Saturday, June 8, 2013

Ayam Goreng Oat Berempah



Misi di hari cuti, Ayam Goreng Oat Berempah. Simple & Easy.  

Bahan2nya

Ayam{me guna bahagian dada -senang nak potong kecil}
Sedikit Serbuk kari ayam Baba's*
Satu sudu kecil Jintan manis*
Seulas bawang putih*
Sedikit serbuk kunyit.*
3 tangkai cili kering {dipotong halus}*
Secubit garam {me gantikan dgn serbuk tumix ayam}*
Sebiji Telur
Oat
Minyak utk menggoreng
Pencicahnya just guna Sos cili+sedikit sos tiram+mayonis

Bahan2..ayam sudah digaul dengan rempah
Cara2nya :

Ayam yang dipotong tadi di digaul bersama bahan2*. Perap sekejap supaya rempah meresap dlm isi ayam tadi. Panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak betul2 panas supaya ianya kekal rangup. Ayam di celup kedalam telur, kemudian golek diatas oat tadi. Pastikan ayam di balik2kan supaya tidak hangus*sebabnya oat ni mudah hangus.Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak.


Cara2nya

Dah siap dan ready untuk disantap...makan panas dicicah dengan sos....kata MLP..."terbaik la ummi" ...hahaha terbaik la sangat...asal ummi dia masak semuanya sedap...ikhlas ke nak jaga hati ummi ni. Since me tengok laju je dia makan me considered ikhlas la tu..hee..:-)
yummy & crunchy
Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Allah atas nikmat dan rezeki yg diberi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...