Tuesday, July 30, 2013

3 Layer Caramel with Dates / Karamel Kurma 3 Lapis



First trial, biasanya me buat Karamel Gula Hangus atau Karamel Gula Hangus Pandan. Saja nak buat perubahan, kebetulan si bujang tu suka milo so me buat 3 layer...vanilla , milo & pandan. 


Dari luar nampak ok...
Layer yg tak berapa menjadi coz  cepat sangat letak lapisan seterusnya
tapi rasanya tetap sama...don't judge a b book by it cover..hehe

Jom tengok resepinya..

Bahan2
7 biji telur gred A
1 tin susu cair
3 sudu besar gula
(boleh kurangkan if x nk manis sbb karamel tu dh manis)
1 cawan gula - di jadikan karamel
(karamel - masak hingga hangus n masukkan 1/2 cwn air..biarkan ia mendidih n agak pekat - sejukkan)3 sudu susu pekat manis
Kurma yg dibuang biji & potong halus
Setitik esen vanilla
3 sudu besar milo @ 2 sudu besar serbuk koko
Sedikit air pandan @ perisa pandan
Setitis pewarna hijau

Cara2
Susu cair + gula dipanaskan terlebih dahulu dgn api sederhana,Pukul telur hingga kembang, masukkan susu pekat & , pukul lagi hingga kembang. Asingkan kepada 3 bahagian. 1 bahagian masukkan setitik esen vanilla,1 bahagian lagi dimasukkan air pandan & pewarna hijau.1 bahagian dimasukkan milo @ serbuk koko - pukul hingga sebati. 

Panaskan pengukus, sediakan loyang yg telah dimasukkan air gula, aturkan kurma tadi n masukkan bahagian yg '1'. Bila lapisan pertama dah masak, goreskan sikit dengan garpu supaya setiap lapisan tidak terpisah, kemudian masukkan lapisan milo, ulang cara yg sama, last sekali masukkan lapisan pandan. Kukus hingga masak. Untuk pastikan karamel sudah masak, cucukkan dgn lidi kecil . Jika lidi 'bersih' dan tiada adunan yg melekat maknanya karamel tu sudah masak. Angkat dan sejukkan sekejap. Kemudian terlangkupkan ia dalam bekas yg sesuai dan masukkan dalam peti ais...sebabnya bila makan sejuk camtu lagi best.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...