, Perlis

2. Klinik 1Malaysia Bandar Puteri Jaya, No 41, Grd Floor, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani,Kedah

3. Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari, No 208, Jalan Kota Kenari 3 shophouses, Taman Kota Kenari, Kulim,kedah

4. Klinik 1Malaysia Jelutong, 116, Grd Floor, Jalan Jelutong,Pulau Pinang

5. Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar, No 6, Kedai 1 Tingkat, Lorong Teluk Air Tawar 14, Butterworth,Pulau Pinang

6. Klinik 1Malaysia Batu Kawan, No 19, Lorong Cempaka 1, Taman Cempaka, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan,Pulau Pinang

7. Klinik 1Malaysia Sungai Ara: 2A1, Tkt Kenari 5, Taman Desa Ria, Sungai Ara, Bayan Lepas,Pulau Pinang

8. Klinik 1Malaysia Alma Jaya, No 38, Grd Floor, Lorong Alma Jaya 11, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam,Pulau Pinang

9. Klinik 1Malaysia Teluk Intan, No 1, Taman Medan Maharaja, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan,Perak

10. Klinik 1Malaysia Bandar Seri Iskandar, No 32, Blok D, Bandar Seri Iskandar shophouses, Perak Tengah,Perak

11. Klinik 1Malaysia Aulong, No 51 dan 53, Jalan Medan Bersatu, Taman Medan Bersatu, Taiping,Perak

12. Klinik 1Malaysia Bercham, No 6A1 dan 10, Persiaran Medan Bercham 7, Pusat Bandar Bercham Timur, Ipoh,Perak

13. Klinik 1Malaysia Lembah Subang, No 112 dan 113, Blok A, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya,Selangor

14. Klinik 1Malaysia Seri Setia, Community Hall, Jalan 230, Seksyen 51 A, Petaling Jaya]],Selangor

15. Klinik 1Malaysia Puchong Intan, Multipurpose Hall, Jalan 1, Puchong Intan, Batu 12, Puchong,Selangor

16. Klinik 1Malaysia Kota Kemuning, Sri Nevilia Hardcore Poor Housing Programme, Kota Kemuning, Shah Alam,Selangor

17. Klinik 1Malaysia Taman Samudera, Taman Samudera, Batu Caves,Selangor

18. Klinik 1Malaysia Perkasa, B01, Blok B, Perkasa People’s Housing Programme, Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan,Kuala Lumpur

19. Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, B01 , Kuala Lumpur City Hall Quarters, Jalan Pantai Permai 1, off Jalan Pantai Dalam

20. Klinik 1Malaysia Taman Melati, Gombak Community Centre, Taman Melati,Kuala Lumpur

21. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, B005, PPR Intan Baiduri, Kepong Utara, Mukim Batu, 
Kepong,Kuala Lumpur

22. Klinik 1Malaysia Desa Rejang, Blok B00, PPR Desa Rejang, Setapak,Kuala Lumpur

23. Klinik 1Malaysia Taman Rasah Jaya, No 3773 (Grd Floor), Jalan RJ611, Taman Rasah Jaya, Negeri Sembilan

24. Klinik 1Malaysia Taman Seremban Jaya, No 2294 (Grd Floor), Jalan SJ10/1, Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan

25. Klinik 1Malaysia Taman Semarak 2 Nilai, PT 5742 (Grd Floor), Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai,Negeri Sembilan

26. Klinik 1Malaysia Taman Merdeka, Batu Berendam, No 39, Jalan M1, Batu Berendam,Melaka

27. Klinik 1Malaysia Bukit Katil, 17, Jalan IKS, Bukit Katil,Melaka

28. Klinik 1Malaysia Sri Pengkalan, Alor Gajah, KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah,Melaka

29. Klinik 1Malaysia Taman Megah Ria, No 15 dan 15A, Jalan Bayan 37/2, Taman Megah Ria, Masai, Johor

30. Klinik 1Malaysia Taman Manis, No 392, Jalan Manis 17, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulaijaya, Kulai,Johor

31. Klinik 1Malaysia Stulang Laut, Blok G, Sri Stulang 1 Flat, Bakar Batu, Johor Baru,Johor

32. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Alam, Blok A, Sri Alam Flat, Masai, Johor Baru,Johor

33. Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, JKKMB Hall, Taman Seri Lambak, Kluang,Johor

34. Klinik 1Malaysia Kempadang, No 2E, Lot 4629, Kampung Kempadang, Kuantan,Pahang

35. Klinik 1Malaysia Padang Jaya, Grd Floor, B32, Kampung Padang Jaya, off Jalan Sungai Lembing, Kuantan,Pahang

36. Klinik 1Malaysia Temerloh, No 12, Grd Floor Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan, Temerloh,Pahang

37. Klinik 1Malaysia Bukit Payong, Marang, No 8216, Tkt Bawah, Permint shophouses, Bukit Payong, Marang,Terengganu

38. Klinik 1Malaysia Wakaf Baru, Kuala Terengganu, Lot PT30712, Wakaf Baru, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu,Terengganu

39. Klinik 1Malaysia Binjai, Kemaman, GM562, Lot 1190, Mukim Binjai, Kemaman,Terengganu

40. Klinik 1Malaysia Sri Cemerlang, Lot 348, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, Kota Bharu,Kelantan

41. Klinik 1Malaysia Jelawat, Lot 34, Bandar Jelawat, Bachok,Kelantan

42. Klinik 1Malaysia Pengkalan Batu, Lot 633B, Kampung Pengkalan Batu Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas,kelantan

43. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Indah Tawau, Lot 334, TB 15058, Batu 10, Jalan Apas, Tawau,Sabah

44. Klinik 1Malaysia Bundusan Square, Lot 67, Grd Floor, Blok H, Bundusan Square, Penampang,Sabah

45. Klinik 1Malaysia Sandakan, Lot 7A dan 7B, Grd Floor Blok B Bandar Leila, Jalan Leila, Sandakan,Sabah

46. Klinik 1Malaysia Kota Kinabalu, Lot 37, Grd Floor, Blok E, Fasa 2 Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu,Sabah

47. Klinik 1Malaysia Jalan Teku, Sibu, Lot 302, Blok 7, Teku Road, Sibu,Sarawak

48. Klinik 1Malaysia Matang Jaya, Lot 9746, Seksyen 65, KTLD Taman Lee Ling, Jalan Matang, Kuching,Sarawak

49. Klinik 1Malaysia Taman Tunku, Lot 2350, Blok 5, LLD Jalan Kuching, Taman Tunku, 
Miri,Sarawak

50. Klinik 1Malaysia Sungai Plan, S/L 517, Sungai Plan, Tanjung Kidurong, Bintulu,Sarawak

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Nak tahu lanjut pasal klinik 1 Malaysia boleh refer kat sini.

❤Selamat Panjang Umur Darling❤



Alhamdulillah...Hari ni meningkat setahun lagi umur En Hubby. Syukur padaMu Ya Allah kerana melindungi  dan memanjangkan umur imam ku..

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke....buat En Hubby tercinta dan tersayang...Semoga dianugerahkan kesihatan yg baik, dipjgkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga sentiasa mendapat limpahan rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. 





We both love you forever...till the end of time...Thanks for what u give for us..Appreciate it a lot..



p/s : Nanti kita celebrate bday sama2 yea.. -

Wednesday, June 19, 2013

Hadiah Untuk Abah



Dialog me and MLP malam minggu lepas.

MLP : Ummi, esok hari bapa kan ?
Ummi : Ha a
MLP : Iqi nak bagi hadiah kat abah.
Ummi : Ok..boleh...nak beli ape ? 
MLP : Iqi ingat nak beli posh bag, ok tak ummi ?
Ummi : hmm..posh bag tu dah biasa sgt, cuba beli benda yg abah suka
MLP : Apa dia ?
Ummi : Ingat tak, hari tu abah ckp nak sangat pakai kurta, apa kata Iqi belikan kurta.. kalau tak cukup duit ummi tambah .
{for info if hari bapa @ hari ibu, MLP akn guna duit tabung utk beli hadiah tp me hadkan jumlah yg dia boleh spend, bukan apa..nak biasakan dia menghargai nilai duit}
MLP : Ok, bila nak beli ?
Ummi : Camni, esok kan kita nak pegi KL so kita beli la.
MLP : Ok....:-) 

So weekend tu as planned, kami ke KL tuk shopping some of baju Raya MLP's. Kebetulan kat Ground floor Sogo ada sales untuk Men's Department. MLP tiba2 aje menyinggah kat tempat jual wallet Alain Delon..design memang cantik..harga not bad..kira ok la. So dia ckp nak beli tu utk hadiah abah. Dia dah lupa asalnya nak beli kurta tu. If me ckp 'no' for sure spoiling his mood. The best way, me suruh dia tanya sendiri en hubby which one he like wallet or kurta. 

MLP : Abah, suka tak wallet ni ?
En Hubby : Suka
MLP : Cantik tak ?
En hubby : Cantik, tapi wallet abah baru lagi
MLP : Abah nak tak ? Iqi nak hadiahkan*terkantoi sudah..konon nak surprise 
untuk abah. Abah, nak nak wallet ke nak kurta ?
{after me remind him what his abah's like}
En hubby : Mesti la kurta...{tersenyum dgn muka terkezut coz tak sangka kami nak surprisekan dia..hehe...}
MLP : Ok..{dgn muka puas hati ikut me ke kids's department}

Finally we found that kurta but not in KL...back to Bandar Baru Bangi dan bought it there.


Soft cotton Light brown kurta for abah


Tuesday, June 18, 2013

Kenapa Perlu Riak Dan Sombong...




RIAK...SOMBONG...BONGKAK...ramai dikalangan kita yang tak sedar kdg2 dalam diri ada wujud perasaan sedemikian. Me bukan nak mengata orang lain...even me sendiri pun tak sempurna, kdg2 kita sendiri tak sedar tapi orang sekeliling kita menyedarinya. So pada kawan2 yang terperasan tu tegurlah seikhlasnya...secara baik tanpa menyindir.InsyaAllah dengan cara yang demikian me dapat membaiki kekurangan diri. 

Jangan terlalu bangga dan riak, nanti kita tak sedar bahawasanya nikmat, kesenangan dan kemudahan  yang Allah s.w.t bagi tak kekal lama. Sekelip mata sahaja  Dia boleh tarik semua tu. Nauzubillah min zalik. Jangan kita menjatuhkan orang lain hanya untuk kepentingan sendiri.

Maksud Surah Al Baqarah ayat 264


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Sumber en google
Nauzubillah Min Zalik


Ya Allah...semoga me dijauhi dari sifat2 sedemikian, semoga Engkau tidak putus memberikan petunjuk dan hidayah supaya menjadi hambaMu yang lebih baik. Aaminn..

p/s : #feel upset when people not appreciating but condemning#
*** Alhamdulillah***

Monday, June 17, 2013

Terminal Bersepadu Selatan aka TBS


TBS...kalau dulu puas la me ni dok fikir mende la maksud TBS ni. Ye la... dulu bila nak ke KL dan happen to be en hubby tak nak drive, dia akan park kereta kat sini dan kami naik LRT aje. Tak payah nak fikir jalan jem...dengan susah nak dapat parking lagi. So katanya baik naik LRT, terus sampai destinasi dan dia pun relax coz tak payah nak berpenat drive ... Bagi yg tak tahu, stesen ni adalah stesen pertukaran untuk tren komuter,LRT aliran Ampang, KLIA transit - ERL dan juga Rapid KL. Kalau nak tahu detail pasal stesen lama ni boleh refer kat sini ye.
Yg ni laluan nak naik ke tempat parking ats tu - parking bawah pokok je dgn byrn rm2/jam
{ sumber mr. google}
Yg ni entrance nak ke stesen

Pemandangan kat stesen ...sempoi sangat...
Sebenarnya semalam 1st time me jejakkan kaki ke TBS, totally..100% berbeza. Nak ke parking aje dah berpusing kena u turn bagai. Parking lak berlevel2*if tk silap kat dlm tu level 4,5 n 6. Masa kami sampai tu level 4 & 5 dah penuh so kami park aje kat level 6. Parking fee memang murah aje rm3/day. Dek kerana 1st time parking kat sini, to play safe en hubby selalu wat keje ni, snap pic tempat kereta kami park...cam gini..haa. 
Tersergam indah TBS pemandangan dari luar {sumber dr en google}

Masuk aje kat dalam, not bad...macam2 kemudahan  yang ada kat situ, bab terminal tu tak payah ckp la, macam2 brg yg di jual so sementara tunggu waktu bas gerak ke boleh la cuci mata kat kedai kasut ke..kedai tudung ke...makan dulu ke...selain dari tu banyak lagi kemudahan lain .



Kat bawah ni me tunjukkan pemandangan kat dalam tu hasil carian en google..:-)






Yang ni pula 'otw' ke stesen LRT


Sempat dia jadi model ummi..di paksa posing kat situ..hehe
MLP dok menyibuk  ngan abahnya yg tgh 'beli' tiket kat auto machine
Kami dpt  3 token..masuk duit rm10 keluar baki syiling tu..aiyoo
Gelagat dia bila jrg2 dpt naik public transport..org nak duduk dia pula sebaliknya.

Ok...tujuan kami nak ke  Sogo...so destinasi kami ke ialah ke stesen Bandaraya menaiki LRT....Shopping la ape lagi...hehe...Bye  -



Saturday, June 15, 2013

Kesiannya anak kucing tu



Mood kebosanan...well..hari ni kan sabtu...keje tak banyak coz 'customer' me memang tak keje. So sambil tu me tulis la entry ni. Actually kejadian ni hari khamis yg lepas. Lepas berbuka puasa, kami  berhenti solat maghrib di surau yang berdekatan.

Lepas solat, tiba2 MLP meluru ke arah me, "ummi , Iqi jumpa ank kucing..dah nak mati, hidung mulut dia berdarah". Erghh...nak pi tengok ke tak...bukan apa, me ni bila bab darah seghiau dibuatnya...en hubby pun sama...tapi kuatkan hati pegi tengok. Ya Allah...tak sampai hati. Nak nangis pun ada. Lastly me suruh MLP renjiskan sedikit air .Pastu dia alihkan ketepi takut nanti terpijak dek jemaah yang keluar masuk coz ank kucing tu betul2 di laluan pejalan kaki . Tak tahu apa nasibnya lepas tu. Nak ambik tak berani...sebab dah nazak sangat. 

Saje letak pic kitten tu kecik..sedih tengok muka dia penuh darah...kena pijak ke dia??
Hanya  mampu berdoa, kalau betul umur dia pjg semoga cepat sembuh. Kalau memang umurnya tak pjg, biar Allah cepat2 ambil nyawanya...zalim ke ?? Macam zalim bunyinya tapi me tak sampai hati tengok dia menderita macam tu.  


Alhamdulillah...nasib baik anak ummi berani..semoga Allah melindunginya.


Friday, June 14, 2013

Kelebihan Doa Abu Darda'



Hari Jumaat yang mulia ni me nak kongsikan satu doa. Jangan salah faham pula, ye la kadang2 bila kita nak buat benda baik...nak2 bab agama ada yang boleh terima...tak kurang juga yang kata belakang.."macam la alim sgt...nak jadi ustazah konon".Hmm...Alhamdulillah :-)

Takpe...apa salahnya kalau kita share mende yang elok kan ? Bak kata en hubby "tak payah segan kalau nak berkongsi benda yg baik, yang penting berlapik... jangan sampai orang terasa ". 

Seperti sabda Raulullah s.a.w bermaksud ..
"sampaikan dariku walau hanya sepotong ayat" {Riwayat al Bukahri}

Lately kita asyik dengar macam2 bencana dan perbuatan jahat manusia yang tak dapat kita elakkan. Yang kita mampu hanya berdoa dan bertawakal. Alhamdulillah...doa ini menjadi amalan setiap kali kami menaiki kereta hendak keluar rumah*biasanya MLP yg akan bacakan ...if kat rumah amalkan waktu pagi dan petang. Doa yang me nak kongsikan ialah Doa Abu Dharda'




Doa ini disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengamalkannya selepas solat subuh. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu Darda' rajin mengamalkan doa ini sehingga suatu masa rumah di sekelilingnya terbakar tetapi rumah beliau tidak terbakar. Kelebihan mengamalkan doa ini ialah terpelihara diri dan harta benda, insyaAllah.

Nak tahu lebih detail boleh juga baca kat sini

p/s : sekadar perkongsian untuk kita sama2 amalkan demi kebaikan bersama ...dan yakinlah Allah sentiasa bersama kita  ^◕‿◕^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...