Tuesday, June 25, 2013

Jerebu...Musibah atau Bencana??



Jerebu oh jerebu
Kelam pandangan mata ku kelabu
Jerebu oh jerebu
Nafas ku sesak hidung pun sebu

Subhanallah...Ya Allah..bila lah agaknya nak berakhir jerebu ni....Sekadar peringatan untuk diri sendiri....hargailah nikmat yang Allah berikan sementara ada tetapi jangan pula sampai kita alpa dan leka dengan nikmat yang diberikan. Nauzubillah...

Jerebu hari ni makin teruk,MLP masih dicutikan sekolah. Petang semalam otw , terdengar Ustaz dalam rancangan Ibrah Surah kat IKIM.fm pasal jerebu..tajuk topiknya Jerebu Yang Melanda : Adakah musibah atau bencana?

Menarik topik tu tapi me sempat dengar sekejap aje, antaranya kat dalam topik tu Ustaz*kalau tak silap nama ustaz tu Ustaz Syaari Abdul Rahman ada share satu surah mengenai asap, yang disebutkan dalam al Quran, tentang wujudnya asap ini sebagai salah satu tanda2 kita berada diakhir zaman.

Surah ad-Dukhan ayat 10-11

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ. الدخان:
Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih

Marilah kita sama-sama melakukan solat hajat dan berdoa meminta serta merayu pada DIA supaya ampunkan dosa2 kita dan turunkan hujan. Kita disuruh banyakkan berzikir dan muhasabah diri disebalik bencana ini,  bukannya saling menuding jari menyalahkan satu sama lain. 



Pemandangan jerebu di Putrajaya - sumber by HM
Sila pakai mask bila berada di luar - sumber by google
Sebolehnya pakailah mask bila keluar rumah. Paling bagus jika kita gunakan tuala kecil yang dibasahkan sebab ia mengandungi unsur oksigen yang baik untuk pernafasan.

p/s : Kalau nak check IPU -Indeks Pencemaran Udara Terkini sila refer kat sini

2 comments:

Cikda said...

budak2 sekolah lah pada cikda yang paling happy, baru dapat call dari anak cikda tanya esok cuti lagi ke.. (ewaahh budak2 nih...)

Norma NML said...

Memang pun..seronok aje dorang ..kita juga yg risau..risau kesan cuaca kat kesihatan anak ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...