Tuesday, July 30, 2013

3 Layer Caramel with Dates / Karamel Kurma 3 Lapis



First trial, biasanya me buat Karamel Gula Hangus atau Karamel Gula Hangus Pandan. Saja nak buat perubahan, kebetulan si bujang tu suka milo so me buat 3 layer...vanilla , milo & pandan. 


Dari luar nampak ok...
Layer yg tak berapa menjadi coz  cepat sangat letak lapisan seterusnya
tapi rasanya tetap sama...don't judge a b book by it cover..hehe

Jom tengok resepinya..

Bahan2
7 biji telur gred A
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
(boleh kurangkan if x nk manis sbb karamel tu dh manis)
1 cawan gula - di jadikan karamel
(karamel - masak hingga hangus n masukkan 1/2 cwn air..biarkan ia mendidih n agak pekat - sejukkan)3 sudu susu pekat manis
Kurma yg dibuang biji & potong halus
Setitik esen vanilla
3 sudu besar milo @ 2 sudu besar serbuk koko
Sedikit air pandan @ perisa pandan
Setitis pewarna hijau

Cara2
Susu cair + gula dipanaskan terlebih dahulu dgn api sederhana,Pukul telur hingga kembang, masukkan susu pekat & , pukul lagi hingga kembang. Asingkan kepada 3 bahagian. 1 bahagian masukkan setitik esen vanilla,1 bahagian lagi dimasukkan air pandan & pewarna hijau.1 bahagian dimasukkan milo @ serbuk koko - pukul hingga sebati. 

Panaskan pengukus, sediakan loyang yg telah dimasukkan air gula, aturkan kurma tadi n masukkan bahagian yg '1'. Bila lapisan pertama dah masak, goreskan sikit dengan garpu supaya setiap lapisan tidak terpisah, kemudian masukkan lapisan milo, ulang cara yg sama, last sekali masukkan lapisan pandan. Kukus hingga masak. Untuk pastikan karamel sudah masak, cucukkan dgn lidi kecil . Jika lidi 'bersih' dan tiada adunan yg melekat maknanya karamel tu sudah masak. Angkat dan sejukkan sekejap. Kemudian terlangkupkan ia dalam bekas yg sesuai dan masukkan dalam peti ais...sebabnya bila makan sejuk camtu lagi best.. 

Monday, July 29, 2013

Iftar @Perantau Hill Sg. Merab Bangi



Hari ni iftar kat luar, 2 3 hari lepas dok fikir mana nak pegi agaknya. Tahu2 aje la sabtu @ ahad most of restoran mesti pack. Lastly teringat member ofis ckp kat Perantau Hill makanannya not bad. Inform en hubby so call to book table n menu as well. 
Pukul 6pm camni org dah ramai..
Seawal 5.30 dah keluar rumah coz klau nak booking kena bayar deposit, even b4 tu dah ckp menu yg nak diorder. Igtkan kami la yg paling awal rupannya dah ramai yg sampai b4 kami.

Sblum berbuka sempat la me snap berapa pic kat situ. Kami order siakap 3 rasa, agak besar utk 3 org mkn so terpaksa la en hubby meratah utk habiskan. Tapi yg peliknya Siakap 3 Rasa tapi rasanya macam Sweet Sour..apa2 la tapi yg penting sos dia sedap..


Siakap 3 Rasa @ Sweet Sour..hmm..musykil
Yg paling besar tu me punya...tp share dgn 2 hero tu ok..

Kan dah ckp...if berbuka air dia mesti lebih 3 gelas..

Yang2 lain kami order, Sup Sayur Campur, Kerabu Mangga, Telur Dadar n Kek Aiskrim. Sedikit menguji kesabaran bila dh masuk waktu berbuka, ikan tu x sampai2 lagi. Tapi kena la faham maybe sebab org terlalu ramai, maybe dorang mislook kot tu yg lambat. Kek aiskrim pun camtu jugak. Lastly kek tu kami tapau & makan dalam kereta aje. Apapun alhamdulillah kenyang, kerabu mangga dia sedap coz x terlalu masam.

Nice n Yummy...berbaloi dgn harganya rm 5.90/slice

p/s : Utk solat maghrib jgn risau coz kemudahan surau disediakan , cuma tempat wuduk ppuan agak open n space utk solat agak kecil.

Nasi Lemak Kukus wif Sambal Kerang & Ayam Berempah



Menu berbuka weekend yang lepas atas permintaan nak bujang me, Nasi lemak kukus Sambal Kerang. Nak dijadikan citer, masa pegi param Naqiuddin sibuk dok minta nasi lemak sambal kerang. Beli nasi lemak dibenarkan, tapi tang sambal kerang tu en hubby tak benarkan...no way... So me terpaksa janji nanti masakkan utk dia. 

Simple tapi menyelerakan tekak kami anak beranak. Naqiuddin makan 2 kali tambah..rindu dgn Nasi Lemak katanya...

Nasi Lemak Kukus

2 pot Beras
2 cawan santan 
{ 1 cwn yg pekat 1 cwn yg cair }
1 inci halia - di mayang 
3 helai daun pandan - disimpul
Sedikit garam
Sedikit gula - utk balancekan rasa

Cara2
Basuh beras hingga bersih, rendamkan dlm 3 jam  . Kemudian basuh sekali  lagi, toskan air dan masukkan dlm pengukus yg telah dilapik dgn daun pisang.Kukus selama 20 minit atau hingga nampak wap keluar dr tepi pengukus. Kemudian angkat, digaul dgn santan yg telah dicampur dgn grm,gula dan halia tadi hingga sebati. Masukkan daun pandan dan biarkan selama 10 minit supaya santan tadi 'mesra' dgn beras. Kemudian kukus lagi sehingga masak ..lebih  kurang 20 minit gitu.
Note : Pastikan sebelum mengukus,dibuat lubang2 pd beras dgn jari spya ia masak sekata

Sambal Kerang

1 mangkuk isi kerang
{ Kerang direbus terlebih dahulu bersama 2 btg serai n asam gelugur dan diambil isinya }
20 tangkai cili kering - direbus terlebih dahulu*
6 ulas bwg merah - kecil*
3 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
1 ulas bawang merah besar - dihiris

Cara2
Pnskn minyak, tumis bhn2 '*' yg telah diblend serta bawang besar yg telah dihiris hingga keluar minyak,masukkan air asam jawa, garam dan gula, kacau hingga sebati . Kemudian masukkan isi kerang. Boleh masukkan air jika tk nak sambal terlau  kering. Kacau hingga sebati . Rasakan masin n manisnya. Disebabkan puasa me agak2 aje la. But alhamdulillah it just nice..:-)
Note : . Petua cuci kerang, ambil beberapa btg serai, diketuk n rendamkan bersama garam selama 10 minit, insyaAllah kerang tu akan bersih. Garam pula utk pastikan kerang tu keluarkan sisa kotoran dr isi kerang.1 lg petua - guna pelepah dauh pisang, basuh hingga lunyai pelepah tu, bilas 2- 3 kali. InsyaAllah kerang tu nampak cerah tp x de la putih melepaknya


Alhamdulillah..memenuhi permintaan si anak
Ayam Goreng Berempah
Bhn2
1/2 ekor ayam - di basuh n dibersihkan
Sedikit serbuk kari
6 btg serai - potong jdikan anggaran seinci2*
2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
1/ sudu besar jintan manis*
1/2 sudu besar jintan putih*
Serbuk kunyit*
Garam secukupnya
Sedikit gula

Cara2
Blend bahan2 '*'. Pastikan bahan yg diblend tu bergaul serata. Masukkan bhn2 yg di blend kedlm ayam, gaul bersama serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan gula. Gaul hingga sebati n perapkan selama 30 minit.
Ayam hendaklah digoreng dlm minyak yg agk byk serta api yg sederhana. Pastikan masa menggoreng sekali sekala dikacau supaya rempah tidak hangus. Ayam boleh diangkat bila nampak sedikit garing. Lebihan rempah boleh digoreng garing utk menghasilkan lg byk serdak.



After 2nd time tambah...comotnya pinggan tu 


Thursday, July 25, 2013

George Elaxander Louis..



Wahh...sangat cepat...Baby Diraja dah ada nama..

George Alexander Louis . Baby kepada Prince William n Kate ini juga akan dipanggil dengan gelaran His Royal Highness Prince George of Cambridge



Wednesday, July 24, 2013

Inilah Rupanya Bakal Waris Takhta Britain Ke 3


 
Malas nak tulis panjang...mood tak selesa...perot kawe sebu...angin oh angin..pi la main jauh2...:(

Jom kita layan pics sambutan baby yg paling glamour dan hot sekrg ni..


Kreatif..oleh pelukis India, Sudarshan Pattnaik
Rakyat yg tak sabar menunggu diluar Hospital St Mary
Prince William mengiringi Kate keluar dari Hospital
Mum's hug..kasih ibu
Wow..x kekok pun dia pegang baby
Teruja menjadi seorang bapa


Tummy masih buncit ..jgn slh faham..itu rupanya kalau baru lps bersalin
bukannya ada 1 lagi baby kat dlm tu..hehe

Parent's Kate Middleton
Prince Charles n wife Camilla


Haa...ni la rupanya..tapi dia still malu pulak..;-)
Zoom dekat sikit..kata Prince William kpd wartawan..
"He's got way more hair than me"



Respect to him..tak puna driver pun..
The King's Troop Royal Horse Artillery melepaskan 41 das tembakan ke udara
simbol kelahiran baby Diraja

Rakyat tak sbr nak tengok baby yg bakal jadi pemerintah mereka nanti
p/s : All pics from google & yahoo image

Tuesday, July 23, 2013

Prince William & Kate Middleton...I's a boy



Kelahiran yang ditunggu2 oleh rakyat Britain. Seperti tradisi akhirnya diumumkan dihadapan Istana Bukhingham...tepat 4.24 ptg ,lahirnya bayi lelaki.. bakal pewaris takhta Britain yang ke3. Dilahirkan seberat 8 pound 6 auns (3.9++kg) di Hospital St Mary, hospital yg sama dimana Prince William dilahirkan 30 tahun lalu....Hmm..mesti comel macam mummy dia kan.

Menurut sumber berita ,Putera Charles sgt teruja menjadi datuk kerana ini bukan sahaja cucu yang pertama malah bakal mewarisi takhta diraja Britain nanti.


Tetap comel walaupun 'tummy' dh nmpk..Sumber from google


Adakah baby mereka comel macam ni..:-)..sumber frm Google
Jom Tengok betapa meriahnya sambutan kelahiran Baby of Duke and Duchess of Cambridge ni

Town Crier ..orang yg bertanggungjwb mengumumkan berita kelahiran bayi Diraja 

It's a Boy
Rakyat yg tak sabar menunggu pengumuman..
Pihak Tentera tak terkecuali...

Keterujaan mereka..
The London Eye...bermandikan cahaya biru,putih & merah sempena bendera britain
Trafalgar Square's bermandikan cahaya biru...symbol of baby boy
Dr. Marcus Setchell ..Doktor yg menyambut kelahiran baby
Ed Perkins,Ketua akhbar of Royal Household mengumumkan kpd pihak
akhbar secara rasminya
Taraaaa...Yg ni sah2 bukan baby Diraja kan tapi baby Boy ni, Benjamin
sharing same DOB dgn bkl pewaris takhta Britain tu..:-)

Adakah baby dia nanti rupanya comel macam Kate??

Gambar2 diatas adalah sumber dari Yahoo News
Ok..sama2 kita tunggu macamana rupa baby Diraja ni...apa agaknya nama baby mereka nanti,adakah nama baby ini akan diumumkan seminggu selepas dilahirkan seperti datuknyanya, Prince Charles dan neneknya Late Lady Diana mengumumkan nama Prince William  ataupun memakan masa sebulan seperti moyangnya Queen Elizabeth & Prince Philip mengumumkan nama datuknya, Prince Charles ???Wait n See..:-)
Tuzki Bunny Emoticon

Monday, July 22, 2013

Kuih Pena @ Pepena dan Dodol Kukus Sedap...




Semalam iftar rumah Mak Mertua,  semua masakan yg di masak sedap2 belaka. Main chef adalah mak &  K.Long ..kami anak menantu jadi helper aje la...hehe..tak leh nak tanding masakan dorang, memang super duper lazatnya.

 Antara menu malam tadi asam pedas ikan tenggiri. ikan tenggiri goreng cili kering+ bawang putih, sambal bachang, peria goreng,ayam goreng rempah, laksa penang ,kuih pena dan dodol kukus,Alhamdulillah syukur pada rezeki yg Allah berikan. 

Kat sini me nak kongsi dua resepi...satu ni tak pernah me makan malah tak pernah tengok dan  dengar pun. Namanya Kuih Pena(Pepena), slh satu makanan tradisi Pahang dan terkenal di daerah Temerloh.

Jom kita tengok resepinya

Kuih Pepena
Bahan2

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula (atau secukupnya)
Sedikit garam
5 cawan santan pekat
Air pandan 
Daun pisang
Minyak masak

Cara2
Uli tepung pulut & tepung gandum bersama air pandan dan sedikit tadi, bila adunan dah sebati, bentukkan aduan seperti bintang dan letakkan diatas daun pisang yg telah dipotong bulat.

 Prepare utk kuahnya , masakkan santan yg telah dikacau dgn tepung beras bersama sedikit garam dan gula secukup rasa hingga pekat.

Kemudian, masukkan kuih bintang tadi kedlm loyang,kemudian masukkan kedlm pengukus then boleh tuangkan kuah atas kuih tadi. Itu yang me nampak Mak Mertua buat, if ada lain cara me tak tahu le.Lebih kurang 5-10 minit & nampak santan dah pekat, boleh la angkat.


Sebelum dikukus
Sudah masak
Post kat Instagram..hehe
Thumb up...memang tip top sedap...Naqiuddin siap bawa bekal nak makan dalam kereta lagi...tapi disebabkan dia lena so dia habiskan waktu bersahur pagi tadi.

Satu lagi kuih yang first time me makan makanan tradisi Pahang, even dah almost 12 tahun bersuamikan org Pahang, Dodol Kukus 

Dodol Kukus
Bahan2
2 cawan tepung pulut
1 sudu tepung ubi
Santan - dari sebiji kelapa
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
1 cawan gula pasir*
Santan - perlu dimasak hingga keluar tahi minyak
Daun pisang - dilayur atas api skjp supaya lembut n tdk pecah

Cara2
Panaskan bahan '*' atas api hingga hancur dan sejukkan.Campur tepung pulut,tepung ubi dan santan..kacau hingga sebati. Masukkan air bahan '*' yg telah disejukkan tadi. Tapis adunan supaya nampak cantik dan tidak berketul.Panaskan pengukus. Sapu sedikit minyak dari minyak tanah masak utk elakkan dodol melekat. Letakkan adunan tadi , bila dah masak taburkan tahi minyak diatasnya. Rasanya sama macam dodol. Bezanya sebab ada tahi minyak so rasnya lagi lemak :-)


Dodol Kukus..:-)

p/s : seronok berkumpul ramai2..especially mak..mcm tak nak lpskan ank2 dia balik ...
sbr ye mak..Raya nti kita berkumpul lgi :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...