Monday, June 24, 2013

Lompat Tikam aka Lopat Tike..Yummy..




Sabtu lepas kan tak keje...seronok sangat2...bukan apa...if sabtu tak keje, semua keje rumah dpt dibereskan. So ahad masa untuk bersantai dgn dua orang yang tersayang...keluar jalan2 dan cari2 makan...sambil window shopping dan shopping kalau ada yang berkenan dan ofkos kalau ada ongkosnya la kan ..:-).

Kebetulan hari tu me dan en hubby berpuasa,so dok fikir nak masak apa agaknya untuk berbuka nanti. Misi meng'google' , ternampak la gambar lompat tikam ni. Lagi terliur bila nampak pulutnya yang merah menyala tu...aishh...puasa deyy..apa melalut ni. 

Dah siap mengemas, masuk dapur dgn  misi ...hehe. Anak bujang pun menyibuk sama...nak jadi masterchef junior katanya.


The making..hehe..

Dah siap...pic lapisan hijau lupa nak snap

 
Finally...yg kiri belah ats tu onde2 yea..x termasuk dlm menu lompat tikam ok...:-)

Alhamdulillah...Selamat Berbuka..:-)
Resepi ni me ambil dari blog Kak aziejaya ..Tq akak. Resepi akak senang nak follow..step by step. Sedap pulak tu. Sesape nak resepinya boleh la refer kat sini


p/s : Pelik dgn manusia yg sibuk dok pertikaikan tentang amalan dan puasa sunat di bulan Rejab & Syaaban ni. Sekiranya yg kita buat utk kebaikan selagi tidak bertentangan dgn agama & ajaran Islam, rasanya tak salah kan ?? Lagipun ianya adalah kesinambungan amalan para ulama'.


Saidina Zaid r.a berkata bahawa:
"Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, aku tidak pernah menyaksikan seumpama puasamu di bulan Sya'ban dengan lain-lain bulan kecuali bulan Ramadhan". Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Itulah bulan Sya'ban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadhan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Allah Tuhan sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa".                     (Riwayat  Ahmad)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...