Tuesday, June 25, 2013

Dari simpati jadi geram...^◕︵ ◕^





Sampai hari ni masih terbayang muka lelaki tu. Astaghfirullahal'azim, petang semalam sementara menunggu waktu berbuka kat Tat Nasi Ayam Seksyen 15 Bandar Baru Bangi tu. Haa...saja me mention tempat tu , manalah tahu kemungkinan korang juga akan mengalami situasi yg sama macam me kan.

Sekarang kita tengok ramai penjaja dari Thailand yg menjaja keropok di gerai2 makan dan di stesen2 minyak. Ok..bagus sebenarnya sebab dorang mencari rezeki dengan cara yang betul..cara yg halal . Me pun pernah beli even harganya sedikit mahal dan rasa dia sedikit manis...maknanya tak kena dengan tekak me sebagai orang Kelantan yang memang dah biasa makan keropok ikan ni .Tapi disebabkan atas dasar simpati sesama Islam... dgn cerita pakcik tu...kesian dengan penat dia berjalan menjinjing plastik yg berat tu so me beli keropok dia.

Nak dijadikan cerita,semalam kat restoran tu dtg sorang lelaki...dalam pertengahan 20an kot...menjual keropok dari Thailand katanya. Ok..memulakan cerita yg biasa kami dengar dari penjaja keropok ni..dgn muka yg humble bercakap dlm loghat Thailand, betapa susahnya hidup dia di kg, nak cari makan untuk keluarga kat sana..merayu en hubby beli keropok dia, kami menolak dgn cara baik dgn alasan kat rumah masih banyak stok*sbb mmg ada keropok yg kami bawa dr kelantan that day. Tapi dia still merayu dlm paksa suruh kami beli. Bila still cakap tak nak, dia mula tunjuk true color sikap dia yg sebenarnya.

Kalau mula2 dtg ke meja kami, sapaan lembut dengan bersalam dgn kedua belah tangan. Tapi bila kami menolak, sikapnya 100% berubah, nak belah pun dengan muka masam...bersalam nak tak nak dengan sebelah tangan macam omputih siap shake tgn en hubby, dan yang paling me bengang dan tak tahan tu...ergh...serius masih tergiang2 kat telinga ni kata2 dia.

" Hampeih!!

Pastu mumbling dlm loghat Kelantan Siam yang tak berapa sedap didengar...woiii..sedar tak dia yg me ni org Klate. Panas telinga me dibuatnya. Biasanya if penjaja macam tu, kalau kami tak beli brg pun at least atas dasar simpati kita boleh bagi dorang sedikit sumbangan ikhlas walaupun tak banyak*tapi ada setengah tu tak nak terima.. tapi disebabkan sikap dia tu, terus jadi bengang . Sebab bengang tu sampai me tulis panjang lebar dan wondering ,betul ke dia ni susah atau sekadar berlakon ??. Astaghfirullah'azim...

p/s: MLP ckp,ummi tengah puasa jgn mrh nanti kurang pahala puasa..alamak..ye ke..:-)
Ya Allah..ampunilah dosa hambaMu ini..

2 comments:

Cikda said...

cikda jarang pulak jumpa org thai berjualan. tapi dah tahu ni kena lebih hati2.. :(

Norma NML said...

@Cikda ye ke..kat sini ramai..especially kat kedai2 makan n stesen minyak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...