Tuesday, June 18, 2013

Kenapa Perlu Riak Dan Sombong...




RIAK...SOMBONG...BONGKAK...ramai dikalangan kita yang tak sedar kdg2 dalam diri ada wujud perasaan sedemikian. Me bukan nak mengata orang lain...even me sendiri pun tak sempurna, kdg2 kita sendiri tak sedar tapi orang sekeliling kita menyedarinya. So pada kawan2 yang terperasan tu tegurlah seikhlasnya...secara baik tanpa menyindir.InsyaAllah dengan cara yang demikian me dapat membaiki kekurangan diri. 

Jangan terlalu bangga dan riak, nanti kita tak sedar bahawasanya nikmat, kesenangan dan kemudahan  yang Allah s.w.t bagi tak kekal lama. Sekelip mata sahaja  Dia boleh tarik semua tu. Nauzubillah min zalik. Jangan kita menjatuhkan orang lain hanya untuk kepentingan sendiri.

Maksud Surah Al Baqarah ayat 264


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Sumber en google
Nauzubillah Min Zalik


Ya Allah...semoga me dijauhi dari sifat2 sedemikian, semoga Engkau tidak putus memberikan petunjuk dan hidayah supaya menjadi hambaMu yang lebih baik. Aaminn..

p/s : #feel upset when people not appreciating but condemning#
*** Alhamdulillah***

4 comments:

Cikda said...

moga cikda pun dijauhkan dari sikap2 mazmumah ini..
ramai org yg mcm tu.. suka je carik salah org.. ada je tak puas hati..

Norma NML said...

@CikdaBetul tu...semoga kita semua dijauhi dari sifat sedemikian :)

Dee Z said...

assalamualaikum.... apa nak dikata. suatu perkara yg sukar sekiranya org tu tak pernah mahu memuhasabahkan dirinya sendiri. bila ditegur tak terima pula. apa yang penting sederhana dalam segala hal...;))

Norma NML said...

@Dee Zwslm...betul tu..insyaAllah mudah2an Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah buat kita semua..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...